Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, February 17, 2009

BERANIKAH UMNO BERUBAH?




Mac sudah semakin hampir. 24 - 28hb Mac nanti PAU akan diadakan. Para perwakilan yang sepatutnya membawa suara yang telah ditetapkan bahagian mungkin akan berubah arah kerana habuan yang diterima dari calon-calon berkenaan.

Di mesyuarat bahagian-bahagian calon-calon yang terpilih ditentukan dalam tandas-tandas semasa mesyuarat berlangsung atau sebelum itu lagi. Dalam PAU nanti akan berlaku yang sama. Ini sedang hangat berjalan sekarang. Di bahagian-bahagian sentiasa ada broker yang menjual orang (perwakilan), nampaknya susahlah Husin Lempoyang nak cari makan. http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/

Ada yang kata bahawa PAU (Perhimpunan Agung UMNO) akan menjadi PAKAU (Perhimpunan Agung Kepala Agong UMNO). Kerana itu dibahagian-bahagian semua berebut-rebut nak jadi perwakilan, maka banyaklah RMRM yang dilaburkan. Sampai di PAU ini, para perwakilan-perwakilan itu akan cuba memungut semula keuntungan dari pelaburan yang mereka telah lakukan. Maka mereka akan mengumpul RMRMRMRM.

Siapa yang akan kita salahkan? Pemberi? Penerima? Saya percaya tiada siapa yang akan menang tanpa memberi, kecuali DSN, itu pun kerana beliau tiada pertandingan.

Jika perwakilan dibahagian jujur, mesyuarat dibahagian tidak akan membenarkan ada calon lain untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Ketua Pemuda dan lain-lain. Tetapi mereka sentiasa mahukan ada pertandingan berlaku. Mereka sentiasa akan mengharapkan ada jong yang pecah supaya Yu akan kenyang. Ini mentaliti ahli-ahli UMNO, inilah sebenarnya penyakit kita.

Kita bercakap mengenai UMNO mesti berubah, tetapi siapa yang harus berubah dan apa yang akan diubah? Sanggupkah kita mengubah budaya menerima dan memberi tadi? Jawapannya TIDAK! TIDAK! TIDAK! Kerana kita sentiasa berfikir bahawa 'Politik adalah Perniagaan'

Baik, jika perwakilan bahagian mengharap imbuhan di PAU, maka perwakilan cawangan akan juga mengharap imbuhan di MPB (Mesyuarat Perwakilan Bahagian), lalu bagaimana dengan PAUC ? (Persidangan Agung UMNO Cawangan), mereka juga mengharapkan imbuhan.
Jadi dimana akhirnya? Kerana itulah UMNO ketika ini tidak sekuat dahulu kerana pemimpinnya terdiri bukan dari mereka yang benar-benar ingin berjuang untuk parti dan masyarakat, mereka yang terpilih bukanlah orang yang rela untuk berkerja untuk masyarakat, dan mereka itu pun bukan dari kalangan yang pandai bekerja. Mereka adalah dari kalangan yang pandai membeli dan penjual orang.

Jangan terkejut nanti jika Mukriz yang banyak pencalonannya akan kalah oleh Khairy yang hanya layak dicalonkan pada saat-saat akhir. Jangan juga terkejut nanti apabila Muhyiddin yang teratas dalam senarai calon Timbalan Presiden akan kalah oleh Ali Rustam yang hampir-hampir lemas. Ini lah gara-gara politik wang. Para perwakilan telah mengkhianati suara akar umbi apabila telah lari dari hasrat sebenar bahagian dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian.

Siapa yang patut berubah? Jangan kita marahi PAS dan PKR kerana menghina UMNO, hinalah kita sendiri kerana kitalah yang meletakkan UMNO ditempat yang hina untuk dihina dan nista oleh orang lain. Marilah kita hina diri kita masing-masing kerana kita telah mengkhianati perjuangan UMNO sebenar.

Sehingga PAU nanti, mesti ada tangan kanan yang memberi dan tangan kiri yang menerima. Awasilah tangan-tangan kita dari terlibat dengan bencana.


Catatan:
Kita merakamkan rasa dukacita terhadap YB Dato' Maznah Mazlan, Timb. Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang terlibat dengan kemalangan jalanraya di Terengganu. Beliau diberitakan cedera tangan kirinya dalam kemalangan tersebut. Sama-samalah kita berdoa agar beliau cepat sembuh.

12 comments:

Anonymous said...

Contributed by KeRIS
Nampaknya keadaan dalam negara khususnya di negeri Perak agak 'sesak' pada mutakhir ini. Disebalik 'kesesakan' yang berlaku, kita telah menerima berita dan pengumuman yang bersejarah bahawa BN telah diperkenankan oleh Sultan Perak untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak.

Namun disebalik keghairahan dan kegembiraan yang dikecapi oleh rakyat dan ahli BN, terdapat beberapa perkara yang mungkin terselindung. Secara tiba-tiba penulis terfikirkan sesuatu yang begitu menakutkan sebagaimana 'ketakutan' yang melanda pakatan rakyat pada waktu ini. Maaf sekiranya tulisan ini merencatkan 'perayaan' rakan-rakan semua.

Di saat 'perayaan' BN di Perak, kita seolah-olah terlupa akan kelibat 2 orang yang mungkin menantikan satu 'perayaan' peribadi yang lebih besar lagi. Dimana pak lah dan khairy? Setakat ini pak lah hanya muncul mengumumkan nama mb baru. khairy? Dimana raja 'enter frame' Malaysia ini? Pertanyaan ini sedikit sebanyak merencatkan suasana 'perayaan' penulis. Ajaib benar bila khairy tak keluar dalam tv dan akhbar.

Adakah ini sebenarnya satu komplot untuk menjahanamkan Najib? Perlu diingat, 4 orang 'pemain utama' ini tak mustahil akan melakukan sesuatu yang lebih hebat lagi. Mungkin saja salah seorang daripada mereka akan membuat 'pengakuan' atau 'dibuktikan' meminta atau menerima rasuah daripada Najib. Perlu diingat, dalam keadaan sekarang, perkara-perkara semacam ini SANGAT MUDAH diterima dan dipercayai oleh rakyat.

Apa kena mengena perkara ini dengan 2 beranak tu? Mudah. Sekiranya 'terbukti' Najib rasuah, Najib akan disiasat oleh SPRM 'yang betul-betul bebas'. Ketika itu mungkin Najib akan dilihat sbagai sangat tidak layak untuk jadi PM. Jadi siapa yang akan jadi PM? 'Maka dengan berat hatinya, pak lah 'terpaksa' meneruskan khidmat sebagai pm'.

Kem Muhyidin akan bergoncang, kem mat taib akan kencang, kem Mukhriz akan goyang, kem khairy akan ganyang.

Jadi, siapa yang sebenarnya akan jatuh? Nizar atau Najib? Adakah ini kemenangan UMNO dan BN? Atau adakah ini kemenangan pak lah dan menantu? Adakah ini satu grand design untuk menjatuhkan Najib?

Yang Benci Khairy

PARPUKARI said...

SALAM BRO...AKU SETUJU BRO, MEMANG SUSAH LA SELAGI ADA MANUSIA BERNAMA KJ NI, MANYAK KUAT BERLAKON DIA NI BRO...

Anonymous said...

Salam,

Komen Anon diatas agak luar topik dan boleh dinyahkan dari blog ini, namun oleh kerana SPU sealiran pendapat maka SPU membenarkannya disiarkan untuk kali ini sahaja.

one one no belen said...

Inilah kenyataan di dalam UMNO sekarang.Kebanyakkan pemimpin UMNO mmg berjuang hanya utk kepentingan peribadi mereka sendiri bukan utk kepentingan bangsa seperti yg mereka laungkan.Layakkan kita meletakkan UMNO untuk terus memimpin jika masih mereka tidak berubah?disinilah asas mengapa saya pernah katakan supaya kita undi oembangkang dan biar UMNO parti kita yg bertuah ini kalah semoga akan ada iktibar utk UMNO akibat kekalahan nanti. jika tidak pemimpin UMNO akan terus bekrja utk kepentingan diri tanpa memikirkan rakyat.berubahlah dari menjadi pak turut yg sentiasa menurut tanpa ada usaha utgk memperbetulkan keadaan. percayalah saya menentang dan memberi komen adalah kerana saya sygkan parti UMNO bukan saya sygkan pemimpin UMNO. marilah kita nyahkan pemimpin yg bangsat dari dlm UMNO.bersihkan UMNO dari para pengkhianat.

awi.prt8 said...

salam kenal SPU.
jemput adds blogs saya http://nasilemakbungkus.blogspot.com

Anonymous said...

itu hak demokrasi dia untuk jaga kepentingan peribadi dia. ini hak demokrasi tuan blog untuk nyatakan pendirian dia. adalah menjadi amalan demokrasi dan sebahagian yang dikatakan demokrasi jika dirasuah untuk rebut jawatan. kena berlapang dada sedikit kepada yang kedekut dan tak rasuah. itu hak demokrasi perasuah untuk merasuah. kalau menang dengan merasuah tak kisah apa dah tapi dalam proses PAU yang dikatakan masih subur amalan demokrasi. tak perlu berubah dah. sekarang pun dah ok...kenapa perlu berubah? najib dan pak lah yang terbaik untuk kita. sapa lagi?

Anonymous said...

Anon di atas percaya kepada demokrasi termasuk mendapatkann jawatan dengan merasuah perwakilan, jadi jika ini benar kenapa kita atau ramai diantara kita harus bangkitkan soal rasuah dalam UMNO? Jika ianya dihalalkan kenapa harus dipertikaikan?

Mungkin Anon tersebut bermaksud bahawa rasuah politik ini halal kepada mereka yang terlibat (calon dan perwakilan) tetapi ianya tidak didalalkan oleh mereka yang tidak dikalangan tersebut tadi. Vagaimanapun suara majoriti harus diikuti kerana itulah demokrasi sebenar dan majoritinya adalah ahli UMNO akarumbi dan tidak dari kalangan calon dan perwakilan.

Kita fikir dan pertimbangkan.

Anonymous said...

Setuju dengan BH, apa-apa berkenaan rasuah dalam UMNO harus dibendung kerana UMNO adalah tunggak kerajaan. Jika gagal disekat maka akan merebak kedalam kehidupan seharian.

Cua bayangkan jika dalam Malaysia segala-galanya adalah rasuah! Untuk dapatkan ini kena rasuah untuk dapatkan itu kena rasuah, b ahkan untuk dapatkan tiket bas dan keretapi kena rasuah - segala-galanya rasuah, mampukah kita hidup dalam keadaan demikian?

one one no belen said...

emm yelah.. kan rasuh ni halal.. buatlah didunia ni. tapi jawablah nanti di akhirat jemah kan..

one one no belen said...

emm yelah.. kan rasuh ni halal.. buatlah didunia ni. tapi jawablah nanti di akhirat jemah kan..

Anonymous said...

KALAU NAK NAIK TAKDE CARA LAIN. INI CARANYA...TAK PAYAH DIUBAH DAH... INI AMALAN TRADISI PARTI KITA. KENAPA NAK SANGKAL. BUKAN KENA TANGKAP PUN...NI ANTARA AHLI SAHAJA..BAGI PUN BERALAS..ADA AGEN.. DIAM2 SUDAHLAH

one one no belen said...

yelah biarlah yg memberi dna menerima tu menjawab di akhirat nanti..taulah azab neraka nanti jgn terjerit mintak tolong dgn aku sudahlah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN