Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, December 19, 2008

Perjumpaan UMNO Bahagian Kecoh dan Mungkin Sokongan Wanita Berubah Arah

Gambar Hiasan


Beberapa Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Jerantut serta tetamu-tetamu lain hadir merakamkan rasa kesa dan kecewa mereka apabila perjumpaan yang diadakan atas jemputan Ketua Bahagian telah terpaksa dibatalkan. Perjumpaan tersebut yang sepatutnya diadakan petang semalam (18.12.2008) bertempat di Bangunan UMNO Jerantut sepatutnya dihadiri oleh Ketua Bahagian namun beliau serta Timbalannya telah tidak hadir membuatkan semua hadirin tertunggu-tunggu dan menzahirkan perasaan marah mereka berikut insiden itu.

Bagaimanapun Ketua Wanita Bahagian Puan Norhelan Mahamud yang hadir diperjumpaan tersebut telah berjaya menenangkan dan mengawal keadaan dengan membuat permohonan maaf bagi pihak UMNO Bahagian.

Norhelan yang turut ditanya mengenai pertandingan jawatan Ketua Wanita antara TS Rafidah dan DS Shahrizat enggan mengulas. Bagaimanapun pada peringkat awal dahulu pihak yang rapat dengan beliau menyatakan bahawa beliau akan memberikan sokongan kepada TS Rafidah namun kemungkinan keadaan ini akan berubah berikutan kekecewaan Wanita UMNO Bahagian Jerantut terhadap kepimpinan wanita diperingkat negeri.

Sebelum itu pada sebelah paginya satu perjumpaan yang dianjurkan oleh YB Dr. Shukri telah berjalan seperti yang dirancang namun mengikut pemerhati jumlah kehadirn telah berkurangan mungkin berikutan kekalahan beliau dalam merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian yang lalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN