Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, February 14, 2009

INILAH UMNO KITA



Perubahan yang dituntut dalam UMNO adalah perubahan sikap dan budaya ahlinya. Kenapa kini UMNO kelihatan terlalu kucar-kacir atau apakah yang membuatkannya demikian?

Kenapa kita berebut-rebut untuk menjadi ketua dan perwakilan cawangan dan bahagian? Apakah ini kerana perjuangan? Jawapannya TIDAK. Kita tidak merebut jawatan kerana benar-benar ikhlas pada perjuangan. Ianya lebih kepada sokongan. Kita jadi ketua dan perwakilan cawangan dan bahagian kerana kita ingin memberikan sokongan kepada orang-orang tertentu dan sebagai balasannya kita akan diberikan juga sokongan dengan peruntukan-peruntukan dan imbuhan.

Setuju atau tidak, kita harus akui bahawa - POLITIK JUGA SATU PERNIAGAAN. Kerana pengaruh dan kuasa dalam politik telah digadaikan.

Jika kita lihat dan kaji betul-betul kita akan lihat ketidak wajaran yang berlaku dalam pencalonan UMNO di PAU mac nanti. Suara rakyat mahukan seseorang untuk menyandang jawatan tertentu maka dicalonkanlah tokoh itu, tetapi kenapa dalam masa yang sama mereka juga membenarkan calon-calon lain untuk layak bertanding jawatan yang sama? Bukankah mereka berfikiran bahawa jika ada pertandingan itu akan lebih baik untuk para perwakilan.

Saya bercakap dengan seorang calon salah satu jawatan tertinggi diperingkat bahagian jerantut. Katanya, ahli sukakan beliau bertanding dan akan datang beliau akan bertanding lagi kerana mereka akan mendapat imbuhan dari adanya pertandingan. Inilah mindset ahli UMNO - SEMUA AHLI UMNO. Bagaimana kita akan menanganinyanya?

2 comments:

Anonymous said...

saya amat setuju dengan " POLITIK ADALAH SATU PERNIAGAAN"

kebanyakan ahli umno kecewa dengan pemimpin2 kecil khususnya di bahagian yang menyebabkan ramai yang menyetai PR.meraka hanya pandai bermuka2 ketika pemilihan bahagian , dah menang batang idung pun tak nampak.


cuba lah kiranya saudara manulis menyenai POLITIK ADALAH PERNIAGAAN pulak lpas ni...

Anonymous said...

Sdr. Anon,

Terima kasih atas pujian sdr. Tetapi saya menulis bukan untuk mendapat pujian sesiapa, tidak juga untuk nama.

Apabila menulis tentang Poltik itu satu perniagaan, saya tidak akan berurusan dengan sdr yang tanpa nama dan identiti. Saya tidak berurusniaga (politik) dgn mereka yang saya tidak kenali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN