Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, July 5, 2010

UMNO JERANTUT MENOLAK PEMIMPIN SI KITOL

Baca juga blog UMB Jerantut (klik disini)


Haji Kamaruzaman Baria, bekas Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut didalam ucapan penangguhan Sidang Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut (sabtu 3/7/10), telah mengulas ucapan YAB. Perdana Menteri selaku Presiden UMNO yang bertemakan "nilai dan matlamat perjuangan ahli-ahli UMNO".

PM ketika merasmikan Sidang berkenaan pada sebelah paginya, dengan lantang menyindir dan menyelar Wan Amizan selaku ketua pemuda dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap ADUN Tahan.

Walaupun beliau tidak menyebut namanya dengan jelas namun semua perwakilan memahami kepada Wan Amizanlah ucapan tersebut ditujukan tambahan pula PM berkali-kali menoleh kearah beliau ketika mengeluarkan kata-kata berkenaan.

Kamaruzaman pula menyamakan Wan Amizan dengan apa yang dikatakan 'pemimpin darjah lima' di Amerika, yang suka berbohong, menipu rakyat dan memperbodoh-bodohkan orang ramai dengan berbagai-bagai cerita karut.

Beliau merujuk kepada kata-kata dan ucapan Wan Amizan sebelum ini yang menyatakan bahawa beliau ke Amerika, dibawa mendengar taklimat dan melawat Pentagon dan berjumpa Condalisa Rise serta Presiden Barrack Obama serta minum kopi bersama Perdana Menteri Thailand, Abhisit (dirumah PM Thailand).

Selaijn itu beliau juga mendakwa selalu bermesyuarat dengan PM dan sebagainya. Soalnya mengapa wujud seorang pemimpin yang sedemikian bodoh dan cuba membodohkan semua orang di Jerantut ?

Kamaruzaman juga membidas Wan Amizan yang terlalu rakus dan ghairah mengamalkan politik wang, rasuah politik dengan membawa rombongan orang-orang tertentu ke Medan, Bandung dan Umrah untuk mendapatkan undi.

Selain itu beliau juga didakwa memberi komputer riba dan berbagai-bagai lagi kepada orang-orang berkenaan sedangkan kerja-kerja sebagai wakil rakyat tidak dilakukan.

Semasa pemilihan termasuk pada kali ini beliau didakwa mengarahkan para penyokong beliau supaya jangan mengundi orang itu dan ini dengan mengeluarkan senarai untuk disebarkan kepada perwakilan.

Apakah ini tugas seorang wakil rakyat? Bagaimana hendak memperkasakan UMNO jika masih menyemai sikap berpuak-puak dalam parti?

Kamaruzaman juga menyentuh tentang saham Felcra yang diagihkan bukan kepada orang miskin yang layak dibantu tetapi diberikan kepada kroninya. Beliau telah mendedahkan bahawa di Jerantut Feri/Pedah Wan Amizan telah membagikan saham kepada 6 orang kroninya yang langsung tidak layak mendapat saham Felcra tersebut kerana berpendapatan besar dan berkehidupan mewah sambil menyifatkan inilah yang membuatkankan orang ramai membenci UMNO.

Kamaruzaman meluahkan kekecewaannya terhadap tokoh berkenaan yang bertindak memohon tanah yang telah dipohon oleh orang-orang kampung dan diluluskan kepadanya sebagaimana yang berlaku di Kampung Durian Hijau.

Pemimpin jenis apakah ini yang memperkosakan UMNO untuk memperkasakan diri sendiri?

Ucapan penangguhan Kamaruzaman itu disifatkan sebagai sangat pedas tetapi cukup jujur dan bersesuaian dengan masanya dimana UMNO dalam usaha untuk berubah dan membersihkan diri.

Ucapan beliau mendapat sokongan penuh para perwakilan yang sayangkan parti dan yang selama ini berjuang bersungguh-sungguh untuk membela agama, bangsa dan negara.

Sepintas lalu kami dapat merasakan bahawa para perwakilan UMNO Jerantut sudah bersedia menolak tokoh berkenaan dari kepimpinan UMNO Bahagian kerana tidak jujur berjuang untuk rakyat, dia adalah Si-Kitol di Jerantut.

5 comments:

one one no belen said...

Salam.Masih ramai lagi si kitol didalam UMNO ini kita mesti tendang mereka keluar jika kita ingin memperkasakan UMNO semula.

uRag dRrulug said...

Ong betoi amat menyegar, bukann saje menendang keluor, kiteq keneq sikeh jugeq kepale dimeq nyeq lepas tuh lenjan dimeq nyeq kedalapn ayer, bio nyeq lemash rok?

SPU said...

Ya, memang tepat spt kata urag drulug tu, bersihkan semua sekali UMNO Jerantut termasuk 'godfather' nya sekali....baru UMNO Jerantut akan aman. Siapa 'godfather' Jerantut ni? Hahaha!

one one no belen said...

Salam.Sepatutnya kita berpolitik hanya semasa untuk pilihanraya sahaja.lepas pilihanraya,siapa yang menang kenalah jalankan tugas tugas sebagai YB.Janganlah hanya mencari kontrak semasa menjadi YB untuk mengencangkan perut sendiri sahaja.

uRag dRrulug said...

pasai dimeq neh budo amat berpulitik, urag cineq lebih kisoh merebut harteq urag melayu bebunoh sesameq seniriq, budo....budo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN