Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, January 6, 2010

Perkasa Jerantut memperkasakan Melayu yang layu




Pertemuan dengan kawan-kawan mengenai penubuhan Pribumi Perkasa Jerantut. Banyak pihak dari banyak latarbelakang terlibat. Semua setuju bahawa Melayu mesti bersatu demi memperjuangkan dan memartabatkan bangsa Melayu. Gerak kerja sedang disusun untuk tujuan itu.

Selesai pertemuan kami sambung sembang-sembang di gerai corner depan Pasar Jerantut. Banyak yang dibincangkan namun ketetapannya adalah Melayu mesti bersatu dan Perkasa adalah platform untuk perjuangan ini. Umno dan Pas sudah tidak boleh diharapkan lagi kerana merekalah penyebab kepada perpecahan.

Kami juga sependapat supaya mereka yang terlibat dengan politik tidak menyertai pertubuhan ini secara aktif kerana itu akan menjejaskan reputasi Perkasa sebagai sebuah entiti NGO. Rakyat masih melihat bahawa pemimpin Pas dan Umno sebagai hanya mementingkan diri dan kroni masing-masing sahaja, dan pemimpin Umno terutamanya masih dengan sikap bodoh sombong mereka.

Selain dari tidak mahu mendengar pandangan rakyat mereka juga enggan menerima orang lain yang dianggap lebih tahu dari mereka dan ini yang membuatkan Umno sentiasa tinggal dalam kebodohan. Apakah Umno akan berubah sebelum PRU13 nanti? Atau rakyat akan mengubah dan menolak mereka sebagai satu hukumkan kepada mereka.

Turut serta malam itu adalah beberapa orang kawan dari Pergerakan Pemuda Umno yang turut mempertikaikan tentang peranan blogger Umno peringkat bahagian sendiri yang masih belum keluar dari cengkerang. Beberapa pusat ICT di Jerantut patut dijadikan muzium atau bengkel baik pulih roh pemimpin yang dah mati itu. Harap perkasa Jerantut mampu memulihkan dan memperkasakan Melayu yang sudah layu.

Tahniah dan syabas kepada Sdr. Adzlan Zakaria selaku pemimpin perkasa Jerantut. Pikullah tanggungjwab dengan jujur dan ikhlas, insyallah akan berjaya.

Satu pandangan untuk pengerusi Perkasa negeri-negeri, janganlah nanti Perkasa dijadikan bengkel untuk baikpulih tokoh-tokoh politik yang sudah di reject. Jika mereka yang demikian diambil dalam Perkasa, maka perkasa akan menjadi seperti Umno lagi dan mengulang sejarah sama. YDP Perkasa Pahang, sila ambil perhatian.




spu/


25 comments:

Anonymous said...

Salam.keahlian perkasa sepatutnya tidak di ambil dari politikus politikus.kerana politikus politikus ini akan membawa perkasa menjadi tikus dengan jiwa tikus mereka.Biarlah perkasa terdiri dari org yg perkasa dan yg berjiwa besar

Anonymous said...

SPUJ,

Kuat kau hentam ye, sampai kau kata pemimpin UMNO Bodoh Sombong. Ye ke?. Tahniah Sdra Adzlan Zakaria.Dapat kah saudara membuat perubahan? terutama di jeran tut. Kalau tak jeran kena tut. Kalau kau berjaya itu kejayaan besar. Selamat berjuang. Untuk kesatuan Biar lah berbeza pendapat tapi jangan memusuhi yang berbeza pendapat dengan kita. Jaga dan berhati jangan lawan orang itu. SPUJ kau kritik umno , ketua bahagian , Timbalan ketua bahagian dan AJK tak rasa ke. Hakikat nya mereka bukan bodoh dan tidak sombong. Mereka semua BIJAK dan pandai serta berstrategi mengikut situasi. Mereka guna analisa SWOT dan prisip SUN TZU tau.

kencana said...

salam, tak kira cara pun perkasa mesti melaksanakan tugasnya dengan jayanya. kita semua tahu umno ,pas adalah orang islam dan melayu tapi sudah berpecah kerana politik yang mana masing masing pentingkan perbadi dan kroni.ini semua buat orang benci dengan politik.masyarakat takut nak sertai mana mana parti.kita tahu umno hari ini lebih kepada berbangga diri serta sikap bodoh sombong.kalau pas masih nak salahkan orang lain.saya harap perkasa jerantut dapat merapatkan melayu khasnya.dan saya menyokong penuh perkasa jeratut.

.@blogger.com said...
This comment has been removed by a blog administrator.
.@blogger.com said...

Salam semua dan terima kasih kepada sdr yang memberikan komen. Semua berhak memberi pendapat dan semua pendapat adalah benar untuk diri masing-masing. Apa pun, perpaduan Melayu harus diusahakan bersungguh-sungguh kerana keretakan Melayu dalam Umno dan Pas sudah menjadi belah.

Jawapan saya ini saya tumpukan kepada Anon 8:05 kerana saya menyelami adanya rasa tak puas hati beliau terhadap posting saya.

Pertama, dalam posting saya tak kata pemimpin Umno bodoh. Saya cuma kata bodoh sombong dan 'bodoh sombong' itu adalah simpulan bahasa.

Kedua, pemimpin Umno mesti ditegur jika mereka menyeleweng dari asas perjuangan parti kepada perjuangan diri dan kroni.

Ketiga, tak usah cakap pasal buku Art of War - Sun Tzu, kerana mungkin saya membaca buku itu sebelum sdr pandai membaca lagi.

Keempat, Umno telah ditolak rakyat dalam PRU12 akibat kerana sikap pemimpinnya. Pemimpin generasi baru terlalu gelojoh dan tamak mengumpul harta dan perjuangan parti sebenarnya telah ditinggalkan.

Kelima, rasuah didalam Umno sudah menjadi amalan. Mereka merasuah untuk mendapat rasuah dan rasuah menjadai darah daging. Akhirnya Umno jadi pemakan bangkai dan busuk hingga ke usus.

Keenam, hanya orang salah akan rasa bersalah, jika mereka naik sebagai pemimpin bukan dengan cara merasuah kenapa mereka nak rasa bersalah?

PRU13 nanti DUN Damak akan jatuh lagi kepada pembangkang. Parlimen juga mungkin jatuh atau menang sangat tipis. Sementara itu, pemimpin kita bolehlah bersenang-senang di karaoke atau melancong keluar negara, Indonesia dan sebagainya ~ SPU

nurmani said...

assalamualaikum, saya melihat teguran dan ulasan yang diberikan oleh saudara-saudara diatas sangat tidak sesuai,kalaupun ada politikus yang macam tikus jangan anggap semuanya tikus.
Saya berpendapat orang melayu tidak berpecahbelah kerana politik tapi berpecahbelah kerana rasuah, kroni dan khianat. kalaulah mengikut pendapat saudara2 penubuhan Perkasa hanya menambah pecah orang melayu saja.
apa-apa pun saya mahu melihat Perkasa Jerantut yang bersifat Harimau, walaupun terkurung tapi tetap mengaum.

.@blogger.com said...

Salam mentol,
tidak bermakna jika ada mentol tanpa tenaga letrik, tidak akan menerangi sesiapa pun. Apakah penyokong Pas akan bersatu dalam Umno? Atau penyokong Umno ingin bersatu dalam Pas? Saya tanya sdr peribadi, apakah sdr akan bersatu dalam Umno? Sebagai ahli Pas fanatik, tentu sdr tidak ingin bersatu dalam Umno, kerana itu kita perlukan pilihan lain untuk bersatu. Seperti inilah bangsa cina lakukan bagi menjayakan 'ultra kiasu'nya. Sebab itu bangsa itu berlainan fahaman dalam politik namun mereka akan bersatu hati demi bangsa mereka. Buka mata sdr luas-luas. Di Damak (tempat sdr) pun boleh kita lihat contohnya bagaimana bangsa itu bersatu dan bangsa kita berpecah belah. Jika kita manusia berani, kita akan akui kebenaran itu sebagai hakikat. Beranikah mentol? Hehe ~ SPU

selagimasihada said...

mentol,
orang sana selalu mcm tu, prejudis. Mungkin mereka akan rasa mereka betul apabila mereka yang tajakan perkasa. kalau org lain buat tentu salah. itulah sikap sebenar Pas melihat Melayu lain.

nurmani said...

wahai saudara spu & sma,
saya ni bukan lagi apa-apa dlm parti,hanya kepekan sari damak setiap minggu jika bnyk fulus tapi banyak masa saya berfikir tentang lekanya umno semasa berkuasa,50 tahun bukankah lama.setelah itu salahkan orang bila hmpir disingkir. melayu tidak berpecah kerana politik tapi pemimpin politik yang memecahbelah perpaduan melayu,dulu ingat pekid..nak menyatu melayu, kat jntut pun berebut pangkat.hendaknya perkasa tidak, setiap usaha luhur tetap saya bantu.
..Aummmm..

.@blogger.com said...

Kenapa mentol tka mahu akui hakikat;Melayu berpecah kerana politik. Saiapa bersembahayang 2 imam dan banyak lagi contoh sebenarnya. Akuilah bahawa Melayu sememangnya berpecah kerapa Umno dan Pas. Orang2 Pas tak akan mengakuinya kerana jiwa hitam mereka. Perjuangkan Islam dan menolak perjuangan Umno yg membela Melayu, tidak sedarkah bahawa Melayu Malaysia ini adalah Islam juga? Mahukah orang Pas bersatu dalam Umno? Atau mahukan Umno bersatu dalam Pas? Jwpnnya adalah tidak. Justru, Perkasa adalah landasan yg sesuai utk semua Melayu bersatu. Terangkanlah jiwa en. mentol dan jangan terlalu taksub dengan parti @ Pas.

nurmani said...

SPU,

kawan dah baca belok pengerusi PERKASA pahang, jelahlah dia ni tak layak jadi ketua walaupun ijazah berjela. Kata PERKASA ni neutral nak menyatukan suara melayu layu tapi dia tuduh pemimpin Pas kufur,ngajilah dulu batas-batas iman baru boleh tuduh.
Si dia ni macam suara boneka Umno je.??

.@blogger.com said...

Mentol,
saya setuju dengan pandangan sdr dia tak layak, yang layak hanyalah sdr seorang saja. Kelulusan sdr juga tinggi melebihi pohon kelapa saka. Begitulah pada pandangan dan pemikiran sdr dan penyokong2 Pas semuanya, bukan? hehe. Kalau hati sudah hitam!

.@blogger.com said...

Walaupun sdr sangat pandai dan lebih layak, tapi saya harus juga perbetulkan kesalahan ejaan yang memberikan maksud yang salah juga dalam komen sdr tu:
Blog bukan belok, ngeja dulu betul-betul sebelum nak ngata orang lain, hehe

.@blogger.com said...

Lagi satu, jelas bukan jelah. Nampak sangat ke Kelantanistnya. Dan sdr mentol macam boneka dan pencacai Pas je? kah kah kah

nurmani said...

Hee. hee tuan dot@..

Salah eja tu. sampai ati aok tudoh kawan boneka & pecacai tapi kalau boneka & pencacai Pas mcm aok cakap tu betullah. Hidup matiku hanya untuk parti islam semalaysia. Allahuakbar !

bRAVEhEART said...

Betul tu, Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas. Orang-orang di negara Arab tu bukan Islam sebab mereka bukan ahli Pas. Mereka tak akan masuk syurga sebab kunci syurga di pegang oleh ulamak Pas yang hamPas.

nurmani said...

tak gitulah tuan yang braveheart,kawan cakap parti islam semalaysia utk perjuangan kawan soal surga neraka tu belum pasti tapi kalau perjuangan bukan atas nama islam tentunya landasan perjuangan pun bukan islam.tohmahan aok bahawa kunci syurga dipegang oleh ulamak Pas dusta semata. Jangan membenci orang Pas melampau sebab mereka tu masih saudara-saudara aok lagi. Kunci syurga yang aok cakap tu maksudnya panduan beragama yang membawa ke syurga bukan kunci macam kunci besi rumah kita.

.@blogger.com said...

Jangan benci Pas melampau walaupun Pas membenci saudara nya Umno sangat melampau. Inilah neraca Pas, dia buat halal, orang buat haram, mmg haramjadah namanya.

Kalau Najib terima sumbangan untuk ke haji mesti hukumnya haram, kalau nik aziz, tak apa, mogo orge nok beri kito ambik lah...halal...halal...hehehe. Pasal itulah Agama dan politik jangan dicampurkan, kalau campur juga jadilah ulamak politik.

Alam.maya said...

marilah kita menegakan kebenaran islam.. diharapkan umno dapat sedar dan kembali kerahmatullah..

Alam.maya said...

kalau dalam perkasa ni ade org politik.. nak tau jawapanyer?? lingkup la.. berubah le..bau politik tetap ade..cari la pemimpin yang bersih dari parti tuan..

nurmani said...

tuan .@,

tuan sememangnya tak tau cerita sebenar kisah nik ajis nak pegi haji tu kecuali baca cerita orang je, jadi tak usah cakaplah .
kalaulah aok kata politik tak boleh campur agama memang silap tu, kita orang islam semua perkara mesti ikut agama hatta nak melepaskan hajat pun ada aturan agama, inikan pula urusan yang besar mendirikan negara yang mendaulatkan syariat dalam semua bidang. Ulama pula adalah pewaris kepada ajaran nabi, label ulama politik ke, ulama pekah ke, kita yg tak ngaji ni yang beri. ketika hari ini politik menjadi bidang yang penting sudah tentu perlu ulama terjun sama memandu ummat.Kalau kita tengok sejarah masa masa ulama lampau ramai yang terlibat dengan urusan negara.Tanpa ulama kita akan kembali menjadi baghal.
Soal benci ni soal hati dan perasaan , kawan tak benci pun ke aok .Orang Pas tak benci ke orang umno, cuma benci ke ideologi umno
jadi terpalitlah sikitsikit ke orang nyer. Maaf ..

.@blogger.com said...

Penafian yang sudah selalu kita dengar berulang kali. Sama saja. Soalnya bukan Pas yang tak baik tetapi Umno lah yang tak baik. Bukan Pas tak nak perpaduan tetapi Umno lah yang tak nak perpaduan. Tetapi bila diajak sering akan menolak dengan apa-apa alasan sekali pun.

Perkasa bertujuan untuk satukan Melayu dalam satu organisasi yang bukan politik. Bagaimanapun ianya harus melibatkan orang-orang politik Melayu dari semua parti aslkan jangan dimonopolikan oleh golongan tertentu. Umno dan Pas mesti sertai Perkasa jikalau benar mereka jujur dan inginkan perpaduan. Jadilah seperti bangsa Cina yang walau berlainan parti politik tetapi bersama dan satu dalam apa-apa kepentingan berkaitan bangsa mereka - semangat kiasu mereka ~ SPU

nurmani said...

benar seperti kata tuan .@blogger tu,saya lihat orang pas dan orng umno dah hampir-hampir nak bersatu cuma namanya yang berbeza agaknya, lihat dalam hal kutuk mengutuk, cantas mencantas,pijak memijak teknik yang digunakan sama TAPI dasar Pas tu yang membuatnya berbeza,Pas mengajak umat islam bersatu, umno mengajak umat melayu pribumi bersatu. Bersatu atas dasar islam adalah lebih utama kerana itu Rasullullah telah menolak tawaran puak kafir kuraish untuk menjadi ketua puak itu jika meninggalkan kerjakerja menegakkan islam padahal dia boleh terima dulu jawatan tsb kemudian boleh jalankan dakwah, jelaslah skop kaum itu ditolak oleh baginda, meskipun dimasa itu umat islam masih kecil bilangannya, kita yang mengaku umatnya takkanlah nak tolak kaedah Rasul ini, parti yang berasas pada kaum ini telah ada dizaman arab jahiliyah lagi. Apa ke salah kita ikut asas perjuangan junjungan kita.Orang umno kena lihat, nama UMNO itu pun warisan penjajah masih tak mampu nak tukar kedalam bahasa sendiri. Kalau orang melayu semua ahli Pas tentu kita dapat tingkatkan tahap penyatuan islam keperingkat serantau atau global.
Perkasa pula muncul dengan skop perjuangan yang lebih sempit, hanya untuk menyusul perjuangan yang gagal dilakukan oleh Umno bererti Perkasa adalah serpihan Umno yang menolak politik tapi ingin menyatukan orang politik. Lucukan bunyinya.

.@blogger.com said...

Hehehe, Rasulullah menolak tawaran kaum kafir, ulamak pewaris nabi, tapi kenapa ulamak Pas tidak menolak kerjasama dengan kafir harbi DAP tetapi menolak kerjasama dengan Umno yang nyata Islam? Awak pasti akan berikan seribu jawapan untuk menegakkan benang basah awak tu, tetapi saya harus tumpukan kepada penulisan diblog saya dengan isu lain pula, jadi selepas ini saya tidak akan menjawab apa-apa lagi hujah2 awak tu en. mentol. Apapun saya ucapkan terima kasih kerana sudi melawat blog saya berkali-kali. Nanti bila saya balik ke Jerantut saya harap akan dapat berjumpa dengan awak. KL dengan Jerantut pun bukan jauh sangat ~ SPU

selagimasihada said...

Salam,
Mentol kata: Rasullullah telah menolak tawaran puak kafir kuraish untuk menjadi ketua puak itu jika meninggalkan kerjakerja menegakkan islam padahal dia boleh terima dulu jawatan tsb kemudian boleh jalankan dakwah, jelaslah skop kaum itu ditolak oleh baginda, meskipun dimasa itu umat islam masih kecil bilangannya, kita yang mengaku umatnya takkanlah nak tolak kaedah Rasul ini,
SPU kata: Hehehe, Rasulullah menolak tawaran kaum kafir, ulamak pewaris nabi, tapi kenapa ulamak Pas tidak menolak kerjasama dengan kafir harbi DAP tetapi menolak kerjasama dengan Umno yang nyata Islam?
Hahaha! Mentol, telahlah kata-kata awak tu. Dengar khabar Masjid yg awk buat tu pun tak berapa kemas, jgnlah nak fikirkan untung banyak sgt, buat lah kebajikan juga fardhu kifayah...hehe, org Pas ni...hehe Amar maakruf nahi mungkar..kah kah kah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN