Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, August 24, 2010

KENAPA DR. SHUKRI TIDAK LAYAK CALON PARLIMEN?

Ada pihak menghubungi saya melalui email meminta jangan saya siarkan posting baru, alasannya supaya lebih banyak lagi komen akan didapati sebagai feedback kepada posting ini. Saya setuju dan tidak menyiarkan posting baru hari ini. Teruskan memberi komen anda :


Terimalah sedikit, sebahagian kecil sumbangan ikhlas dari saya, 
(yang  banyak, sebahagian besar serta tak ikhlas itu adalah untuk saya sendiri serta kroni-kroni saya, hehe)



Semalam saya berjanji ingin membongkar perihal keserongan pemimpin-pemimpin kita yang ingin diangkat menjadi calon dalam PRU nanti. Bagi calon Parlimen Jerantut, 2 tokoh ini sedang berentap untuk diterima oleh semua pihak @ YB Dr. Shukri ADUN Pulau Tawar dan YB Wan Amizan ADUN Tahan. Dr. Shukri mencanangkan bahawa beliau akan dicalonkan oleh YBM Tengku Azlan kerana beliau tidak berminat lagi untuk pertahankannya, manakala Wan Amizan adalah calon yang ingin mencalonkan dirinya sendiri (kerana KJ sudah patah sayap untuk membantu beliau)


SPU bersikap rasional dan merasakan bagaikan Wan Amizan terianaya dalam masa sama melihat ada banyak kelemahan yang dipihak Dr. Shukri. Pada kali ini kita hanya ingin siarkan maklumat yang pernah disiarkan diinternet mengenainya dahulu untuk kita buat penilaian apakah beliau layak untuk dicalonkan dana adakah rakyat akan sanggup menerimanya kelak?


Sila (klik sini) untuk membaca posting di SPU pada 7.12.2008, masa itu kebanyakan orang Jerantut masih belum nampak apa itu media sosial (blog dan facebook). Juga baca posting dari Pahang Daily Online yang dilinkkan atau terus (klik sini). Gambar Dr.Shukri pun ada dan jelas terpampang diposting berkenaan. Itu bukan kata SPU, SPU hanya menyambung lidah dan menyampaikan berita apa yang telah lama hebong diseluruh negeri Pahang, Malaysia dan serata dunia. 


Jadi, layakkah Dr. Shukri menjadi calon Ahli Parlimen Jerantut dalam PRU13 nanti? SPU cuma bertanya dan anda sendiri yang menjawabnya. Pada 10.4.2010 saya telah menulis dengan tajuk 'Dia yang akan kita pilih?', (Klik untuk baca)  dan fikirkan. Saya sudah melihatnya lama dan mengetahui mengenainya dan saya juga sudah fikirkan apa jawapannya, anda bagaimana?


Lepas ini nanti ada lagi....harap bersabar untuk mendengar berita yang telus dari SPU yang lama disimpan selama ini.



Sunday, August 22, 2010

SHUKRI TAK LAYAK CALON PARLIMEN JERANTUT

 Dr. Shukri - Harapan jangan terlalu tinggi 
bimbang tak sampai dicapai dan tak jejak pula kaki


Saya mengumpul maklumat dari banyak pihak dan dari berbagai sumber. Sama ada dari tulisan di blog-blog, komen-komen serta email yang diterima. Seperti yang saya katakan, SPU bukan ejen sesiapa dan bukan menulis untuk sesiapa selama ini. SPU menulis berdasarkan fakta dan maklumat yang diterima.


Bagaimanapun dalam soal pertentangan diantara ADUN Tahan dengan ADUN Pulau Tawar ini, SPU akan menulis dengan memberikan keadilan dan saksama tanpa memihak kepada mana-mana kerana SPU bukannya penulis upahan seperti tuduhan yang dilemparkan.


SPU berpendapat Dr. Shukri bukanlah calon yang layak bagi Ahli Parlimen Jerantut. Bukan kerana tidak cukup ukurnya. Bukan kerana berdiri tak sama tinggi dan duduk tak sama rendah, tetapi ini lebih kepada berdasarkan permasalahan dan beban yang sedang ditanggungnya - Dr. adalah liability bagi UMNO Jerantut jika beliau dicalonkan sebagai Ahli Parlimen.


Mungkin penyokong akan marah pada kenyataan SPU ini, tetapi inilah hakikatnya. Kenapa beliau tidak lagi dilantik sebagai ecxo kerajaan negeri sedangkan jawatan yang disandangnya dulu tidak kurang juga pentingnya? Apakah jasa yang telah beliau berikan kepada Jerantut selama ini, bahkan kepada rakyat di DUN Pulau Tawar sendiri? 


Kes permohonan balak JKKK yang melibatkan kampong-kampong masih belum dapat dilupakan oleh rakyat. Siapa yang makan isi, siapa yang makan tulang dan siapa pula yang hanya dapat hirup kuahnya saja? Jadi jika ada rasa dalam hati untuk diangkat sebagai calon Ahli Parlimen, kenalah fikir banyak-banyak kali kerana dihadapan itu adalah jalan yang sukar.


Yang dikejar tak akan dapat bahkan yang dikendung juga akan berciciran nanti. Lebih elok jika beliau juga menaja rombongan Umrah dan membawa seramai mungkin anak buah dan ahli dari cawangan-cawangan untuk mencari keredhaan Allah.Jangan lupa SPU kalau ada mana-mana rombongan nanti, hehe!


Esok, tentu akan lebih panas dan berapi isu yang akan dibawakan dalam SPU.

Saturday, August 21, 2010

POLITIK JERANTUT YANG SEMAKIN MERUNCING



Perkembangan terkini politik Jerantut sungguh mendukacitakan kerana yang kita akan terima diakhirnya nanti adalah segala yang kita semai dikala ini. Kita menyemai benih-benih yang buruk dan akan membusukkan UMNO dan semua rakyat di Jerantut.

Pertama saya sangat kecewa apabila blog seorang penyokong tegar @ penjilat ADUN Tahan menulis tentang keburukkan pemimpin bahagian dan bekas pemimpin bahagian. Blogger Dunia Sama Rata @ ADUN Tahan juga memberikan komen kepada posting saya terdahulu dengan cara yang sangat tidak berhemah disamping menunjukkan kelemahan daya pemikirannya sebagai seorang pemimpin muda yang sebenarnya masih berpeluang, cuma dia tidak dapat mengawal amarahnya.

Orang yang tak mampu mengawal amarahnya akan memusnahkan dirinya sendiri sebagaimana mereka yang tidak dapat mengawal sahwatnya juga. Politik adalah satu seni dan permainan yang perlukan ketahanan mental yang tinggi dan penuh dengan provokasi serta konspirasi. Tentulah sangat tidak sesuai bagi mereka yang tahap i.q nya rendah.

Apa pun yang sangat mengecewakan saya adalah apabila Dunia Sama Rata (DSR) menghamburkan kata-kata buruk dan penghinaan terhadap pemimpin dan bekas pemimpin yang pernah kita sanjungi dulu. Saya boleh terima hakikat jika beliau menempelak Dato' Dr. Shukri kerana beliau masih ada dalam permainan, tetapi Dato' Wan Abu Bakar sudah bukan saingan dalam politik lagi, justru kenapa harus diungkit mengenainya?

Saya bukan penyokong Dato' Wan Abu Bakar dan bukan juga Dato' Dr. Shukri. Saya adalah penulis bebas yang berpandangan bebas juga. Saya bersimpati dengan apa yang dialami oleh ADUN Tahan (jika benar ada konspirasi melenyapkan beliau dari politik Jerantut) namun tindakan yang diambilnya adalah tidak wajar dan tidak waras sama sekali. Natijah dari itu hanyalah menambah kebencian rakyat terhadap dirinya seperti mana apa yang diterima oleh WZwh.


Saya sedang melihat dan menimbangkan segala kata-kata DSR dan email yang saya terima, dan tidak mustahil saya akan menulis sesuatu yang mungkin menyebelahi beliau sekiranya saya rasakan ada kebenarannya.


Pernahkah mendengar kata-kata Leo Tolstoy,' Tuhan melihat kebenaran tetapi menunggu'  (klik sini) pengarang novel 'Peace and War' berbangsa Russia yang akhirnya memenangi anugerah nobel hanya setelah lama dia meninggal dunia. Kebenaran akan datang dan kebathilan akan hapus bila sampai waktunya, kita harus percaya kepada ketentuan takdir.

Friday, August 20, 2010

GELORA POLITIK JERANTUT - MENENTU CALON PARLIMEN ?

Foto-foto ini diambil dari Facebook YB. Dr. Shukri ~ jika ini pertemuan sulit,
tentu foto ini tidak disiarkan di facebooknya



Beberapa hari lalu saya sangat sibuk dengan tugas yang membuatkan saya terpaksa berada diluar kawasan. Ini juga menyebabkan ruang waktu saya untuk membaca blog-blog dari Jerantut juga terbatas.

Saya sangat terkejut apabila membaca satu posting dari sebuah blog seorang yang menyatakan bahawa dia adalah bakal pemimpin masa depan UMNO Jerantut namun isi tulisannya hanya menggambarkan keburukan didalam UMNO itu sendiri yang rakyat marhaen tidak berpeluang langsung mengetahuinya. Ini masalah yang terlalu peribadi dalam UMNO Bahagian yang sepatutnya dirahsiakan dari pengetahuan umum sekiranya penulis berniat untuk menjaga nama baik parti.

Saya tidak ingin memahaskan isi kepada isu yang dibincangkan tetapi ingin menyingkapnya dari luaran.

1. Penulis menyimpulkan bahawa ini adalah satu pertemuan sulit bagi menentukan calon Parlimen Jerantut dalam PRU13 nanti. Soalnya apakah pertemuan sulit sebegini dihadiri sebegitu ramai orang? Saya tidak fikir jika benar YBM Tengku Azlan mengadakan pakatan sulit beliau akan memanggil sebegitu ramai orang.

2. Jika benar kenapa hanya DUN Pulau Tawar sahaja yang terlibat sedangkan yang diperbincangkan adalah mengenai calon Parlimen? Apakah sokongan dari DUN Damak tidak diperlukan?

3. Tidak ramai yang akan percaya bahawa ini adalah perjumpaan membincangkan isu yang berkenaan kerana jika benar bermakna Ketua Bahagian telah bukan saja meninggalkan Timbalan Ketua, bahkan Naib Ketua serta Ketua Wanita dan Puteri juga.

4. Dalam posting berkenaan menulis begini: 
Dato' Wan Amizan menyatakan beliau mahu menumpukan tugas sebagai wakil rakyat di DUN Tahan buat penggal ini sahaja, kalau diberi peluang bertanding pada PRU 13 itu dikira bonus.
Ini bermakna YB Wan Amizan tidak berminat lagi bertanding, jadi kenapa perkara ini dijadikan isu jika dia benar-benar jujur dan ikhlas tidak ingin bertanding?

5. Komen 44sikulipat dan 123lekuk kelihatan sebagai melatah kerana terlalu cepat membuat tafsiran tanpa melihat isu sebenarnya, atau ada agenda tersembunyi? Atau sudah 'dibeli'? Menghentam kedua-dua pemimpin berkenaan tanpa usul periksa nyata perbuatan biadap

6. Komen DUN Tahan nampaknya penuh emosi. Yang nyata apabila syaitan dan kemarahan penuh dalam kepala maka akal fikiran dan budi akan jadi semakin kecil dan sedikit dan akhirnya akan menampakkan ketidakbijaksanaan penuturnya. Saya juga terkilan dengan kenyataan yang membabitkan Bekas Ahli Parlimen, Dato' Wan Abu Bakar. Semua maklum bahawa beliau sudah tidak ada kepentingan dan tidak ada apa-apa peluang lagi dalam politik Jerantut, justru kenapa beliau disentuh dengan meburukkannya? Tindakan demikian lebih menunjukkan kebodohan penuturnya atau apakah DUN Tahan sedang menggali kuburnya sendiri?

7. Selepas membaca posting berkenaan dan komen-komennya, siapa lagi diantara pemimpin UMNO Jerantut yang masih kelihatan bersih? Dan siapa lagi yang tinggal dan berpeluang menjadi calon nanti?

8. Dalam isu berkenaan tidakkah kita melihat ada pihak ketiga yang memainkan peranan dan akan mendapat faedah dari keadaan ini? Tiadakah sesiapa tercium baunya?

9. Akhirnya dapat saya simpulkan bahawa keterbukaan juga membawa keburukan. Dasar keterbukaan belak PM lalu telah memberi ruang kepada 'hindraf' dan ngo lain untuk bersuara tanpa segan silu dengan mengutuk pemimpin dan bangsa Melayu.

10. Perbuatan KJ yang mencerca TUN Dr. Mahathir juga jadi punca kebenciaan umum terhadapnya dan ini diulangi oleh seorang pemimpin ditempat kita yang tidak belajar dari pengalaman.

11. Jika sayalah calon dalam PRU13 nanti, bagi mencapai kemenangan saya akan berusaha mendapat sebanyak mungkin undi bahkan dari ayam itik, kerbau lembu dan katak sekalipun. Justru, mencari permusuhan akan menutup peluang kemenangan. Jika mereka berakal maka mereka akan faham.


Sila baca posting sepenuhnya dari blog berkenaan di bawah ini:

 

Wednesday, August 18, 2010

Perjumpaan Sulit Menentukan Calon-calon Jerantut PRU 13


Satu perjumpaan sulit menentukan kepimpinan line-up barisan calon-calon kepimpinan UMNO bahagian Jerantut yang akan bertanding pada PRU 13 Jerantut telah dimuktamadkan dalam perjumpaan itu baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Perjumpaan itu di antara kepimpinan DUN Pulau Tawar dan ahli parlimen Jerantut.

YBM Tengku Azlan telah menyatakan bahawa beliau tidak berminat lagi untuk menjadi ahli parlimen Jerantut pada PRU 13. Beliau menyerahkan kepada YB Dato' Shukri dan YB Dato' Wan Amizan untuk menentukannya.

YB Dato' Shukri menyatakan pada PRU 13 agak genting dan kritikal kerana UMNO akan berdepan dengan calon parlimen PAS iaitu Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim bin Tuan Man. Dato' Dr Shukri menyatakan beliaulah yang paling layak kerana berkelulusan Madinah dan Al-Azhar Mesir untuk berdepan sama level dengan Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Cadangan telah dikemukakan kepada YBM Tengku Azlan bahawa mereka tidak mahu Dato' Wan Amizan bertanding di DUN Tahan kerana beberapa faktor tertentu. YBM Tengku Azlan bersetuju walaupun kumpulan itu dari DUN Pulau Tawar.

Bila ditanya oleh YBM Tengku Azlan siapa calon DUN Tahan, jawab Dato' Dr Shukri calon yang layak adalah calon pilihannya dari kalangan AJK UMNO bahagian dari DUN Tahan.

Cadangan juga dikemukakan untuk tidak mencalonkan Dato' Haji Nazri bertanding di Pulau Tawar walaupun beliau kini menyandang Naib Ketua UMNO bahagian Jerantut. Difahamkan Dato' Haji Nazri tidak bercita-cita mahu menjadi wakil rakyat, beliau mahu menumpukan kerja kepada parti.

Yang pasti juga calon DUN Pulau Tawar adalah pilihan kumpulan Dato' Dr Shukri memang DUN Pulau Tawar tempat dan lubuk mereka.

Dato' Wan Amizan menyatakan beliau mahu menumpukan tugas sebagai wakil rakyat di DUN Tahan buat penggal ini sahaja, kalau diberi peluang bertanding pada PRU 13 itu dikira bonus.

Maka setakat hari ini calon parlimen Jerantut pada PRU 13 ialah Dato' Dr Shukri, DUN Tahan ialah pilihan Dato' Dr Shukri dan DUN Pulau Tawar ialah dari kalangan kumpulan Dato' Dr Shukri. Peranan Dato' Wan Amizan dan Dato' Haji Nazri diketepikan.

WZWH

11 comments:

44sikulipat said...
Mana boleh macam itu, Tengku azlan jadi hantu memecahkan UMNO jerntut. Patutlah wanita betabur, pemuda bertabur, bahagian- kepala ada, perut dengan ekor tak ada, puteri langsung ghaib. Yang tinggal kaki bodek.

Kerja tengku azlan melaga-laga sesama pemimpin. Kalau tak minat untuk jadi calon MP, tak apa buatlah kerja sampai habis penggal. Kerja menentukan calon ini PM dengan perhubungan negeri. Mana boleh beragih begitu weh. Ini bukan parti 46. Atau cerita p.ramlee bergaih harta karun dalam gua.

PM dengar ke cadangan tengku lan tu?. Silap-silap nama yang dia sebut itu paling awal bungkuuussss.
123silekuk said...
Gila tengku azlan dengan Dr Shukri ni. Bukan kerja dia tentukan calon itu kuasa PM/perhubungan.

wzwh bukalah anon baru orang boleh masuk komen. kalau apa yang ada berapa orang pakai blog?
WZWH said...
Salam 44sikulipat,
Itu kelebihan Ku Lan sedia mendengar semua pandangan dari berbagai pihak dan bersetuju dengan apa semua orang cakap.

Salam 123silekuk,
WZWH sudah buka komen kepada semua orang maka anon pun boleh masuk. Terima kasih memberi feedback.
Cawan Tembaga said...
WZWH, pegi minta maaf dgn tok sedara awak tu...
Dun Tahan said...
inilah perbincangan yang akan menetukkan nasib untung dan masa depan orng melayu dijerantut,oleh panglima perangnya YB DATO DR Shukri Ismail dan rakan rakannya,jujurkah mereka merancang ini semua sudah pasti tidak dimanakah kepimpinan sama ada UMNO ataupun NGO Jerantut yang lain,dimanakah orang yang sepatutnya berkongsi suara tidak diendahkan dimanakah azizan yaakob,dato bazin,kamaruzaman baria,mana haji nazlan,haji mat daud do,ketua wanita,ketua puteri dan ketua pemuda,inilah sebanarnya kumpulan yang akan membantu UMNO dan perjuangankan orang melayu---nyata itu hanya mimpi kerana dr shukri tahu jika m,ereka ini dibawa akan tutuplah peluangnya bawak wan abakar yang memang dah tiada peluang lagi haa tipu juga,tanya dr shukri berapkah harga yang diminta oleh dr shukri ketika menjadi exco untuk luluskan projek granmas sdn bhd sapu tanah dalam bandar jerantut seluas 21 ekar,Grandmas sdn bhd,bayar dia tidak kurang RM 1 juta,bawa perkara ini kemahkamah dan dakwa saya jika tidak betul,proksinya mat tupai dan haji rosdi,tanya nya lagi projek silang lim ah chap berapa kah harga yang dibayar oleh lim ah chap kepada dr shukri,proksinya Nordin wahid,tanya dr shukri macamana dia bayar hutang RM 13 juta dengan apa berapa banyak balak JKKK dia jual,dan tanya wan bakar kenapa dia diberhentikan ado dulu jual projek kerajaan dengan majid,adik angkatnya BPR nak tangkap dia dan dinasihatkan berhenti,siap yang jual tanah orang melayu kepada lim ah chap dikuala tahan ini lah barisan kepimpinan UMNO dan pejuang melayu yang mulia haaaa jika saya salah ini semua palsu tuduhan fitnah dsakwa saya kemahkamah
Anonymous said...
Sudah la DUN Tahan, jangan kurang ajar dgn orang tua, awk tu masih jauh lagi nak berpolitik, wan bakar dah mmg tak ada apa dah. Memang anak haram mcm awak ni kurang ajar. Anak gampang
WZWH said...
Salam semua,
WZWH ingin mengingatkan kepada semua, WZWH memberi kebebasan kepada anda semua untuk menyatakan pendapat masing-masing. Sila nyatakan hujah, ketidakpuasan, titik bengit yang terpendam di hati,kegeraman, lepaskan, ledakkan, luahkan, letupkan apa yang terbuku di sanubari, jangan simpan. Kita kongsi bersama. Semua kumpulan politik Jerantut lepaskan segala perasaan anda kepada blog WZWH. Nyatakan pendirian dan pegangan politik anda, tanpa diplomasi, bahasa secara berterus terang. Jika ada pengkomen dari PAS, PKR, DAP silakan. WZWH memberi kebebasan sepenuhnya kepada anda semua. Mula-mula kita thesis kemudian ada orang bangkang jadi antithesis lalu akhirnya jadi sintesis dan seterusnya proses mencari kebenaran berulang. Terima kasih semua.
Anonymous said...
elok lah lah tu, wan amizan dah buka tembelang dr shukri. Jadi kita ramai ramai sokong pas, umno buruk sampai ke tulang dah,

hidup tuan ibrahim tuan man.
WZWH said...
Salam Anon 8.24,
Jika Anon fikir UMNO buruk sampai ke tulang, DS Najib akan cari calon parlimen Jerantut yang baru, bersih, bertenaga maka UMNO pun bersih sampai ke tulang!
Menyegar said...
Salam.Masaalahnya kalau ikutkan senarai ajk UMNO Jerantut tu tak ada sorang pun yang layak untuk kerusi parlimen.Kalau letak juga jawabnya paelimen jerantut akan jatuh ke tangan pembangkang
SPU said...
Sekarang kita dapat melihat apa ada dalam hati dan jiwa seseorang yang dinamakan pemimpin. Segalanya keluar dari mulutnya. Saya akan publishkan posting ini dan segala perbincangan ini untuk pengetahuan UMUM, harap tuan punya blog tidak akan delete keseluruhan posting berkenaan.
Anonymous said...
Dimaklumkan bahawa pernah Dato' Wan Abu Bakar menjadi penjamin kepada Wan Razak bagi membuka satu perniagaan namun hutang dengan bank terpakas dilangsaikan oleh Dato' Wan Abu Bakar atas dasar saudara, tidakkah anaknya ini tahu apa pengorbanan yang telah dilakukan oleh Dato' Wan Bakar terhadap keluarganya dan apakah mencerca orang yang sudah tidak terlibat secara langsung dalam politik dan sudah tidak berpeluang dan berharapan untuk jadi pemimpin sesuatu yang wajar sebagi balasan atas budi dan jasanya kepada bapa dan seluruh keluarganya? Melayu memang mudah lupa diri, ibarat mengangkang dan membuang najis dalam pinggan nasi sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN