Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, July 20, 2010

TAK ADA CABLE CAR TAK APA, TAPI KAMI MAHU BANK

Membaca blog-blog Jerantut, kadang-kadang kita hanyut dibawa arus pemikiran politik berkepentingan peribadi pihak tertentu. Ada pihak yang asyik menghentam orang dan pihak tertentu manakala ada pihak lain pula datang dengan idea yang teramat kreatif.


Blog uRag dRrulug, mempersendakan idea orang kanan dan harapan Dato' Wan Amizan yang memperkatakan soal pembangunan yang berskala mega. Loji Nuklear, Jambatan Gantung dan terbaru pembinaan 'cable car' ke Gunung Tahan.


Bersungguh-sungguh dia pertahankan usulnya itu bila dipertikaikan oleh blogger uRag dRrulug. Sehingga dalam facebook pun isu itu masih dimainkan. Dari pemerhatian rambang dapatlah dikatakan bahawa rakyat tempatan langsung tidak tertarik dengan isu sedemikian. Pada mereka itu hanyalah angan-angan Mat Jenin moden. Bahkan ada pihak yang mempersoalkan WZWH bagaikan PM atau pun MB dengan meluluskan itu dan ini. Sedangkan kehadiran PM ke Jerantut dulu pun beliau tidak berani meluluskan apa-apa kerana sedar keadaan ekonomi yang meruncing atau pun memang beliau tidak ingin pedulikan rakyat di Parlimen Jerantut.


Kepada pemimpin-pemimpin tempatan dan juga WZWH. Saya berpendapat memang baik jika kita ada pembangunan seperti yang dikatakan itu; loji niklear, cable car dan lain-lain, tetapi berikanlah keutamaan pembangunan mengikut 'priority' terlebuh dahulu. Jangan melangkaui apa yang sepatutnya kita ada.


Pastikan Loji Air di Kuala Tahan itu berfungsi dan dipenuhi air terlebih dahulu sebelum berfikir untuk membina loji nuklear. Pastikan terbina dulu jalan ke Ulu Tembeling sebelum berfikir tentang cable car ke Gunung Tahan. Jadi pemimpin jangan terlalu ghairah dan gelojoh. Orang dibawah akan meluat dan orang diatas akan benci.


WZWH meminta kita berfikir diluar kotak. Kerana menganggap hanya beliau orang yang tercerdik dalam Jerantut. Saya yang duduk didalam kotak ini mengapa harus berfikir diluar kota dimana orang lain duduk. Tetapi dari dalam kotak inilah kita banyak melihat apa yang penduduk kampong lebih perlukan dari cable car itu. Penduduk disini lebih perlukan sebuah bank untuk kemudahan urusan kewangan mereka. Kalau tak besar, sekangkang kera pun cukuplah. Pelancong juga sangat memerlukannya bagi kemudahan urusan kewangan mereka.


Tentu selepas ini pemimpin-pemimpin kita akan berkata; sebenarnya saya dah fikirkan tentang itu....sebenarnya saya dah bawa cadangan ini ke...., sebenarnya saya ........Kahkahkah, inilah pemimpin hipokrit UMNO kita. Ini adalah cadangan anak tempatan didalam fb, terima kasih Hambali Mohd Khonopiah dari Kuala Tahan. Tok Empat dan Ketua UMNO......Zzzzzzzzzzz!!

4 comments:

Ku Kays. said...

Spu,

Padan simpan duit kat ceti haram tokey Restous tu jelah. Majlis Daerah pun Dah simpan kat ceti dah 4 tahun dah. Noresah bendahari wanita tus impan duit 100 ribu dah lama dah. UMNO pun banyak simpan situs.Ari itu 15 rubu. Wan Amizan banyok pinjam dengan ceti tu tapi bukan dalam bentuk tunai. Hutang bilek dan makan minum. Ceti wook itam itu taik idong masin payah bayah hutang..

Anonymous said...

ABU BANG

INILAH USAHAWAN HASIL DARI UMNO YANG BAKAL JADI PENYANGAP PEMUSNAH PARTI BANGSA DAN NEGARA. KAWAN TAK JUMPA HURUP KECIK

abuya abuya said...

hahaha, umno makin maju..

Anonymous said...

Terima kasih SPU yangsudi berkingsi serta memberi pendapat serta cadang. Saya rasa sangat mulia hatinya. Saya selalu mengikuti perkembangan terkini di Jerantutni. Kadang-kadang saya lihat Pemimpin UMNO ini suks sangat berjanji tapi tak bersungguh untuk melaksanakanyan. Saya amat bersetuju dengan SPU biarlah kita laksanan projek untuk rakyak kita sebelum projek MEGA. WZWH tak payahlah nak buat bermacam-macam projek MEGA tu. Kenalah peka apa yang perlu didahuluinya jangan lah nak berangan-angan tinggi orang kampung tak dapat feadahnya. Tumpukan untuk penduduk setempat janganlah dok melalut. Jalan Ke Ulu Tembeling pun tak tau bila nak siapnya. Cuba bayangkan jika jalan dah siap berapa banyak hasil dapat dijual terus ke Jerantut. Ini menambahkan pendapatan orang orang kampung kan. Sama-samalah kita memikirkan projek apa yang wajib didahulukan. Agar yang cerdik pandai sama dapat memikirkan dan cari yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN