Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, June 17, 2010

DATO' WAN AMIZAN MENEMUI DATO' AZIZAN?

Menurut sebuah laman blog di Jerantut Dato' Wan Amizan telah menemui Dato' Azizan Yaakob dan mengadakan perbincangan 4 mata.

Jika laporan itu benar, sudah nampak ada riak bahawa ketegangan politik di Jerantut akan mengendur sedikit demi sedikit. Tidak dapat dinafikan bahawa kekuatan Dato' Azizan masih ada meskipun beliau dahulu dikalahkan oleh Dato' Wan Amizan bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Dalam pertarungan dahulu saya tidak melihat kekalahan Dato' Azizan sebagai kurangnya sokongan terhadap beliau tetapi lebih dipengaruhi oleh faktor lain yang membuatkan banyak perwakilan gelap biji mata.

Apapun, ini adalah satu usaha damai yang baik bahkan ianya patut dilakukan lebih awal lagi.

Beberapa blogger Jerantut yang lain juga sependapat dengan saya bahawa Dato' Azizan harus diberikan tempat dan tanggungjawab bagi bersama-sama memulihkan dan memperkasakan UMNO Bahagian Jerantut.

Teringat kata Tun Dr. Mahathir; Yang menang tak menang semua, dan yang kalah tak kalah semua.

Saya juga berpendapat bahawa media sosial (blog dan facebook) harus dikuasai sepenuhnya oleh UMNO Bahagian sebagai satu alat untuk mendekatkan UMNO dengan rakyat.

Baca posting sepenuhnya dibawah ini:



DATO' WAN AMIZAN JUMPA DATO AZIZAN

CARI JALAN DAMAI

Dato' Wan Amizan selaku Timbalan Ketua dan Ketua Pemuda UMNO Jerantut, dari lapuran sumber boleh dipercayai telah berjumpa empat mata dengan Dato' Azizan Yaakob dibangunan UMNO Jerantut, selepas beliau menggantikan Dato' Safree exco kerajaan negeri Pahang merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Seni Silat Gayung Laksmana Malaysia, pada pagi Sabtu 5 jun 2010 yang lalu. Dato' Azizan sebagai YDP Pesaka Jerantut dan juga Timbalan Presisen Gayung Laksmana Malaysia juga hadhir bersama diMajlis tersebut. Pertemuan itu katanya bagi membuka era baru UMNO Jerantut kerana mereka dikatakan tidak bertemu lebuh 18 bulan dari tarikh pertandingan UMNO Bahagian November 2008.

2. Difahamkan dari sumber dalaman bahawa Wan Amizan sedang mencari jalan damai agar Azizan yang dikatakan menguasai hampir separuh kekuatan UMNO Bahagian Jerantut bersama teamnya Dato'Dr.Shukri Ismail semasa pemilihan UMNO dahulu. Keadaan UMNO Jerantut yang semakin berserabut ini telah mendorong pertemuan tersebut. Tambahan pula pihak pembangkang bertubi-tubi menyasarkan Jerantut sebagai pilihan nombor satu diPahang pada PRU 13 nanti.

3. DiFahamkan juga Dr Shukri telah dilantik sebagai jawatankuasa Biro Politik UMNO Bahagian Jerantut. Formula penyelesaian ini diyakini akan menguatkan semula UMNO Jerantut untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Ketika penulis cuba mengesahkan daripada Dato Azizan jawabnya " no comment, tunggu dan lihat".

POSTED BY BERITA PEMUDA AT 1:26 AM

2 comments:

Wake UP! said...

Rapatkan barisan kerana pembangkang amat suka kalau kita berpecah.

muara sat. said...

SPU,

Sdr Wake Up, saranan saudara supaya rapatkan barsian itu betul sangat saya setuju 100 peratus. Tapi Budak Yang Boroi itu suka tikam belakang, cakapnya tak boleh pakai langsung. Satu Jerantut ni semua tahu dia penipu,pembohong, pemungkor. Sapa rapat dengan dia kena. Mana ada orang nak rapat sangat dengan dia kebelakangan ini. dulu orang tak tau hal lagi. Kalau ada pun yang dekat dengan dia orang nak mengerja keduit duit dia saja. Orang jerantut tak percaya dah dia. Tanah orang pun lulus kedia, anak orang dara orang pun dia sapu. Cakap besar, kawan dengan menteri, PM ,TPM, rapat mavam isi dengan kuku dengan MB,Raja Sultan, Presiden Amerika Obama, PM Thailand Abhisit,Tak daya dah kami kena pedaoh.

Baru ni dalam dalam mesyuarat dia boleh pungkau lagi. Dia yang kol Putera Raja Jordan supaya berhubung dengan Anifah aman Menteri luar supaya selesai kes rampasan kapal bantuan keGaza. Putera raja jodan dengor cakap dia cuba lah Wake Up fikir. Dia ni sakit agaknya. Atau kepala penuh weng ambil.....

Lu fikirlah sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN