Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, June 3, 2010

TANDA EKONOMI BERKEMBANG PESAT - Institusi kewangan terus mantap



Lambat laun PRU13 akan diadakan juga. Banyak pihak meramal ianya pada 2011 atas alasan ekonomi negara yang terkesan oleh pengaruh ekonomi global yang menghadapi krisis.

Seperti biasa, PRU sebaiknya diadakan sewaktu negara dalam kedudukan ekonomi yang stabil supaya rakyat dapat menghargai sambil menikmati faedah-faedah yang kerajaan berikan mungkin juga bagi yang menganggap bahawa ini semua adalah hadiah kepada menyokong berajaan BN.

Bagaimanapun sudah ada desus desas yang merungut terhadap kerajaan kerana rasa tidak puas hati mereka. Rungutan itu ada asasnya kerana khabar bahawa subsidi akan ditarik balik, harga barangan akan naik, harga minyak dipasaran antarabangsa juga naik dan lain-lain lagi yang akan membelenggu rakyat.

Mungkin pada kakitangan kerajaan atau golongan peniaga keadaan itu tidak akan terlalu terasa, namun bagi golongan petani dan nelayan sudah tentu ini akan membebankan dan terus mengikat kehidupan mereka dalam kemiskinan. Benar banyak janji kerajaan untuk memberi itu dan ini bagi membawa keluar golongan ini dari kemiskinan tapi keadaan mereka masih tetap tidak berubah dari dahulu kerana dasar-dasar yang kerajaan lakukan itu tidak disokong dengan jelas oleh ekonomi persekitaran mereka. Maka mereka akan kekal dalam keadaan ini selamanya sambil menjilat janji manis kerajaan.

Terbaru, kadar faedah sewa beli kenderaan akan dinaikkan mulai Isnin nanti. Satu lagi petanda bahawa ekonomi kita sedang berkembang pesat. Pihak bank tentu tidak akan mengalami kerugian dalam apa keadaan sekalipun. Bahkan jika ekonomi menekan dengan hebat, mereka akan diberikan suntikan ini dan itu bagi menstabilkan kewangan institusi berkenaan. Petani dan nelayan? Tidak mengapa kerana mereka ini sudah biasa susah. Mereka akan mampu 'survive'. Mereka juga tentu tidak faham apa-apa mengenai ekonomi dan kuasa ekonomi disekeliling mereka.

Mungkin kita hampir terlupa bahawa sebilangan anak-anak mereka ini sudah menjadi mahasiswa dan sudah jadi bijak pandai. Mereka tahu apa yang terjadi sekeliling mereka. Mereka sedar bagaimana hidup mereka dan kaum keluarga mereka dipercaturkan oleh yang berkuasa. Kerana itulah golongan ini berani bersuara lantang sama ada secara bersendirian atau melalui parti-parti politik pembangkang dimana hasrat mereka dapat disuarakan.

Mampukah kerajaan secara keseluruhannya memenangi PRU13 nanti didalam keadaan sebegini? Kita tunggu dan lihat saja nanti. Bagaimanapun kita ingin melihat kebenaran teori RAHMAN, apakah DS Najib pemimpin UMNO/Melayu/BN terakhir Malaysia?



5 comments:

one one no belen said...

salam.Tidak mustahil teori R A H M A N akan benar terjadi.Dan tidak mustahil akan terjadi dlm pru 13 nanti jika pemimpin pemimpin UMNO masih beersikap bangsat seperti sekarang dan tidak mahu berubah.Jangan salahkan rakyat jika mereka berubah.

SPU said...

Saya siarkan juga komen dari Wzys disini setelah di salin semula tanpa sebarang pindaan atau tambahan. Copy Paste ini bagi mengelakkan komputer anda diserang virus yang mungkin akan merosakkan sistem komputer anda jika melayari blog WZys, SPU lakukan usaha suci murni ini demi pembaca blog SPU yang budiman semua.

Salam SPUJ,
WZWH sudah kerajaan akan menghapuskan subsidi terutama petrol, gas, diesel, tarif elektrik dsb. Tahukah saudara SPUJ, tarif elektrik M'sia adalah yang tertinggi di Asia.
Sebab itu saya mencadangkan Logi Janakuasa Nuklear dibina di Lembah Tembeling untuk mengurangkan beban kerajaan yang akan menghadapi krisis tenaga pada 2019. Kita perlu bina banyak lagi logi janakuasa nuklear kerana ianya lebih bersih,selamat dan murah dari segi jangka panjang. Kalau rakyat M'sia tempat lain tidak mahu dibina di tempat mereka. Kita boleh cadangkan PM Najib bina 2 buah logi janakuasa nuklear lagi; satu di Paya Kangsa Pulau Tawar dan satu lagi di kaki gunung Benom Ulu Cheka. Maka kita boleh ada 3 logi nuklear. Baru PM Najib boleh turunkan tarif elektrik.

Anonymous said...

Puok Peleng besedare dengan puok de ulu dungun:

Hah Oihh! Aku kirek belio WZWH ni surang pemimpin yang bijok. Sebak dia buleh napok dan sudoh tau kerajaan akan terik sabsidi nih. Bijok, memang bijok, memang dia nih bijok menipuk. Kunun dia bagai ada dalong kabinet menterik. Tau semua hai kerajaan. Ni kunun nork terik perujek beso ni pasal nak dapat kunterek ke wan mizan lah nih. Macam perujek jambatan gantung di kotahan tu, dia endok ke dia jugek tapi tork dapat, tu pasai lambat buat tu. Kalau doh taarif leterek termahai di asia tenggare, terik lagi pulok sabsidi kerayanlah mahai nye leterek kita dan jadi macong di eropah lah pulak gamoknya. Wok, cukup-cukup lah ong buat pedooh tu wok. Kume de sinin doh nork temuntoh mendengo pedooh ong tu. Ong ni baru lepas yam seng ke tadi wok? Tork pepasai aje gaye nye?

WZYS (Why Zury Yam Sing) said...

Sdr SPU,
Pasal itulah saya sokong cadangan Projek Logi Janakuasa Nuklear di Lembah Tembeling supaya nanti kita dapat bersama berperanan dalam perang nuklear. Dengan adanya senjata nuklear, kelak negara kita akan menjadi negara maju. Selain itu prohek itu nanti tempiasnya tentulah akan dapat kita nikmati, emmm, maksudnya pemimpin kitalah yang akan dapat banyak. Seperti mana dengan projek Jambatan gantung di Kuala Tahan itu. Pasti ada pihak yang akan dapat sesuatu, rakyat tak dapat apa-apa tak mengapa sebab mereka akan dapat risiko dari nuklear itu sendiri jika kebocoran berlaku

Anonymous said...

SPU,

Aku keliru ni adakah urag WZWH itu serupa Urag WZys atau sama. gambar profil nya. Kenape gitu?. Ape kene dah mencadangkan 3 logi nuklear,WZWH/WZys ingat macam membina logi tahi atau kilang getah buku. Teruk benor kepala budak ni ye SPU, nak katek budo (katek uRag dRrulug) tapi belajo negara Ompitih,. Apa kene ye , jangan malan sbb makan pinang kasi kok. Heeeeeeeee...he.


&*#@

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN