Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, February 10, 2009

PAS ADALAH PENGGANAS, PENGGANAS ADALAH PAS




Belum pun puas kita merayakan peralihan kuasa kerajaan di negeri Perak, kita dikejutkan oleh 2 peristiwa yang akan membawa kepada pilihanraya kecil di Perak akibat kematian Ahli Parlimennya dan di Kedah berikutan perletakkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negerinya.

PRK akan diadakan di Parlimen Bukit Gantang, Perak dan di Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah. Banyak pihak percaya bahawa kali ini dikedua-dua pilihanraya itu, BN pasti akan mencapai kemenangan. Ada beberapa faktor yang sedang diperkatakan yang akan membantu kemenangan calon BN kelak. Antaranya momentum kepada gelombang politik negara sekarang ini dan kepercayaan rakyat yang telah berubah kepada BN @ DSN dan sudah tidak lagi memihak kepada PR @DSA.

Rakyat sudah bosan dengan ketidak-stabilan suasana politik tanahair terutama yang dibawah pentadbiran pembangkang, jelak dengan parti pembangkang PR yang hanya menghabiskan masa dengan politiking dan mengabaikan pembangunan negeri yang lebih diperlukan oleh rakyat. Justru, peralihan kuasa yang berlaku ini sangat mengembirakan hati sebilangan besar rakyat negeri Perak yang masih menaruh kepercayaan bahawa kerajaan BN akan mampu mentadbir negeri Perak dengan lebih baik aman dan makmur.

Bagaimanapun pihak pembangkang seperti biasa memberikan gambaran sebaliknya bagi menutup pekung didada mereka. Rusuhan yang berlaku pada hari angkat sumpah MB yang lalu sangat memalukan dan menunjukkan betapa busuk dan hinanya perlakuan parti pembangkang. Mereka mengambarkan rusuhan itu seolah-olah tindakan seluruh rakyat perak tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah penunjuk perasaannya terdiri dari rakyat negeri lain yang dibawa ke Perak. Wajarkah ini dilakukan? Dan seperti biasa pemimpin parti berkenaan menafikan mereka sebagai perancang rusuhan tersebut.

Siapakah yang mereka perjuangkan? Ahli PAS hanya MB seorang atau beberapa orang wakil rakyat dari DAP? Yang paling menyedihkan adalah apabila mereka menggunakan kalimah Allah hu Akbar untuk perjuangan yang langsung tidak pada tempatnya. Seperti orang gila mereka merusuh dan menggambarkan kepada dunia bahawa inilah wajah orang Islam, iaitu wajah pengganas. Jadi janganlah kita salahkan media barat jika mereka melabelkan orang Islam pengganas kerana kita sendiri telah membuktikan bahawa pernyataan itu adalah benar.

Marilah kita labelkan diri kita sendiri sebagai pengganas; Islam Pengganas, PAS Pengganas dan Melayu Pengganas.

Apakah motifnya mereka merusuh dengan mengibarkan bendera Palestin? Apakah mereka berjuang untuk Palestin di Malaysia? Apakah mereka menganggap kerajaaan pemerintah adalah Israel dan mereka Palestin? Kerajaan dipihak penindas dan mereka dipihak yang mempertahankan kedaulatan mereka? Atau mereka ingin menyerap semangat perjuangan Palestin atau meminta dihantar ke Palestin? Mereka-mereka ini jika pun dihantar ke Palestin, perjuangan yang mampu mereka lakukan setaraf dengan mereka hanyalah mencuci kandang kaldai, kerana jika mereka berjuang seperti yang mereka lakukan disini tanpa menggunakan otak sudah pasti kesemua mereka sudah tentunya mati ditembak oleh yahudi.

Kebodohan melampau sangat menjelekkan. Menyahut seruan jihad yang dilaung oleh kafir Lim Kit Siang. Siapakah yang mereka perjuangankan? Yang jelas kelihatan adalah bangsa asing menyeru mereka untuk berjuang tetapi bangsa itu tidak berjuang bersama. Siapakah jadi anjing dan siapakah tuan anjing itu?

Retorik dari pemimpin PAS adalah: PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Tetapi kerana sikap ganas ini maka bolehlah kita andaikan sebegini: PAS adalah Pengganas dan Pengganas adalah PAS.

Saya tidak ke Terengganu dahulu, kali ini jka saya dipelawa maka saya akan pergi untuk membantu perjuangan UMNO memenangi PRK berkenaan. Hanya UMNO yang sebenar-benarnya berjuang membela nasib bangsa melayu dan semua rakyat Malaysia. Setelah 11 bulan memerintah Perak, PR hanya mampu mengadai tanah air.


(Klik sini untuk lihat video rusuhan PR dari blog OTAI)

7 comments:

Apache said...

inilah akibatnya apabila mendengar secara membabi buta dan juga tidak menggunakan pertimbangan yang wajar apabila menyokong. Pemikiran yang rasional perlu supaya agama dan bangsa tidak tergadai.. marilah sama-sama kita rapatkan barisan untuk menentang perancangan jahat ini...Ya Allah selamatkan AGama dan bangsa kami...amin

abgmat7902 said...

rasanya rakyat yg menyokong PAS tu baru jentik hidung je lah... tak kan tu pun dah rasa ketar...

relax lah brader.... takut tumpah darah ker? hehehe

Anonymous said...

jangan bawak kain rentang ' kami nak idris natang ' ke perak. buang kain rentang tuh.sebab umno pembela raja. eieeeeee..... geli kau dengar



pemuda umno muludah ke langit
cawangan temin

Siapalahaku(taman negara) said...

Salam para bloggers.Mmg tak dapat dinafikan Para penyokong Pas terlalu agresif seolah mmg mereka adalah penganas.dimanakah letaklaknya nilai islam yg mereka utamakan?.di masa yg sama saya melihat didalam UMNO jugak banyak kesilapan bila para pemimpin UMNO tidak lagi berjuang utk bangsa seperti asalnya penubuhan UMNO itu sendiri.Pemimpin UMNO jugak yg membuatkan kestabilan politik di malaysia menjadi huru hara kerana sikap mereka yg terlalu mementingkan wang ringgit sehingga melupakan perjuanagan utk menegakkan bangsa.Kalaulah para pemimpin UMNO adil sudah tentu rakyat tidak akan menolak UMNO seperti sekarang.Jadi janganlah salahkan musuh sahaja salahkanlah diri kita sendiri dahulu. ambillah rintihan rakyat sebagai keutamaan parti.Bukan kedudukan dan poket yg jadi keutamaan

Anonymous said...

Siapalahaku(taman negara),
umno Kuala tahan patut ambil perhatian, di kuala tembeling dah tubuh pkr, jangan sampai kuala tahan bolos kepada pihak lawan, ketua cawangan dan adun tahan patut beri perhatian kepada pembangunan insan, bukan pembangunan diri dan kepentingan sendiri sahaja.

Anonymous said...

cukup dah rasanya adun tahan bawa geng2 umno cawangan kuala tahan pegi karaoke kat jerantut tu. nak mintak apa lagi. biar la orang kampung nak tunggang terbalik pun. pilihanraya nanti bagi je lah kain batik.


tok pengulu

Siapalahaku(taman negara) said...

huh boleh perkenalkan kiri anon ke?nak jgk tau sapa yg pergi karaoke tu? nanti aku suntut buntut dia org.apa ingat aku tak pandia nak suntut ke haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN