Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, December 25, 2008

PKR TUBUH CAWANGAN DI JERANTUT?


Pemimpin-pemimpin UMNO jangan leka. UMNO sedang menuju kemusanahan. Ketepikan kepentingan diri. Lakukan sesuatu sebelum kita berkubur.



PKR semakin bersermangat untuk menubuhkan cawangannya di Jerantut berikutan sambutan pengundi ketika PRU12 lalu. Di DUN Damak antara Kg. yang menjadi sasaran adalah Kg. Lata Kasah. Seramai kira-kira 30 orang telah bersetuju pada dasarnya untuk menubuhkan satu cawangan PKR disini.

Antara isu yang membawa kepada penubuhan cawangan PKR disini adalah tidak puas hati terhadap UMNO cawangan yang semakin lemah dan tidak membantu membangunkan kampong. Adanya golongan yang tidak berpuashati dengan kepimpinan dan UMNO cawangan dan mengambil tindakan memencilkan diri dari parti. Selain itu kes penglibatan seorang YB yang juga exco dalam penyelewengan pengagihan balak atas nama JKKK juga menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk kampong.

Menurut sumber, penubuhan cawangan PKR itu kelak akan juga mampu menarik beberapa kaum cina dari perkampongan Kg. Sungai Lekok. Oleh yang demikian, UMNO Bahagian Jerantut seharusnya lebih prihatin kepada permasalah yang dialami oleh penduduk-penduduk kampong bagi mengatasi masalah tidak puashati penduduk yang mungkin menjurus kepada tindakan meninggalkan parti.


2 comments:

Ahmad Saabun said...

Inilah masalah yang ada pada pemimpin Umno disetengah peringkat. Mereka tidak prihatin tentang nasib rakyat secara konsisten. Apapun kita perlu jelas kepada rakyat keadaan sebenar

budakjengka said...

saya setujun dgn pendapat yang menyatakan pemimpin UMNO tidak prihatin...tambah2 lagi didalam musim pemilihan yang berlaku skrg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN