Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.

Tuesday, January 12, 2010

UMNO DIBENCI KERANA PEMIMPIN

Tokey babi pun boleh gemuk kalau berniaga 5 tahun tak bayar sewa

PRU13 semakin hampir, apakah Umno semakin pulih dan diterima masyarakat? Dari beberapa kajian rambang, masyarakat masih belum dapat menerima Umno kembali. Pembangkang seperti Pas dan PKR masih mendapat perhatian rakyat terutama di Jerantut. Masih banyak yang Umno perlu baiki terutamanya sikap pemimpinnya sendiri. Pemimpin Umno disemua peringkat harus berubah, dan berubah dengan segera.

Ketua Umno dicawangan harus lebih jujur dengan menerima sesiapa saja menjadi ahli tanpa mengira kroni bagi tujuan menjaga kepentingan untuk terus berkuasa sebagai ketua cawangan. Umno cawangan bukan milik keluarga. Jangan si-ayah jadi Ketua Cawangan, emak jadi Ketua Wanita, anak lelaki jadi Ketua Pemuda dan anak perempuan jadi Ketua Puteri. Menantu jadi Ketua Penerangan dan adik jadi Setiausaha. Orang lain disekat dari jadi ahli kerana nak jadikan Umno warisan turun temurun.

Di Bahagianpun demikian juga. Ketua bahagian harus lebih prihatin dan ambil peduli kepada ahli-ahli diperingkat cawangan dengan selalu melawat cawangan. Berumah tanggalah di Jerantut selaku Pemimpin Bahagian Jerantut bagi membolehkan rakyat menemui dan mengadu kesusahan. Ini yang rakyat inginkan. Bila kita prihatin kepada rakyat, maka rakyat akan membalas di pilihanraya nanti.

Pemuda patut lebih peka kepada peranan media baru dan berusaha gigih bagi menentang dakyah lawan dengan menggunakan medium internet iaitu melalui blog, facebook dan sebagainya. Pejabat Ketua Pemuda jangan saja dijadikan sebagai pusat permainan Pokker Face semata-mata, tapi gunakanlah internet dengan lebih berfaedah. Tingkatkan pembaca diblog pemuda bahagian. Kalau setakat 3 orang pengunjung dalam masa sehari, lebih baik tutup saja laman blog berkenaan. Berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Kalau tak tahu belajar pada yang tahu, kalau bodoh belajar dari yang pandai.

Seorang berjawatan didalam Wanita Umno dimaklumkan atas kapasitinya itu menjalankan perniagaan Rumah Rehat, namun sejak dari 5 tahun lalu tidak pernah membayar sewaan bahkan wang pendahuluan juga masih belum dilunaskan. Dalam mesyuarat, Ahli Majlis Daerah telah menyuarakan agar kontrek ditamatkan namun pihak majlis tidak berani mengambil tindakan. Kita harap Tuan Yang Di Pertuan Majlis bertindak lebih berani kerana rakyat memerhatikan ini selama ini. Kalau YDP rasa kurang berani, mungkin dia boleh berangkat ke mana-mana tempat lain. Kita hanya ingin pemimpin yang berani.

Apakah tindakan tidak dapat diambil ke atasnya hanya kerana dia berjawatan didalam Wanita Umno Bahagian? Umno Pahang tidak mampu mengambil tindakan? Bagaimana Umno Malaysia? Inikah keadilan untuk rakyat? Kita berharap pihak berkenaan akan mengambil tindakan segera sebelum perkara ini dirujuk ke pihak lebih tinggi lagi. Bagaimanapun, kita mengucapkan syabas kepada Naib Ketua Bahagian yang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu ini dan meminta pihak Majlis mengambil tindakan tegas. Kita lihat siapa yang ada telur dan telur siapa lebih besar?

Kita ingin bertanya, apakah dalam Umno ada 2 taraf keahlian dan 2 undang-undang yang akan menghukum golongan marhaen dan melindungi golongan elit? Satu Malaysia semakin nampak cemar kerana pemimpin Umno yang sebegini. Mungkin teori RAHMAN itu benar dan Najib adalah pemimpin Umno yang terakhir jadi PM dan akan berakhir segera iaitu pada PRU13 nanti.

~spu/

17 comments:

YANG GAMBI said...

Salam SPU, baguslah kalu peragai kepimpinan UMNO Bahaggian tuan berperangai macam itu........ alamatnya tunggu je lah PRU13 nanti........

Kekadang susah juga, kalau perwakian sendiri yang dah pilih orang macam ni memimpin UMNO Bhg Jetrantut... tak kiralah pilih keran apa.....

N9 TAHAN said...

Assalamualaikum.Terima kasih atas kunjungan ke blog kami.Dan tahniah atas penulisan artikel ini.And memang seorang yang berjiwa kental dan berani membuat teguran.Tokey Rest House tu kalau dah berenti nanti,kita boleh ajak dia pergi kampung membersihkan surau yek!

Alam.maya said...

dalam umno pun x boleh nak di perbetul..macam mane nk betulkan negara?? haram j..

Alam.maya said...

nampaknya di jerantut ketandusan pemimpin dari kalangan org umno.. alamat melingkupla...

kembara putih said...

Pemimpin2 UMNO naik lemak bila kesalahan mereka dilindungi. Media massa pun pakat2 sembunyi kepala. Bayangkan jika resort itu kepunyaan pemimpin pembangkang, pasti heboh di media massa 1Malaysia, bergendang irama selama berminggu-minggu.

bRAVEhEART said...

Untuk menyedarkan mereka, mungkin patut Umno dikalahkan dan Melayu menjadi bangsa dijajah semula supaya kita akan sedar diri. Melayu tidak boleh senang, Melayu harus susah baru mereka insaf.

selagimasihada said...

Betul,betul.betul. Di P081, N10 DUN Damak akan jadi tumpuan utama kerana potensi untuk menawannya yang lebih cerah. Selain itu DUN Tahan dan Parlimen Jerantut juga punya peluang dengan usaha kuat dan sokongan mereka dari dalam Umno senndiri. Orang-orang Umno rela belot untuk mendapat sesuatu kepentingan peribadi mereka. Sokongan dari mereka ini akan membantu menawan Jerantut.

Kenapa Majlis tidak boleh mengambil tindakan kepada pemajak Rumah Rehat Jerantut itu? Apakah dia dilindungi Umno? Kala ya, Umno memang perompak rakyat dan mesti dijaghanamkan dalam pru nanti. Memang Umno parti celaka.

Unknown said...

Saya pun amat setuju sgt peimpin UMNO bahagian anda buat mcm tu sebab dia pun tahu pemimpin yg lebih atas pun buat menda yg sama. Malah lebih besar lagi. Saya cadangkan tuan pun tak kan nak tgk saje. Sapu jer lah apa yg ada sebab ia akan lebih memudahkan kerja kami. Saya mencadangkan ketua-ketua UMNO cawangan tak payah lah susah payah nak jadi juara rakyat sebab ketua yg di atas akan senang lenang. Org bawah buat kerja dia yg dpt nama. Ketua cawangan dtg mesyuarat naik cup cai pemimpin besar dtg naik kete mewah. Siap mkn minum tanggung.

.@blogger.com said...

En. Kamal,
Ini hantar komen sampai 5 ni apasal? Dah tidak waras ke apa? Orang lain pun komen juga tapi tak lah sampai nak jadi gila. Saya nasihatkan awak utk buat pemeriksaan kesihatan untuk pastikan awak masih waras ~ SPU

ahaa said...

Bukan di Jerantut saja, tapi hampir semua bahagian UMNO macam tu. Tahniah kpd tuan kerana dah sedar, tapi ramai sangat lagi yg tak sedar. UMNO dah membusuk sampai berulat. Dah tak boleh nak ubat dah, tunggu kojol saja.

Masalahnya, PAS / PKR pun dah mula membusuk juga.

Tahniah untuk pemimpin-pemimpin Melayu, yang menjahamkan bangsa sendiri.

SPU said...

komen ahaa ni bagus, nampak waras kerana masalah skrg bukan hanya pada Umno sahaja, Pas, PKR, DAP, MCA, MIC Makkal Shakti..dan semuanya. Politik Malaysia adalah politik cari makan dan sapu untuk peribadi dan kroni.

one one no belen said...

Salam. Koi dah kata, sebenornya yg amat bodoh adalah para pengikut sesebuah parti tersebut,mereka hanya menykong perti mereka tak kira siapakah yg di calonkan. hatta seekor lempu pun jika dicalonkan oleh parti mereka mereka tetap undi. so inilah jadinya bila pengundi dan pengikut parti terlalu taksub. manusia manusia. jandi unta lebih baik dari jadi manusia.

Anonymous said...

walau apa pun UMNO tetap yang terbaik dan boleh dipercayai untuk memperjuangkan bangsa melayu. Saya yakin dan percaya pertubuhan yang unik ini tetap akan mendapat majoriti yang besar pada PRU 13 kelak kerana rakyat malaysia telah berlandaskan kepada akal dan saya percaya mereka akan mempuat tapisan yang sewajarnya berpandukan tindakan,media-media,internet dsbnya.Lebih banyak isu-isu yang tidak berlandaskan fakta diwar-warkan lebih kuatlah parti UNO. Rakyat lebih bijak memilih..Wallauhalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN