Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, February 8, 2009

PERUSUH BODOH - PEMIMPIN KEJAM

Ini jihad kah? Ini tentera fisabilillah kah?


Polis inilah pejuang - mengawal keamanan


Alangkah bodohnya tindakan si perusuh dan alangkah kejamnya arahan dari pemimpin yang kejam dan tidak bertanggung-jawab dan mementingkan diri.

Tindakan penyokong PR (Baca: Penipu Rakyat) melakukan rusuhan di Perak adalah perbuatan biadap dan khianat pemimpin pembangkang serta tindakan bodoh pengikutnya. Yang paling mendukacitakan adalah pemimpin-pemimpin pembangkang yang menaja rusuhan itu tidak sanggup memikul tanggungjawab dan berlepas tangan. Yang terinaya adalah pengikut-pengikutnya yang bebal dan tidak berfikiran waras melakukan tindakan.

Rusuhan menentang Sultan Perak ini dirancang oleh pemimpin-pemimpin pembangkan bagu menunjukkan bahawa rakyat Perak membantah titah baginda Sultan. Tetapi hakikatnya para perusuh-perusuh itu bukanlah rakyat negeri Perak tetapi penyokong parti tertentu yang didatangkan khas untuk rusuhan berkenaan. Mereka ini mendapat upah untuk tujuan itu. Rupanya bukan saja ada rasuah politik di negara kita, tetapi ada juga mereka yang menjadi perusuh upahan @ rasuah perusuhan. Jadi janganlah hanya menuding jari kepada UMNO yang dikatakan terlibat dengan rasuah politik kerana parti pembangkang dan penyokong parti pembangkang juga terlibat dengan rasuah @ rasuah perusuhan. Jika tuduh UMNO itu hina, maka perusuh upahan dan perasuah perusuh upahan juga antara golongan yang hina.

Kepada pemimpin-pemimpin PR (Baca: Penipu Rakyat) insaflah, dan jangan lagi membohongi rakyat serta mempergunakan sert memperbodohkan rakyat untuk mencapai cita-cita politik kamu. Kepada penyokong-penyokong PR, sedarlah bahawa kamu hanya diperalatkan selama ini untuk kepentingan mereka. Kamu dipengaruhi dengan retorik-retorik yang memperbodohkan kamu. Apakah kamu fikir adakah Lim Kit Siang juga berhak meminta kamu lakukan rusuhan atas nama jihad? Jihad apakah tuntutan si kafir harbi ini?

Politik itu mampu kelirukan yang bijaksana dan menipu yang bodoh. Politik itu penuh persepsi,spekulasi,konspirasi dan kontroversi. Islam bukan Politik, PAS bukan Islam. Tidak masuk neraka jika derhaka kepada pemimpin PAS sebagaimana tidak masuk syurga hanya kerana setia kepada pemimpin PAS.




(Klik untuk lihat video rusuhan di blog OTAI)
http://ramlyotai.blogspot.com/2009/02/melayu-jadi-alat-pertahankan-kerajaan.html



HEBAHAN DARI BLOG PERAK BANGKIT:

Daulat Tuanku

RAKYAT PERAK MARILAH BERSAMA-SAMA MENJUNGJUNG KASIH TAAT SETIA KEPADA DYMM SULTAN PERAK

BILA: HARI ISNIN, 9HB FEBRUARI
JAM: 2-30 PETANG
TEMPAT: DATARAN IPOH (DBI)
BERHADAPAN BANGUNAN MBI, GREENTOWN

SEMUA DIMINTA BERHIMPUN DI PADANG TERSEBUT DAN KEMUDIAN KITA AKAN BERLARAK KE ISTANA UNTUK MENGHANTAR MEMORANDUM KEPADA PIHAK ISTANA BAGI MENYATAKAN TAAT SETIA KEPADA SULTAN PERAK.MAJLIS INI ANJURAN GABUNGAN NGO-NGO DI PERAK


DARI BLOG PERAK BANGKIT (Klik untuk baca sepenuhnya)
http://perakbangkit.blogspot.com/2009/02/hampir-20-laporan-polis-dibuat-oleh.html

5 comments:

Apache said...

Itulah hukum dunia, meludah kelangit akhirnya jatuh kemuka sendiri..Allah juga yang maha berkuasa..bukan pemimpin PAS dan PKR

Anonymous said...

Ini tak lain kerja Raja Perusuh Negara....Anuar Ibrahim. Dari zaman Univeriti lagi sampai sekarang dia atur rakyat merusuh sana sini dengan mengimport orang luar buat kacau. Sampai ada dua orang Indonesia diantara sembilan tahanan polis Perak. Pasti yang banyak menunjukkan perangai derhaka tu bukan orang Perak. Perak sejati tidak derhaka yang Perak celup yang bahaya mengikut telunjuk ketua ketua mereka yang bodoh dan mafia itu. Tangkap ketua ketuanya yang derhaka kepada sultan bawah ISA biar padan muka dia orang. Ingat pesan nenek moyang kita BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT, DAULAT TUANKU.

Anonymous said...

LA DOK NAK BERDEMO PULAK PUAK UMNO NIH. TAK TAKUT ISA KE? OOPPSSSSS.......LUPA, MENTERI ISA RUPANYA ORANG UMNO. PATUTLAH BERANI BERDEMO
KAHAKTUIHHHHHHHHHHHHHH..........

spu said...

Sdr Anon,
Kena bijak membezakan yang mana tunjuk perasaan dan yang mana rusuhan. Yg PAS lakukan adalah rusuhan kerana ada unsur2 ganas dan membawa kerosakan serta kemudaratan. Yg UMNO buat adalah secara aman. Tak kan perbezaan antara dua ini pun tak faham?

Anonymous said...

Anon diatas ni memang orang parti pembangkang, kerja dia bangkang. salah bangkang, betul pun bangkang, jalan sendiri pun dan terkengkang-kengkang.

tak faham erti tunjuk perasaan dan rusuhan? yang dia faham hanya satu: PAS/PKR buat halal dan UMNO buat haram. Dia ni memang HARAM JADAH.

tok mudim kuala tembeling

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN