Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, June 12, 2010

DIMANA SPU BERADA?

Jika diibaratkan perniagaan, aggregator blog bolehlah dianggap sebagai billboard atau papan iklan. Jika blog kita dilinkkan diblog-blog berkenaan maka akan lebih mudahlah blog kita 'dicapai' oleh pembaca, jika tidak maka akan tidak berpengunjunglah blog kita, sepi dan mati.

Terdapat banyak blog-blog aggregator, jika kita hendak asingkannya dari fahaman politik maka kita ada dapati juga disebelah sini dan disebelah sana, bahkan yang benar-benar nuteral pun ada. Di Pahang kita boleh semak di blog Gabungan Suara Anak Pahang. Terdapat banyak blog-blog yang telah tersenarai disana dari berbagai kategori penulisan. Mohonlah untuk 'disenaraikan' didalamnya.

Penggabung Suara menghimpunkan blog-blog pro kerajaan diseluruh negara. Terdapat 3 kategori; Suara Blogger, Gerak Siber dan Suara UMNO. Mungkin Suara UMNO adalah mewakili mana-mana pertubuhan UMNO itu sendiri di peringkat Bahagian bahkan Cawangan.

Suara Prihatin UMNO telah tersenarai didalamnya sejak beberapa tahun lalu mewakili Jerantut biarpun bukanlah suara resmi UMNO Jerantut. Selain itu, Pemuda UMNO Rompin juga tersenarai. Kenapa hanya 2 ini sahaja? Mana perginya UMB Pahang yang gah pada namanya? Mana juga blog resmi UMNO Pahang?

Membina blog adalah seperti mencipta jenama barangan ianya harus juga disusuli dengan plan promosi yang baik bagi menjamin maklumat tentang produk akan sampai kepada pengguna. Mungkin UMB Pahang dan Ketuanya masih terlena dan tidak sedar tentang ini.

Bagaimanapun, orang-orang Jerantut harus juga berbangga bahawa SPU sudah mencapai ketahap ini walaupun dengan bersusah payah sekali selama ini. Sekurang-kurangnya, kecelikkan IT SPU ini telah menutup kebutaan IT UMNO Jerantut selama ini. Kita juga sedar bahawa blog SPU dibacai berbilang orang dan dipantau oleh UMNO pusat bagi mendapat input berkenaan politik masyarakat setempat.

Apakah blog masih dikatakan hanya untuk orang-orang bodoh saja?

3 comments:

Balikangin said...

Spu,

Tahniah kerana merintis jalan celik IT Jerantut. Sudah mula berbuah perjuangan sudara walaupun sudah hampir hilang suara melauh orang supaya segera berubah. Hari ini sdr nampak hasilnya bukan?. Walaupun baru berrmula harus kerja keras lagi.

2. Bagaimanapun Yang Boroi buat bagai-bagai cara supaya blog-blog Jerantut tergencat. Termasuk berperang dengan admin Jerantut Kampungku.

3. Langkah Boroi untuk halang blog-blog jerantut berkembang minggu lepas telah buat lapuran polis menafikan apa yang dirakamkan oleh penulis dan pemberi komen adalah tidak benar dan satu tuduhan liar terhadapnya. Dan mengarahkan polis menangkap semua bloggers dijerantut.

4. Namun demikian spu dan blogger jangan takut selagi kita benar kita harus dedahkan. T qu.

Muara Sat said...

spU,

Saya telah difahamkan bahawa ada pihak menyiasat bloggers. Dan penyiasat itu telah berjumpa blogger yang menulis itu. Apa yang memeranjatkan penyiasat itu menyuruh bloggers jerantut tulis lebih banyak lagi kerana hasil siasatan mereka terhadap apa yang didakwa oleh bloggers 85 ke 90 % adalah benar.

b. Silap-silap ini jadi kes Anwar 1998 bila repot polis suruh siasat 100 dalil anwar tak boleh jadi PM. Kesannya terbalik 360 digree.

SPU said...

Salam dan terima kasih, saya telah nyatakan bahawa saya menulis kerana sayangkan UMNO dan lakukan ini supaya pemimpin sedar bahawa mereka kadangkala tidak disukai rakyat kerana perangai buruk mereka yang mereka tidak sedari. Orang-orang UMNO tidak berani menegur pemimpin UMNO kerana takut badi. Yang akan jadi lilin menerangi orang lain kerana bangsa dan negara adalah SPU....kita akan terus perjuangkan ini selamanya. Bahkan kita mencabar sehingga ujudnya blog resmi UMNO Bahagian Jerantut. Kita cabar Ketua Penerangan agar mampu lakukan sesuatu untuk menerangkan UMNO bahagian dan jangan lagi bersembunyi didalam kegelapan...Kita cabar juga blog Resmi Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO untuk tampil dan menyebar maklumat kepada rakyat dan ahli UMNO. Rakyat sudah celik IT, bila lagi pemimpin UMNO nak celik IT?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN