Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, January 19, 2010

PENERANGAN UMNO YANG MASIH GELAP

Pemuda Umno Bahagian: Kalau setakat bermesyuarat saja kemudian gunakan komputer untuk bermain Pokker Face atau Mafia war, emmm! alamat hanyutlah N9 di PRU13 nanti, hehe
Senyap je pemuda?



Siang tadi saya bertemu dengan Wan Johari, rakan lama semasa bersama didalam Jawatankuasa Pemuda dulu. Dalam pertemuan singkat itu banyak yang saya perkatakan namun saya memfokuskan kepada peranan media baru dalam peranan dan keupayaannya mempengaruhi penggundi pilihanraya dewasa ini. Saya sarankan beliau untuk menggunakan facebook serta blog terutama dalam mengongsikan pandangan dalam berbagai bidang. Pada saya, ilmu dan pengetahuan harus dikongsikan bukan disimpan didalam hati semata-mata.


Dibawah unit Media Baru Pemuda Umno, beberapa siri kursus penulisan blog telah diadakan dan termasuklah di Kuantan, Pahang beberapa bulan lalu. Tujuannya adalah bagi membantu Biro Penerangan dan memantapkan penyebaran maklumat melalui internet atau dikenali sebagai media baru yang meliputi blog, facebook, friendster, Hi-Five, Tagged dan sebagainya yang mungkin sangat asing kepada orang-orang Umno ini.

Namun selepas beberapa bulan berlalu kita masih tidak melihat adanya kesan dari kursus blog yang diadakan itu malah blogger yang dilatih itu semuanya telah lemas dan tenggelam. Kenapa ini terjadi? Kenapa mereka yang dihantar berkursus secara formal gagal berblog sedangkan banyak lagi orang yang seperti saya ini yang tidak belajar secara formal masih boleh terus bernafas.

Kerana mereka kemungkinan tidak ada asas langsung tentang komputer, tidak biasa dengan internet serta mereka itu tidak berminat terhadap penulisan. Soalnya kenapa kita memilih orang yang salah untuk menyertai kursus sebegini? Jika kita inginkan pohon dan buah yang baik maka tanamlah dengan benih yang baik juga. Nampaknya Umno tersalah memilih calon? Dari 30 peserta kursus langsung tidak ada antara mereka yang menyerlah untuk sampai ke peringkat nasional.

Saya pernah cadangkan supaya Umno dibahagian-bahagian menggilap blogger sedia ada untuk direkrutkan sebagai blogger untuk Umno, tetapi cadangan saya tidak digunapakai kerana pemimpin Umno yang berbudayakan kronism memang enggan mengiktiraf orang lain selain dari dikalangan mereka sendiri.

Untuk pengetahuan semua, ramai juga blogger Pahang yang blog mereka mendapat perhatian umum dan dikunjungi ratusan pembaca dalam sehari. Sekadar menamakan sebahagian; Malaysia - Kingdom of Heaven, Beranikan Hati, BumiYang, YangGambi, AminChenor, Saka Adiwangsa, Kembara Politik, Sri Tri Buana, Warisan@Pahang dan banyak lagi. Bahkan Pahang melalui blog aggregator Gabungan Suara Anak Pahang telah menyenaraikan banyak blog-blog di Pahang dari berbagai kategori penulisan. Mungkin pemimpin Umno dan biro penerangannya pun masih belum tahu akan kewujudan blog aggregator ini.

Penerangan Umno bahagian-bahagian tidak perlu berkursus atau belajar komputer dan belajar berblog, memadailah dengan adanya keprihatinannya dan mendapatkan khidmat-khidmat blogger sedia ada dan memantau mereka serta mendapatkan khidmat mereka sebagai penulis blog bagi Umno bahagian-bahagian. Mungkin masalah utama Umno adalah bukan saja mereka ini tidak celik IT atau Buta IT bahkan mereka ini juga diantara kalangan yang buta hati.




8 comments:

N9 TAHAN said...

Salam bang.terima kasih sebab sudi follow blog saya.Kalau Cina boleh tolong-menolong walaupun lain parti,takkan kita tak boleh?Arwah ayah org PAS,Pakcik Bekas Ketua Pemuda UMNO.Jadi ini bukan perkara pelik.Insyaallah saya akan cuba yang terbaik.Tapi tak sempat nak buat blog lain.Saya tak berapa pandai.Bila nak minum teh?

Jeffry said...

UMNO juara tipu rakyat. Pemimpin atasan juga yang kenyang. Kita orang bawahan dianggap pencacai jer!... Baik aku tinggalkan aje UMNO

SPU said...

Salam N9, mengeteh? mmm, bila-bila pun boleh. Awk call nanti saya dtg lah, boleh bincang bnyk2 lagi.
Jeffry, mmmm saya tk nak komen apa-apa. Tugas saya hanya menghidangkan, lain2 tu...terserah kepada individu.

N9 TAHAN said...

Ok bang.nanti saya confirm balik.tapi mana nombornya Pak?0189071978

SPU said...
This comment has been removed by the author.
SPU said...

N9 Tahan, aku tak tahan nk tergelak dgn kelaku awk ni, mana awk dapat nombor tu? Nombor sapa tu? Mana saya boleh beri ni pada awam mcm ni, nnti mampus saya. Awk email saya dulu dialamat email saya tu, bagi tau awk tu N9, bagi nomnbor telefon awk nnti saya call awk. Mcm tu lah, buat kerja biar smart sikit. Huhu

N9 TAHAN said...

Hahahahaha.Memang pandai cover line.bijak,bijak.Nombor tu pun bukan saya punya.member yang punya.Nak tengok respond awak je bang!hahahaha

sri tribuana said...

Salam,

Dalam banyak2 blog yg disebut, blog Beranikan Hati saya paling minat. Salam dalam Galway, Ireland

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN