Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, July 12, 2010

SIAPA YANG SAYANGKAN UMNO?

Jadi pemimpin harus ada kekuatan sendiri. Kekuatan dalam diri. Fizikal dan mental mesti kuat. Sokongan dari semua pihak mesti kuat. Mungkin sekali sekala kita boleh bergantung harap kepada orang lain untuk membantu kita dalam segala macam hal tetapi bukan selamanya.


KW nampak semakin lemah dan 'loose control' barisan kepimpinannya. Semuanya 'bercempera' bagai anak ayam kehilangan ibu. Disinilah perlunya ketokohan seseorang pemimpin itu. Pemimpin buka saja perlu dihormati tetapi ditakuti juga sekali sekala. Didengari juga kata-katanya. Dipatuhi segala arahannya. Yang lebih utama adalah perlu adanya kekuatan didalam diri untuk berjuang dan bukan hanya mengalah atau membiarkan saja kepada keadaan atau mengharap orang lain yang membantu kita.


Kita tolak soal siapa dibelakang orang-orang tertentu yang semakin menjauhkan diri dari KW, tetapi KW sendiri harus berusaha merapatkan safnya supaya tidak ada sebarang kebocoran, supaya semua barisan kepimpinannya sentiasa rapat dan akrab serta saling berkerjasama dan menguatkan Pergerakan Wanita. Namun inilah kelemahan yang sangat jelas pada KW, bahkan beliau dilihat tidak cuba untuk berusaha merapatkan saf kepimpinannya yang membuatkan semakin hari semakin renggang hubungan diantara mereka dan memudahkan mereka dipecah dan perintah bagi mencapai agenda tersendiri seseorang.


Hanya kemujuran kerana adanya 'godfather' YH Dato' Ahmad Bazain yang selalu ada dibelakangnya. Jika tidak saya percaya sudah lama beliau dikuis ketepi. Kerana itu juga bila ada pihak cuma khianati KW dengan mengunakan NKW maka kumpulan tertentu pula mencantas NKW. Ini hanyalah pertarungan antara kuasa merebut kekuasaan secara total di Jerantut ini.


Blog peribadi KW pun nampaknya sudah lama tidak d'iupdate'kan, mungkin sudah berkarat agaknya. KW pun selalu hilang dan lama tidak kelihatan, kemudian tiba-tiba sudah ada seorang anak. Ramai orang yang sudah bersuara dan berbisik menyatakan syak wasangka, bahkan ada yang sudah berani memberi katadua untuk membocorkan kepada ramai 'rahsia' yang dikehatuinya. Wallahualam - kita tidak tahu menahu hal itu.


Memang ramai orang yang hendak dan bercita-cita untuk menjadi pemimpin, namun tidak semua antara mereka yang dilahirkan sebagai pemimpin dan mereka ini akan gagal. Walau siapa pun pemimpin bukanlah terlalu penting bagi satu-satu organisasi, tetapi keyakinan ahli-ahli terhadap kepimpinannya sangat perlu bagi membolehkan semua ahli-ahlinya bersatu bagi menjamin keteguhan organisasi itu. Wanita perlu lebih merapat bagi menghadapi musuh sebenar UMNO dalam PRU akan datang, jika kita benar-benar sayangkan parti. Semua pihak harus kembali semula kepangkal jalan dan bersatu dibawah kepimpinan yang ada sambil memastikan tidak dijadikan alat oleh pihak tertentu untuk mencapai agenda peribadi mereka.


Siapa yang sayangkan UMNO?


Bagaimanapun tahniah kepada Wanita kerana terbitnya blog Wanita UMNO Jerantut. Nampaknya semua sudah celik IT dan tidak lagi goblog. Yang masih goblog tu, bolehlah suruh orang lain menulis bagi pihaknya supaya dia juga nampak celik IT dan celik hati. Namun yang gobloknya adalah yang menjadi tukang tulis.




6 comments:

Anonymous said...

spu,

Wanita UMNO jerantut tu pecah kerana wook hitam tokey reshouse haram tu. Dia dilantik oleh KW ketua penerangan. Tapi kumpul orang pinggir KW. siapa cerdik?.

Ular Menyusur Akar said...

Perhimpunan dah selesai. Kita rapatkan semula saf. Dah, jangan ada yang nak menyombong diri dan ungkit mengungkit. Pembangkang lemah, tetapi mereka masih menang.

Jerantut, bangsa Melayu sedang memerhatikan anda.

agbr47: Apa juga yang aku katakan tentang UMNO namun aku tak rela kehilangannya.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam agbr47,
Saya amat kagum dengan kematangan politik anda. Jika 23000 ahli UMNO ada semangat macam agbr47 sudah tentu PAS,PKR DAP gigit jari...Saya percaya ada ramai ahli UMNO di Jerantut seperti agbr47. Jangan kita kelirukan mereka. Berfikir dan bertindak secara positif. Tembak musuh yang nyata dan real..kenali siapa musuh kita yang sebenar!

Anonymous said...

WZWH,

Boss awak tu banyak hal nak suruh tutup? amboi...amboi... mudahnya nak tutup keburukan boss. Jangan mengada-ngada Mr Septic Tank.

k dipang said...

ha..ah yeh, yang lain boleh damai. Yang tu tidak. Pegihh. abgr47 ni apa hal pulak? campur tak tentu hala. Pegihhh. hORMAT SIKIT PANDANGAN ORANG LAIN YEH. kALAU ORANG TAK SUKA TAK SUKALAH. Pergihh..

Anonymous said...

spu, musuh umno sebenar bukan dtang dari luar betul tak. Musuh sebenar datang dari dalam, pengkhianat, kitol, perompak rakyat,lanun, perompak orang hehehe. yang itu kena tembak dulu betoi tak?.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN