Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.

Friday, June 25, 2010

WAN SHAMSURI LAYAK CALON ADUN TAHAN PRU13

Blog Sangkakala adalah blog yang terkini disenaraikan dalam link di blog SPU, namun kelihatan begitu komited kepada visi dan misi yang dibawanya.

Minggu lepas blog itu menanyakan siapa yang bakal menggantikan Dato' Wan Amizan sebagai calon ADUN Tahan dalam PRU13 nanti. Beberapa nama telah dicadangkan yang sesuai menurut pandangan pemilik blog berkenaan.

Beberapa hari selepas itu, blog berkenaan sekali lagi menonjolkan beberapa calon yang difikirkan layak untuk menggantikan tempat yang akan dikosongkan oleh ADUN Tahan itu kelak. Blog berkenaan dalam posting itu memperbandingkan diantara calon-calon yang cuba ditonjolkan.

SPU percaya bahawa Sangkakala membawa suara rakyat akar umbi dan diharapkan MB Pahang serta PM kita mendengarnya dan mempertimbangkan calon-calon yang ditonjolkan itu tanpa syak dan ragu kerana calon-calon itu adalah pilihan rakyat.

SPU bagaimanapun akan memberikan Satu undi kepada Wan Shamsuri untuk dicalonkan sebagai ADUN Tahan. SPU percaya beliau mampu memikul tanggungjawab berkenaan dengan lebih berkesan dan lebih baik lagi dari sekarang ini.

Sila klik SINI untuk baca blog Sangkakala

6 comments:

YANG GAMBI said...

Tak de rezeki Wan Shamsuri...... mungkin akan datang kot... koi pernah bermalam kat kampung beliau...

K Dipang said...

Spu,

Memang layak lah Tok Penghulu tu. Insha Allah menang. Kami akan kerja keras lebih besar majoriti dari 2008.

Hidup wan suri

Anonymous said...

SPU,

Sapa lagi calon selain dari Wan Shamsuri? mengikut pandangan SPU pula? Tapi jangan sebut nama Bori lagi.. kami tak mau dengar dah dia dah abis. Cukuplah dah banyak sangat tanah orang kampung dia sapu. Kami Dalam Dun Tahan dah naik ngeri kalau boroi tu lagi.

MAT SOP P.T said...

hari ni kekuatan dompok hilang lagi apabila mustapha maarof mengumumkan letak jawatan didlm pemuda sebagai naib ketua pemuda bahagian jerantut.

maka pening lagi yb boroi memikirkan masalah didlm pemuda berkenanan dgn letak jawatan itu.

yb boroi mampus lah semua org dah mula lari meninggalkan anda.

begitu juga penlantikan dato dr shukri sebagai pengerusi sambutan kepada PM dato najib yang akan datang ke jerantut. maka tengku lan tidak memerlukan kekuatan dompok lagi yg bergelar timb. ketua bahagian jtut.

hari juga dompok mengumumkan yg ipts akan sampai ke jtut,kata beliau dia telah dapat perkenanan dari menteri pelajaran.dengan ini satu lagi pembohongan telah dilakuan

Salam.Tak ada calon selain dari cik wan cik wan dah ke untuk DUN Tahan ni??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN