Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, June 7, 2010

SUDAH RAMAI MENDENGAR SUARA JERANTUT KITA


Seorang sahabat blogger menulis diblognya (klik sini) UMNO dalam bahaya. Blogger berkenaan mengambil beberapa posting dari beberapa blog-blog kecil yang dibacanya. Saya masih berpegang kepada pendapat terdahulu bahawa blog-blog kecil ini adalah suara sebenar akar umbi. Suara-suara mereka ini adalah lebih murni dari apa yang disuarakan oleh blogger-blogger besar kerana mereka menulis bukan kerana apa.

Blogger kecil atau picisan ini bukan menulis kerana nama, tidak juga kerana imbuhan kerana tidak ada siapa yang sudi memberikan mereka 'sponsorship' kerana blog mereka tidak terkenal dan tidak dibacai ramai. Kerana itulah saya yakin bahawa suara mereka lebih jujur dalam memperkatakan sesuatu.


Berikut saya salinkan sepenuhnya tulisan YB Raz dilaman blog beliau semalam:


UMNO Dalam Bahaya

UMNO sekarang didalam bahaya. Bukan setakat nyawa kru kapal Rachel Corrie yang terancam, malah nyawa UMNO turut sama terancam. Jika kapal Rachel Corrie diancam oleh yahudi Zionis, nyawa UMNO diancam oleh segelintir pemimpin UMNO sendiri.

Sikap jahat dan tamak pemimpin UMNO didalam mengaut duit rakyat dan negara semakin menjadi jadi. Rakyat semakin muak dan benci kepada UMNO. Rakyat terutama orang melayu sudah mula menganggap UMNO adalah NAJIS BERAT yang perlu disingkirkan pada PRU 13 nanti.

Kelancangan mulut segelintir pemimpin UMNO yang menguriskan hati orang melayu menyebabkan api kebencian mula menyala menyala. Hendak menolak pemimpin UMNO sebegini tiada cara lain melainkan dengan menolak UMNO keseluruhannya nanti.

Diharap DS Najib memberi perhatian kepada teguran ini. Para blogger sudah puas mengingatkan UMNO agar jangan leka dan memeras ugut hak rakyat. Dan juga agar pemimpin UMNO berfikir sebelum berkata kata.

Jangan disebabkan lembu, syarikat susu dapat nama!

Ingat orang melayu sentiasa melihat telatah pemimpin UMNO yang sedang menghuru harakan negara ini. Pemimpin UMNO yang merompak hak rakyat, kamu akan dibalas dengan siksaan yang amat pedih!

Antara blogger yang menyuarakan isi hati rakyat:

Pendedahan Isu Panas Didalam Kerajaan Melaka

Melayu Menjadi Mangsa Di Kg Baru

Politik Jerantut

Urag Drrulung

Pemimpin Yang Khianati Rakyat



Terima kasih kepada YB Raz kerana menyedari dan mendengar suara kecil kami disini. Usaha menyebarkan diposting tuan adalah satu usaha sokongan yang kami hargai. Terima kasih.

3 comments:

Jeepers Creepers said...

saya cuma suarakan apa yang saya lihat.umno seluruh negara perlu berubah, bukan setakat pahang saja.

umno terengganu masih bergolak walaupun tidak kedengaran cerita tak elok sekarang. umno kelantan langsung tak bangkit sejak 20 tahun lalu.

umno p.pinang dan selangor cuba bangkit tetapi agak susah kerana banyak ultra kiasu disana. umno perak dah bangkit tetapi masih ada masalah dalaman.

umno yang masih leka adalah pahang, melaka,kedah dan perlis.berubahlah kalau tidak mahu jatuh.

siswa KL said...

Spu,

Blog-blog Jerantut mendapat perhatian bukan sahaja dinegara ini malah jika diperhatikan mendapat perhatian dan didengari diseluruh dunia. Blog-blog yang berasal dari Jerantut datang dengan berbagai ragam dan gaya penulisan dari bahasa loghat tempatan hingga kepada paling intelektual dan nasioanlis yang hebat=hebat. Tersukanlah semoga lebih cemerlang dan menaikan nama jerantut keserata-rata.

sangkakala said...

spu,

spu still no one. thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN