Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, June 14, 2010

SEJAUH MANA UMNO BAHAGIAN JERANTUT TELAH BERUBAH

Satu isu yang masih relevan masa kini, saya ambil dari sebuah laman blog yang sudah lama tidak diupdatekan. Semoga pemiliknya akan kembali bersemangat untuk menulis. Kami mengalu-alukan kehadirannya semula.


Sejauh manakah UMNO Bahagian Jerantut telah berubah? Soalan yang masih tidak ada jawapan kerana beberapa sebab;
1) Tiada siapa yang berusaha untuk berubah
2) Tiada siapa yang peduli sama ada berubah atau tidak
3) Tiada siapa yang peduli pada UMNO lagi.....

Saturday, November 7, 2009

SEJAUH MANA UMNO BAHAGIAN JERANTUT TELAH BERUBAH


Sebahagian Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut




Setelah saya tidak lagi terlibat dengan UMNO Bahagian Jerantut secara langsung (tidak lagi menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian), inilah pertama kali saya kembali mendekatkan diri dan langsung menyertai satu kursus bertujuan memperkasakan UMNO.


Kursus Bela Nusa Jerantut - NAM-C1996-09, diadakan khusus untuk UMNO Bahagian Jerantut di Kem Bina Negara, Gunong Pulai, Johor bermula dari 30 Oktober hingga 2 November 2009 yang lalu. Kursus ini dikendalikan oleh Biro TataNegara Negeri Pahang dibawah Jabatan Perdana Menteri.


Saya sangat teruja untuk menyertai program berkenaan dan berharap mendapat sesuatu rangsangan yang akan memberikan anjakan kepada perubahan yang berkesan kepada UMNO khususnya. Objektif kursus kelihatan sangat menarik namun saya merasakan tidak menepati dan tidak mecapai sasaran berikutan kelemahan pihak pengurusan serta kelembapan sambutan peserta dari kalangan UMNO Bahagian sendiri.


Sejauh mana UMNO Bahagian Jerantut boleh berubah selepas kursus ini belum dapat kita pastikan. Bagaimanapun beberapa perkara penting harus diambil perhatian dalam me-realisasikan matlamat memperkasakan UMNO berdasarkan pengalaman menyertai kursus tersebut:



  1. Kehadiran yang dicatat hanyalah 83 orang peserta dimana 20 darinya adalah wanita dirasakan kurang memberangsangkan dan sebahagian pesertanya diambil disaat-saat akhir (tangkap-muat) berikutan kegagalan menghadirkan diri oleh mereka yang sepatutnya hadir.

  2. Ketidaan tanpa sebab wakil dari sayap Puteri dalam menyertai kursus ini sangat mendukacitakan dan memperlihatkan sikap tidak komited ketuanya kepada program parti.

  3. Timbalan Ketua Bahagian merangkap Ketua Pemuda Bahagian Dato’ Wan Amizan yang sepatutnya hadir sebagai peserta namun berubah menjadi fasilitator kursus, mungkin kerana enggan disama-tarafkan dengan peserta lain walaupun dengan jelas termaktub didalam peraturan Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia mukasurat 14 dibawah tajuk Kursus Orientasi Perdana UMNO 1/2009 perkara 3 yang menyatakan; Setiap peserta ketepikan perbalahan lama, protokol, pangkat dan gelaran.

  4. Naib Ketua Bahagian Dato’ Nazri Ngah juga macam biskut ’chipsmore’ – sekejap ada sekejap tak ada – selalu ponteng. Beginikan contoh seorang pemimpin?
  5. Bagaimanapun saya memuji sikap Setiausaha UMNO Bahagian yang konsisten dan fokus kepada kursus dari awal hingga akhir. Sayatidak menyangkal pendapat umum di Jerantut bahawa beliau memang layak sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut.
  6. Ketua Wanita UMNO Bahagian Pn. Norhelan Mahmud juga didapati senang bersama peserta-peserta lain tanpa rasa bangga diri dan kelihatan ’low profile’.
  7. Fasilatitor kursus ini seharusnya dikendalikan oleh mereka yang datang dari negeri lain supaya mereka boleh bersikap tegas dan tidak berlaku malu-alah fasilitator terhadap peserta yang terdiri dari mereka yang berjawatan dan berkedudukan.

  8. Tindakan mesti diambil terhadap mereka yang gagal menghadiri kursus tanpa alasan kukuh dan mereka yang tidak mematuhi peraturan berkursus bagi mendisiplinkan UMNO. Selagi mereka yang berjawatan masih menganggap mereka ahli UMNO kelas pertama atau golongan elite, maka selagi itulah UMNO tidak akan mampu berubah dan akan menerima padahnya di PRU13 nanti.
  9. Di mukasurat 16, peraturan Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia dibawah tajuk Jentera Siber @ Media Baru perkara 2 dan 3 menyatakan;

- 2 ahli setiap bahagian iaitu seorang lelaki dari Pemuda & Seorang wanita dari Puteri UMNO

- Tujuan wujudkan jentera siber yang cekap guna blog, youtube dan Facebook untuk menjadi nucleus dan penggerak kepada jentera media maya UMNO di bahagian-bahagian dan negeri-negeri

Sepatutnya perkara telah digerakkan lebih awal namun kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut masih lagi tidak memandang berat peranan media baru sebagai alat sebaran maklumat yang berkesan kerana itulah di Jerantut ada banyak blog pembangkang sedangkan blog UMNO masih tidak kelihatan.

  1. UMNO di bahagian-bahagian harus berubah lebih pantas memandangkan PRU13 sudah semakin hampir. Kita bimbang bahawa nanti kita tidak sempat berubah sepenuhnya sebelum PRU13 menjelang.

  2. Ahli-ahli UMNO diperingkat bahagian jangan lagi hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja dengan berebut jawatan bagi tujuan mendapat faedah dari jawatan tersebut, mereka seharusnya berusaha lebih keras membawa UMNO kembali gagah dan disayangi oleh semua umat Melayu serta disegani bangsa lain.

2 comments:

BENGAH @ SERLING said...

UMNO dulu dan sekarang
Dulu, demi maruah juang
Kini,bagai juang peluang
Begitu ada yang pandang

Jika UMNO ingin disayang
Pada rakyat, kena datang
Bukan langkah hulubalang
Tapi dengan kasih sayang

Sua rakyat bila teruang
Tak mesti bunyi kompang
Semacam YB dulu sembang
Juga pantang temberang

menyegar said...

Salam weh.Napa lama benor dema tak tulis post baru?.Tulisan tulisan yang menarik mcm dema tulis ni sebenornya boleh memberi ilmu kepada org ramai.Silakan menulis lagi.Walaupun tulisan kat sini tak dpt apa apa habuan.tetapi dema dpt memberi sedikit ilmu kepada org ramai. salam..

Post a Comment

2 comments:

Muara Sat said...

SPU,

Dompok Jadi jurulatih? kah...kah...kah... besar betul kerak budak tu !. Buat apalah nak tunjuk pandai. Dia tu sakitlah spu.Tak taulah orang jerantut dapat pemimpin macam itu. Tak ada yang lain ke yang agak tinggi sikit akalnya?.

Anonymous said...

Suara prihatin umno jerantut

Susah UMNO Jerantut hendak berubah.Banyak mereka ingat berubah itu "projek apa dapat"
itulah yang selalu kita dengar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN