Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, February 1, 2009

2 CERITA TENTANG 3 WARNA


CERITA SATU:


Di Jerantut ada 3 wok yang bergiat dalam wanita UMNO bahagian. Wok Putih pernah bertanding untuk jawatan ketua wanita, tetapi gagal. Wok Hitam pernah bertanding untuk jawatan naib ketua, tetapi juga gagal. Mungkin untuk melengkapkan percubaan ketiga-tiga wok,maka terbaru, Wok Kelabu mencuba bertanding jawatan yang sama dan nasib telah menyebelahinya maka beliau telah menang dan dinobatkan sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut.


Nampaknya diantara Putih dan Hitam, yang kelabu rupanya lebih bernasib baik.



CERITA DUA:


Dalam politik sama ada pemilihan dalam parti atau pilihanraya kita juga diperkenalkan dengan 3 warna; Putih, Hitam dan Kelabu. Putih bagi penyokong tegar, Hitam bagi pembangkang tegar manakala Kelabu bagi yang atas pagar.


Yang putih ini oleh kerana ianya adalah penyokong tegar dan dipercayai tidak akan berubah hati maka selalunya mereka tidak diberikan perhatian serius oleh kerana yakin akan komitmen mereka terhadap sokongan. Oleh itu jika mereka diberi imbuhan maka imbuhan itu adalah sekadar apa yang sewajarnya sahaja.


Yang Hitam ini oleh kerana ianya adalah pembangkan tegar dan dipercayai sangat keras pendiriannya maka jika mereka cuba untuk dipancing sudah tentulah harga yang diletakkan tinggi sesuai dengan komitmen mereka itu. Jadi, jika mereka ditawarkan dan menerima tawaran maka ianya tentulah melibatkan nilai yang yang lebih tinggi. Bagaimanapun, golongan ini memang sukar untuk dipancing dan melibatkan bilangan yang hanya sedikit.


Yang Kelabu ini adalah yang berada diatas pagar, yang sokongannya masih belum tentu kea arah mana. Bagaimanapun golongan inilah yang sering di berikan tumpuan kerana peluangnya yang lebih besar berbanding yang Hitam. Yang nyatanya, yang Kelabulah yang akan meraih keuntungan berbanding yang Putih atau Hitam.


Apakah warna saudara?

4 comments:

one one no belen said...

yang putih bodoh mcm lembu dicucuk hidung. yang hitam bodoh tak bertempat. yg kelabu untung mkn duit rasuah.tapiu jawablah di akhirat jemah heheh

Anonymous said...

yang diluar hijau didalam putih. apa lah bangangnya penyokong umno nih. aku nak habaq mai kat hangpa. kalau ketua bahagian ka ketua cawangan ka ada la modai sikit nak sokong. nih penyokong kain batik tak paham2 lagi ka umno main lagu mana....yang tua umuq 80an aku tak kisah apa pasai depa dah nyanyuk tp yang muda belia nih yang duk ngampu dapat kain batik ja. haaatuiii........hang habaq ckit lah pada pak2 menakan hangpa tuh. udah2 lah pi sokong umno nih. bapak aku pun tau umno ni main wayang. yang belah ulu2 tu hang boleh kelentong la no...kirim salam kat yb dun tahan tu. jangan duk bagi besaq perut ja. turun ckit


tok pengulu kuala tembeling

Anonymous said...

Salam tok pengulu,
dalam demokrasi kita akan mengikut majoriti, yang kalah kena ikut yang menang. jadi apabila adun tahan bn menang maka dia adalah adun semua rakyat yg duduk di dun tahan dan dia mesti membantu kita tanpa mengira apa parti yang kita sokong dahulu. bermakna adun tahan adalah adun tok pengulu juga. apa masalah saya rasa wajar terus kepada beliau jika dia tak ambil tindakan maka beliau telah ingkar kepada tugasnya.

Saya berpendapat dalam dunia yg luas ini tuhan berikan kita banyak pilihan, semua orang berhak buat pilihan sendiri. yg saya suka mungkin tidak disukai orang begitulah sebaliknya. Jadi jika saya memilih UMNO maka itulah pilihan saya dan tidak ada sesiapa yang berhak memaksa saya memilih yang lain. Apakah tok pengulu suka jika saya paksa pilih UMNO? Cerdik dan berakal adalah dua perkara yang berbeza, fikir-fikirkanlah.

Anonymous said...

tok penghulu,
diluar hijau didalam putih? selalunya dalam putih ada hitam atau putih akhirnya jadi hitam. kadang-kadang nampak saja putih tetapi sebenarnya hitam. yang hijau harus waspada bimbang sesat dalam hutan belantara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN