Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, July 8, 2010

APA HARAPAN UMNO JERANTUT?

Oppps! Ini bukan Sara




Ramai tak puas hati nama mereka tak disebut dalam kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut. 7 nama yang disebut semalam masih berpeluang jika mampu memperbaiki kelemahan yang ada. 3 nama bagi calon recycle bagi Ahli Parlimen masih berpeluang besar dengan sedikit usaha mendekatkan diri dengan masyarakat.

Bagaimanapun nampaknya Wan Amizan sudah bagai putus harapan untuk dicalonkan semula bagi DUN Tahan bahkan beliau bermimpi ngeri untuk menjadi Ahli Parlimen. Ternyata 'penangan' Hj. Kamaruzaman Baria dalam mesyuarat perwakilan dulu menghancurkan segala impian dan harapannya. WZ, pencacainya juga turut terfana dan terperesuk diceruk dinding mendiamkan diri.

SU mungkin sudah tidak akan mengangkat muka lagi berikutan bisikan sara dan chivas. Ini bukannya ugutan tetapi mendiamkan diri tentunya lebih baik supaya tidak lebih banyak yang akan terlepas kata. Patut juga SU arahkan SUK juga turut berdiam.

Abang Bu berkerja keras sempena sambutan PM dahulu, khabarnya beliau masih berkeliaran keliling bandar hingga 3-4 pagi dengan bendera UMNO bagi memastikan keselamatan dan sambutan kedatangan PM berjalan lancar. Gandingannya dengan Kak Key sungguh mantap, sudah tentu mampu membantu UMNO Bahagian lebih perkasa. Banyak mata memandang hanya mulut masih tidak berbunyi. Kena juga ingat supaya segala peruntukan kepada cawangan mestilah benar-benar sampai. Pak Lah juga kena pastikan supaya tuntutan tidak 'overcharge'. Kenalah ingat yang mana haram dan yang mana halal.

SPRM tentu selalu mengintai-ngintai dari lubang dinding. JAIP juga pasti sedang mengintai-intai orang tertentu yang namanya sering berkumandang di 'radio buruk'. Kalau nanti UMNO BN kalah dalam PRU13, kita kena salahkan pemimpin-pemimpin yang berjawatan ini yang tidak amanah dalam kuasa yang diberikan pada mereka sebaliknya mereka mengkhianati rakyat.

Di atas, banyak yang masih belum benar-benar bersih. Konspirasi dan korupsi masih berlaku. Abang Bu tak payahlah beria-ia memburukkan dan menfitnah orang lain. Awak pun bukan layak untuk jadi Ahli Parlimen atau ADUN. Nak cari sokongan untuk Kak Key, carilah tapi Kak Key tidak juga layak untuk tanding Ketua Puteri.

AJK lain nampaknya akan terselamat kerana bertindak bijak mendiamkan diri. Memang UMNO busuk hingga ke usus, kalau tak tak kan langau masih terbang berkeliaran.


15 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam SPUJ,
Fakta Wan Khairu ialah "pada 1993 MB Terengganu Wan Mokthar melawat Taman Negara..1997 Wan Khairu jumpa Kamurazaman Baria (masa tu Ahli Parlimen Jerantut). KB kata jalan Hulu Tembeling tidak ekonomik. Bila Wan Khairu bangkit hal itu dalam mesyuarat bahagian UMNO baru ni.. itu yang buat Kamaruzaman Baria melenting dan "TWIST FACT". KB buat banyak "damage politik" kepada diri sendiri bila menghentam YB ADUN Tahan. KB menghina DUN Tahan dan sebahagian DUN Pulau Tawar dan Pergerakan Pemuda Jerantut. Bagaimana Kamaruzaman Baria mahu menang parlimen Jerantut PRU 13 kalau dia sendiri "bunuh politiknya sendiri". Bolehkah KB dapat sokongan? Apa Kamaruzaman Baria buat dengan Syarikat Ladang LKPP dan Tanah LKPP Temin hingga terjual kepada Cina. Apa jadi dengan kereta syarikat Timber Board dulu? Salah satu sebab Kamaruzaman Baria tidak terpilih jadi Ahli Parlimen Jerantut pada PRU 1999 ialah Tun Mahathir guna alasan surat dari Tembeling tentang Kamaruzaman Baria maki Ketua Cawangan Kg Labu, Tembeling Tengah. Apa guna jadi Ahli Parlimen Jerantut cerita hebat dan tinggi-tinggi pasal luar negara tetapi GAGAL bawa peruntukan ke Jerantut. Your time is over and past.

~ SPU said...

Salam dan terima kasih WZWH,
mungkin apa yang disuarakan itu benar adalah satu fakta, namun apa yang Hj. Kamaruzaman Baria katakan tentang Dato' Wan Amizan juga adalah satu fakta yang semua orang tahu. So what?

Anonymous said...

1993 KB belum jadi ahli parlimen, KB jadi ahli parlimen tahub 1995. nk main ngan fakta kena betul kalau tidak wan heru, wzwh n wan amizan a.k.a yang boroi adalah dinasti pungkor inc

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anonymous 12.10,
Baca betul2 posting saya...1997 Wan Khairu jumpa Kamaruzaman Baria (masa tu KB Ahli Parlimen Jerantut). Aok macam Kamaruzaman Baria juga suka pusing fakta, ke tak reti baca posting!

Anonymous said...

Salam,
ya, ampulah betul-betul dan kuat-kuat ompok tu sebelum dia tercekulik tak lama lagi, hehe

air yang jernih said...

Tuan Admin,
Mohon masukkan blog saya didalam link list blog tuan.

air yang jernih ~
http://airyangjernih.blogspot.com/

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Anonymous said...

kesian kat SU.... sara pun sara laaa.... pandai makan, pandai simpan... kalau berak tutup lubang elok-elok, barula orang tak boleh hidu..........

GAROOK said...

sara..sara...sara... sedap nama tu, kas denghar nama dah stim dah... Sian kedia yeh. Tapi tak apalah dia akan muncul bersama kita dipentas nanti.

WZWH, jangan kuat hentam Boss Kawas Haji Kamarozaman tu. Esuk dia jadi MP, silap ganti tuk Nan MB. Awaklah lah no mengampu lepas haji Kulat Datuk tu. Kadang bila kita telinga tak berapa dengar orang bercakap sampai habis tulah akibatnya.

Saya da mendengor sama masa aji kama cakap pada w keliru itu. Haji kama kata, begini:..." Kita puas nak memahamkan pegawai2 Kerajaan bahawa kepentingan jalan ulu tembeling tu. Tapi bila mereka balik atas meja mereka kaji-kaji bilangan penduduk kurang maka tak ekonomik jadi susahalah kita".

Jadi W keliru dengar ujung telinga " tak ekonomik " memang kelirulah. tAK FAHAM APA MAKSUD ASAL BOSS KAWAS CAKAP TU. bOSS KAS TU CERDIK stail orang puteh, tak kena dia bedal terus tak simpan dah. Dia peduli apeh.

Hidup BOSS kas !

.@blogger.com said...

Tak ada password Sarah ke? Hehehe! Dulu ada password Abang Bu, ramai org datang memberi komen, macam langau menghurung bangkai. Hidup Abang Bu, hidup Sara....hehehe SU...???

Anonymous said...

Sokong SPU terus siar cerita sensasi. Mungkin ada gambar Sara? Siarkanlah kami nk tengok juga dia dgn siapa? Atau ada gambar2 sensasi lainnya? Kita bukannya orang lain, kita adik beradik sesusu, hehehe...su....su

Anonymous said...

spu,

cukuplah, saya halus dah nafas keluar.tidor malam dah tak lena dah ni, tolonglah. janganlah keluarkan gambar tu. Mati saya.. saya tak nak jadi calon. kalau bagi saya pulang balik watikah tu osah bimbanglah.. tak payah koreklah hal saya.

SPU said...

Ok, selesai satu bab. Tak apa,saya simpan kemas-kemas gambar tu. Tapi ingat, kalau engkar saudara mandi.

Ini satu hal, yang rapu kem nusa ni apahal beriya-riya nak jadi calon?

t qu

SPU said...

Salam,
Oh! Ada juga yang memberi komen dan menyamar jadi SPU? Hehehe! Kata Husin Lempoyang; jual orang lagi untong dari jual onta....huhu

Anonymous said...

wahhh...!!!! ada orang yang pandai2 nak tutup cerita sara.... hahahaha... SPU, sebarkan lagi cerita sara... keh minat benor nak tau kesah selanjutnya....dah macam cerekarama....

Wanita UMNO Jerantut said...

Salam SPU,
Mohon masukkan blog Wanita UMNO Jerantut didalm link list blog tuan;
http://wanitajerantut.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN