JERANTUT FERI – Penduduk yang tinggal di bawah pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jerantut Feri memohon pihak berkenaan membuat pemilihan dan lantikan baru bagi jawatan pengerusi JKKK untuk memudahkan pentadbiran kampung.
Wakil penduduk, Mohd Nawawi Zulkifli, 30, berkata, jawatan pengerusi JKKK diambil alih sementara oleh pengerusi lama setelah beliau melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada kepimpinan baru.
Menurutnya, masalah berkenaan menyebabkan jawatankuasa yang baru tidak dapat dibentuk dan menyebabkan pengurusan kampung terjejas.
“Majoriti penduduk bersetuju dengan pengunduran pengerusi JKKK lama dan mengemukakan pencalonan yang baru.
“Kekosongan jawatan itu menyukarkan pelbagai urusan penduduk termasuklah urusan menandatangani pelbagai borang keperluan sekolah dan urusan lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Kelembapan pihak berkenaan dalam menjalankan tugas memang tidak dapat dinafikan. Di Pejabat Tanah Daerah umpamanya bagi memproses permohonan tanah mengambil masa bertahun-tahun dan terlalu lama. Kita tertanta-tanya apakah yang penjawat awam lakukan di pejabat? Pukul berapa mereka masuk dan apa yang mereka lakukan? Tinjauan rambang saya mendapati purata mereka berada dipejabat hanya kira-kira 4 jam sehari. Ini berlaku dimana-mana pejabat kerajaan yang lain juga. Tidakkah mereka sedar bahawa mereka telah mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat? Tidakkah mereka sedar bahawa mereka menerima gaji yang tidak halal dan membesarkan anak-anak dengannya?
Banyak lagi kesalahan dan ketidak jujuran yang berlaku dikalangan penjawat awam selama ini. Ada antaranya yang dengan terang menyokong parti pembangkang sedangkan mereka sepatutnya berhkidmat bagi pihak kerajaan. Ini tidak termasuk perbuatan rasuah yang berleluasa disemua peringkat. Akhirnya nanti, kita tidak mampu mengawal kadar rasuah yang tinggi yang meletakkan negara kearah keruntuhan.
1 comment:
salam.ulasan yang baik.terima kasih!
Post a Comment