Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, June 18, 2010

PEMIMPINLAH YANG SENTIASA BENAR

Menurut sebuah laman blog Jerantut menyatakan ‘Majlis Ramah Mesra YAB Dato' Sri Hj Adnan bin Hj Yaakob, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang bersama rakan-rakan media baru di Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang’ telah diadakan baru-baru ini.

Pengerusi Biro ICT dan Media Baru UMNO Negeri Pahang dalam ucapan aluannya menyatakan media baru kini sebahagian daripada kehidupan membentuk jaringan sosial membentuk medium kempen cara baru. Oleh itu semua rakan-rakan media baru perlu berganding bahu memberikan penjelasan kepada rakan bukan politik.’

MB Pahang dalam ucapannya menjelaskan senario realiti politik terkini dalam negeri dan negara. Melayu terutamanya ahli UMNO perlu bersatu. Program Juara Rakyat yang inklusif seperti membantu orang susah, gotong royong dan sasaran kepada bukan Melayu amat digalakkan. MB juga berkata bahawa media baru telah menjadi pilihan, media lama seperti suratkhabar harian semakin kurang jualannya.

Rakan-rakan media perlu buat penyelidikan, cari alasan kukuh dan jawab dengan pantas. Blogger pro kerajaan mesti berpengetahuan, jangan antagonistic (berlawanan) guna "reverse psychology"

UMNO negeri akan membentangkan kertaskerja bagaimana cara mahu menang pilihanraya. Objektif kertaskerja itu ialah:

- Menang PRU

- Kekal kuasa

- Pikat orang UMNO, atas pagar dan sekat pembangkang.

Program melawat bekas AJK UMNO Bahagian, bekas YB, veteran UMNO, orang atas pagar, orang pencen. Perjumpaan dengan "Mat Rempit" juga diadakan. Maklum balas yang diterima kini seramai 1400 "Mat Rempit" telah bersetuju untuk menyertai program. Satu sistem pelaporan dan penilaian digunakan untuk melihat keberhasilan program.'

Kemudiannya MB Pahang melancarkan Pelancaran Sistem SMS UMNO Pahang diikuti acara sessi dialog bersama-sama rakan-rakan media baru.

Kata UMBJ:

  1. Baguslah bila MB Pahang dan UMB Pahang sudah sedar tentang peranan media sosial dalam kehidupan masyarakat.
  2. Bersapa ramaikah dari Jerantut ini yang Kerajaan Pahang iktiraf sebagai rakan media baru nya? Bagaimana pula yang selebihnya adakah mereka ini BUKAN rakan media baru Kerajaan Pahang?
  3. Ramai blogger Pahang yang bernama tetapi tidak dijemput hadir, apakah mereka disisihkan atau mereka juga BUKAN rakan media baru Pahang?
  4. Dasar pengasingan yang dilakukan ini tidak memberi kebaikan kepada media baru Pahang .
  5. Sepatutnya UMB Pahang menyusuri dan mencari serta mengumpulkan semua blogger Pahang termasuk yang sudah bernama untuk memantau dan gembelingkan tenaga mereka semua, kenapa tidak diusahakan?
  6. Nampaknya yang diiktiraf sebagai rakan medaia baru Pahang bukanlah mereka yang benar-benar mantap berblog dan blog mereka pun bukanlah dikunjungi ramai pembaca.
  7. Apakah Rakan Media Baru Pahang merasakan telah lakukan sesuatu yang betul?
  8. Jika seramai itu saja rakan media baru Pahang, bagaimanakan untuk menangi PRU13 nanti? Jika musuh lebih ramai dari rakan?

3 comments:

Hantu air said...

SPU,

Kadang dia orang buat benda bukan nak memabaiki tapi nak memunah langsung. Orang lama yang banyak pengaruh dalam blog tak mpanggil. Dia ingat blog ni macam toukey candul. Blog ni banyak Hantu... tau tak? Hantu.. hantu.... Tok Cakar, Tok carut tau ke....? 10 orang baru tak sama satu orang lama. Jaga baik2. Jangan pakai rabus saja nanti putus tangan. Kalau putus tangan tak apa. putus kepala langsung tak tahu apa2.

Muara Sat said...

SPU,

Jerantut ini dia panggil WZWH sebagai blogger handalan. Selamatlah kalau pakai budak tak betul tu, seluruh jerantut benci mendengar nama dia. Semua orang dianggap sakai kononnya dia keturunan bendahara. Butir... itulah yang UMNB pahang pakai. Lebih 20 0orang blooger jerantut ini tak panggil, ini semua nak kena spin lah nanti.

Pegihhh mampus lah, kami buat hal sendiri sahaja, kami nak sokong kami sokong, bukan ada upah. ini perjuangan. kalau tak dihargai langsung retilah kami mengubatnya.
Kami bukan nak duit tapi ingatan sudahlah.... itu pun tak boleh?.

Pegihhh jahanam lah....

Anonymous said...

Itulah yang dema undi calon yang haprak dulu tu buat apa? inilah jadinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN