Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, August 20, 2010

GELORA POLITIK JERANTUT - MENENTU CALON PARLIMEN ?

Foto-foto ini diambil dari Facebook YB. Dr. Shukri ~ jika ini pertemuan sulit,
tentu foto ini tidak disiarkan di facebooknya



Beberapa hari lalu saya sangat sibuk dengan tugas yang membuatkan saya terpaksa berada diluar kawasan. Ini juga menyebabkan ruang waktu saya untuk membaca blog-blog dari Jerantut juga terbatas.

Saya sangat terkejut apabila membaca satu posting dari sebuah blog seorang yang menyatakan bahawa dia adalah bakal pemimpin masa depan UMNO Jerantut namun isi tulisannya hanya menggambarkan keburukan didalam UMNO itu sendiri yang rakyat marhaen tidak berpeluang langsung mengetahuinya. Ini masalah yang terlalu peribadi dalam UMNO Bahagian yang sepatutnya dirahsiakan dari pengetahuan umum sekiranya penulis berniat untuk menjaga nama baik parti.

Saya tidak ingin memahaskan isi kepada isu yang dibincangkan tetapi ingin menyingkapnya dari luaran.

1. Penulis menyimpulkan bahawa ini adalah satu pertemuan sulit bagi menentukan calon Parlimen Jerantut dalam PRU13 nanti. Soalnya apakah pertemuan sulit sebegini dihadiri sebegitu ramai orang? Saya tidak fikir jika benar YBM Tengku Azlan mengadakan pakatan sulit beliau akan memanggil sebegitu ramai orang.

2. Jika benar kenapa hanya DUN Pulau Tawar sahaja yang terlibat sedangkan yang diperbincangkan adalah mengenai calon Parlimen? Apakah sokongan dari DUN Damak tidak diperlukan?

3. Tidak ramai yang akan percaya bahawa ini adalah perjumpaan membincangkan isu yang berkenaan kerana jika benar bermakna Ketua Bahagian telah bukan saja meninggalkan Timbalan Ketua, bahkan Naib Ketua serta Ketua Wanita dan Puteri juga.

4. Dalam posting berkenaan menulis begini: 
Dato' Wan Amizan menyatakan beliau mahu menumpukan tugas sebagai wakil rakyat di DUN Tahan buat penggal ini sahaja, kalau diberi peluang bertanding pada PRU 13 itu dikira bonus.
Ini bermakna YB Wan Amizan tidak berminat lagi bertanding, jadi kenapa perkara ini dijadikan isu jika dia benar-benar jujur dan ikhlas tidak ingin bertanding?

5. Komen 44sikulipat dan 123lekuk kelihatan sebagai melatah kerana terlalu cepat membuat tafsiran tanpa melihat isu sebenarnya, atau ada agenda tersembunyi? Atau sudah 'dibeli'? Menghentam kedua-dua pemimpin berkenaan tanpa usul periksa nyata perbuatan biadap

6. Komen DUN Tahan nampaknya penuh emosi. Yang nyata apabila syaitan dan kemarahan penuh dalam kepala maka akal fikiran dan budi akan jadi semakin kecil dan sedikit dan akhirnya akan menampakkan ketidakbijaksanaan penuturnya. Saya juga terkilan dengan kenyataan yang membabitkan Bekas Ahli Parlimen, Dato' Wan Abu Bakar. Semua maklum bahawa beliau sudah tidak ada kepentingan dan tidak ada apa-apa peluang lagi dalam politik Jerantut, justru kenapa beliau disentuh dengan meburukkannya? Tindakan demikian lebih menunjukkan kebodohan penuturnya atau apakah DUN Tahan sedang menggali kuburnya sendiri?

7. Selepas membaca posting berkenaan dan komen-komennya, siapa lagi diantara pemimpin UMNO Jerantut yang masih kelihatan bersih? Dan siapa lagi yang tinggal dan berpeluang menjadi calon nanti?

8. Dalam isu berkenaan tidakkah kita melihat ada pihak ketiga yang memainkan peranan dan akan mendapat faedah dari keadaan ini? Tiadakah sesiapa tercium baunya?

9. Akhirnya dapat saya simpulkan bahawa keterbukaan juga membawa keburukan. Dasar keterbukaan belak PM lalu telah memberi ruang kepada 'hindraf' dan ngo lain untuk bersuara tanpa segan silu dengan mengutuk pemimpin dan bangsa Melayu.

10. Perbuatan KJ yang mencerca TUN Dr. Mahathir juga jadi punca kebenciaan umum terhadapnya dan ini diulangi oleh seorang pemimpin ditempat kita yang tidak belajar dari pengalaman.

11. Jika sayalah calon dalam PRU13 nanti, bagi mencapai kemenangan saya akan berusaha mendapat sebanyak mungkin undi bahkan dari ayam itik, kerbau lembu dan katak sekalipun. Justru, mencari permusuhan akan menutup peluang kemenangan. Jika mereka berakal maka mereka akan faham.


Sila baca posting sepenuhnya dari blog berkenaan di bawah ini:

 

Wednesday, August 18, 2010

Perjumpaan Sulit Menentukan Calon-calon Jerantut PRU 13


Satu perjumpaan sulit menentukan kepimpinan line-up barisan calon-calon kepimpinan UMNO bahagian Jerantut yang akan bertanding pada PRU 13 Jerantut telah dimuktamadkan dalam perjumpaan itu baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Perjumpaan itu di antara kepimpinan DUN Pulau Tawar dan ahli parlimen Jerantut.

YBM Tengku Azlan telah menyatakan bahawa beliau tidak berminat lagi untuk menjadi ahli parlimen Jerantut pada PRU 13. Beliau menyerahkan kepada YB Dato' Shukri dan YB Dato' Wan Amizan untuk menentukannya.

YB Dato' Shukri menyatakan pada PRU 13 agak genting dan kritikal kerana UMNO akan berdepan dengan calon parlimen PAS iaitu Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim bin Tuan Man. Dato' Dr Shukri menyatakan beliaulah yang paling layak kerana berkelulusan Madinah dan Al-Azhar Mesir untuk berdepan sama level dengan Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Cadangan telah dikemukakan kepada YBM Tengku Azlan bahawa mereka tidak mahu Dato' Wan Amizan bertanding di DUN Tahan kerana beberapa faktor tertentu. YBM Tengku Azlan bersetuju walaupun kumpulan itu dari DUN Pulau Tawar.

Bila ditanya oleh YBM Tengku Azlan siapa calon DUN Tahan, jawab Dato' Dr Shukri calon yang layak adalah calon pilihannya dari kalangan AJK UMNO bahagian dari DUN Tahan.

Cadangan juga dikemukakan untuk tidak mencalonkan Dato' Haji Nazri bertanding di Pulau Tawar walaupun beliau kini menyandang Naib Ketua UMNO bahagian Jerantut. Difahamkan Dato' Haji Nazri tidak bercita-cita mahu menjadi wakil rakyat, beliau mahu menumpukan kerja kepada parti.

Yang pasti juga calon DUN Pulau Tawar adalah pilihan kumpulan Dato' Dr Shukri memang DUN Pulau Tawar tempat dan lubuk mereka.

Dato' Wan Amizan menyatakan beliau mahu menumpukan tugas sebagai wakil rakyat di DUN Tahan buat penggal ini sahaja, kalau diberi peluang bertanding pada PRU 13 itu dikira bonus.

Maka setakat hari ini calon parlimen Jerantut pada PRU 13 ialah Dato' Dr Shukri, DUN Tahan ialah pilihan Dato' Dr Shukri dan DUN Pulau Tawar ialah dari kalangan kumpulan Dato' Dr Shukri. Peranan Dato' Wan Amizan dan Dato' Haji Nazri diketepikan.

WZWH

11 comments:

44sikulipat said...
Mana boleh macam itu, Tengku azlan jadi hantu memecahkan UMNO jerntut. Patutlah wanita betabur, pemuda bertabur, bahagian- kepala ada, perut dengan ekor tak ada, puteri langsung ghaib. Yang tinggal kaki bodek.

Kerja tengku azlan melaga-laga sesama pemimpin. Kalau tak minat untuk jadi calon MP, tak apa buatlah kerja sampai habis penggal. Kerja menentukan calon ini PM dengan perhubungan negeri. Mana boleh beragih begitu weh. Ini bukan parti 46. Atau cerita p.ramlee bergaih harta karun dalam gua.

PM dengar ke cadangan tengku lan tu?. Silap-silap nama yang dia sebut itu paling awal bungkuuussss.
123silekuk said...
Gila tengku azlan dengan Dr Shukri ni. Bukan kerja dia tentukan calon itu kuasa PM/perhubungan.

wzwh bukalah anon baru orang boleh masuk komen. kalau apa yang ada berapa orang pakai blog?
WZWH said...
Salam 44sikulipat,
Itu kelebihan Ku Lan sedia mendengar semua pandangan dari berbagai pihak dan bersetuju dengan apa semua orang cakap.

Salam 123silekuk,
WZWH sudah buka komen kepada semua orang maka anon pun boleh masuk. Terima kasih memberi feedback.
Cawan Tembaga said...
WZWH, pegi minta maaf dgn tok sedara awak tu...
Dun Tahan said...
inilah perbincangan yang akan menetukkan nasib untung dan masa depan orng melayu dijerantut,oleh panglima perangnya YB DATO DR Shukri Ismail dan rakan rakannya,jujurkah mereka merancang ini semua sudah pasti tidak dimanakah kepimpinan sama ada UMNO ataupun NGO Jerantut yang lain,dimanakah orang yang sepatutnya berkongsi suara tidak diendahkan dimanakah azizan yaakob,dato bazin,kamaruzaman baria,mana haji nazlan,haji mat daud do,ketua wanita,ketua puteri dan ketua pemuda,inilah sebanarnya kumpulan yang akan membantu UMNO dan perjuangankan orang melayu---nyata itu hanya mimpi kerana dr shukri tahu jika m,ereka ini dibawa akan tutuplah peluangnya bawak wan abakar yang memang dah tiada peluang lagi haa tipu juga,tanya dr shukri berapkah harga yang diminta oleh dr shukri ketika menjadi exco untuk luluskan projek granmas sdn bhd sapu tanah dalam bandar jerantut seluas 21 ekar,Grandmas sdn bhd,bayar dia tidak kurang RM 1 juta,bawa perkara ini kemahkamah dan dakwa saya jika tidak betul,proksinya mat tupai dan haji rosdi,tanya nya lagi projek silang lim ah chap berapa kah harga yang dibayar oleh lim ah chap kepada dr shukri,proksinya Nordin wahid,tanya dr shukri macamana dia bayar hutang RM 13 juta dengan apa berapa banyak balak JKKK dia jual,dan tanya wan bakar kenapa dia diberhentikan ado dulu jual projek kerajaan dengan majid,adik angkatnya BPR nak tangkap dia dan dinasihatkan berhenti,siap yang jual tanah orang melayu kepada lim ah chap dikuala tahan ini lah barisan kepimpinan UMNO dan pejuang melayu yang mulia haaaa jika saya salah ini semua palsu tuduhan fitnah dsakwa saya kemahkamah
Anonymous said...
Sudah la DUN Tahan, jangan kurang ajar dgn orang tua, awk tu masih jauh lagi nak berpolitik, wan bakar dah mmg tak ada apa dah. Memang anak haram mcm awak ni kurang ajar. Anak gampang
WZWH said...
Salam semua,
WZWH ingin mengingatkan kepada semua, WZWH memberi kebebasan kepada anda semua untuk menyatakan pendapat masing-masing. Sila nyatakan hujah, ketidakpuasan, titik bengit yang terpendam di hati,kegeraman, lepaskan, ledakkan, luahkan, letupkan apa yang terbuku di sanubari, jangan simpan. Kita kongsi bersama. Semua kumpulan politik Jerantut lepaskan segala perasaan anda kepada blog WZWH. Nyatakan pendirian dan pegangan politik anda, tanpa diplomasi, bahasa secara berterus terang. Jika ada pengkomen dari PAS, PKR, DAP silakan. WZWH memberi kebebasan sepenuhnya kepada anda semua. Mula-mula kita thesis kemudian ada orang bangkang jadi antithesis lalu akhirnya jadi sintesis dan seterusnya proses mencari kebenaran berulang. Terima kasih semua.
Anonymous said...
elok lah lah tu, wan amizan dah buka tembelang dr shukri. Jadi kita ramai ramai sokong pas, umno buruk sampai ke tulang dah,

hidup tuan ibrahim tuan man.
WZWH said...
Salam Anon 8.24,
Jika Anon fikir UMNO buruk sampai ke tulang, DS Najib akan cari calon parlimen Jerantut yang baru, bersih, bertenaga maka UMNO pun bersih sampai ke tulang!
Menyegar said...
Salam.Masaalahnya kalau ikutkan senarai ajk UMNO Jerantut tu tak ada sorang pun yang layak untuk kerusi parlimen.Kalau letak juga jawabnya paelimen jerantut akan jatuh ke tangan pembangkang
SPU said...
Sekarang kita dapat melihat apa ada dalam hati dan jiwa seseorang yang dinamakan pemimpin. Segalanya keluar dari mulutnya. Saya akan publishkan posting ini dan segala perbincangan ini untuk pengetahuan UMUM, harap tuan punya blog tidak akan delete keseluruhan posting berkenaan.
Anonymous said...
Dimaklumkan bahawa pernah Dato' Wan Abu Bakar menjadi penjamin kepada Wan Razak bagi membuka satu perniagaan namun hutang dengan bank terpakas dilangsaikan oleh Dato' Wan Abu Bakar atas dasar saudara, tidakkah anaknya ini tahu apa pengorbanan yang telah dilakukan oleh Dato' Wan Bakar terhadap keluarganya dan apakah mencerca orang yang sudah tidak terlibat secara langsung dalam politik dan sudah tidak berpeluang dan berharapan untuk jadi pemimpin sesuatu yang wajar sebagi balasan atas budi dan jasanya kepada bapa dan seluruh keluarganya? Melayu memang mudah lupa diri, ibarat mengangkang dan membuang najis dalam pinggan nasi sendiri.

Thursday, August 19, 2010

RIAK POLITIK JERANTUT MENJELANG PRU13

Gambar hiasan:


1. Blog Cawan Tembaga mendedahkan perihal Wan Zamzuri yang dikatakan menuduh Dato' Wan Abu Bakar (bekas AP Jerantut @ Ketua UMNO Bahagian) bersekongkol dengan Tuan Haji Kamaruzaman Baria (juga bekas AP Jerantut @ Ketua UMNO Bahagian, selepas Dato' Wan Abu Bakar) dalam mempertahankan bos-nya. CT membayangkan kelukaan hati bekas seorang pemimpin yang diperhina sedemikian oleh anak buahnya sendiri setelah dia tidak lagi memegang jawatan tertinggi dalam parti. 

Jika benarlah sedemikian, maka alangkah tidak bermoralnya seorang yang menganggap dirinya bakal pemimpin masa depan yang sanggup melakukan apa saja untuk mendaki naik kejawatan tinggi dalam parti. (Klik baca blog Cawan Tembaga). Begitulah didalam politik, tiada sahabat dan musuh yang selamanya akan kekal, tetapi akan berubah mengikut kepentingan. Namun,malang sungguh nasib bagi bakal pemimpin yang bermulut lancang ini untuk dapat memanjat keatas didalam politik kerana sikap buruk demikian akan membuatkan rakyat membenci dan menjauhi beliau bahkan kesannya juga akan menjejaskan bos-nya.


2. Seseorang dilaman facebook membincangkan dan mempersoalkan siapakan bakal Ahli Parlimen Jerantut akan datang. Blog ini juga (klik sini) turut mengulas tentangnya. 


Tentu ramai yang berminat dan bercita-cita untuk jadi Ahli Parlimen Jerantut bahkan ada yang sudahpun bermimpi dalam tidurnya. Bagaimanapun calon yang sesuai bukanlah mudah dicari. Tun Mahathir pernah berkata; Pemimpin bukan saja harus bersih tetapi kelihatan bersih. Siapakah pemimpin yang bersih dan kelihatan bersih yang sesuai disini? Saya sudah dapat melihatnya namun untuk tujuan tidak memusnahkan peluangnya maka saya terpaksa diamkan dahulu. 

Bagaimanapun dia bukanlah bekas mana-mana wakil rakyat atau wakil rakyat yang masih menyandang jawatannya kini.Dia juga bukan bukan orang yang ada skandal dengan 'sara', jauh sekali yang ada hubungan dengan 'KK'. Bukan juga orang-orang terkanan dalam hireki UMNO Bahagian.


3. Kenapa adanya usaha melobi untuk calon berkenaan? Kerana mereka yang terlibat ingin berkuasa sama ada secara langsung ataupun melalui proksinya. Segalanya hanyalah mengenai kuasa, yang setelah itu juga akan menentukan ekonomi mereka dan kroninya.


Calon yang disebut dalam blog beranikan hati bukanlah pilihan rakyat kerana beliau tidak punya ciri-ciri pemimpin yang utamakan rakyat. Sekiranya beliau terpilih nanti, tentu rakyat marhaen akan terus merana kerana adanya jurang perbezaan yang besar.

4. Jika sudah ada pihak yang telah menemui PM untuk melobi calon PRU nanti, kenapa SPU juga tidak boleh lakukan itu didalam blog ini? Justru, dalam posting akan datang SPU juga akan perkenalkan calon-calon bagi PRU akan datang yang dilihat sesuai menurut kacamata rakyat umum.


Tuesday, August 17, 2010

MELAYU MUDAH LUPA




Setelah membaca blog uRag dRrulug sebentar tadi, saya terpanggil untuk memberi respon kepada postingnya. Memang tidak dapat dinafikan ada sedikit rasa kerinduan kita kepada Tun Dr. Mahathir mantan PM Ke-4 Malaysia.

Beliau adalah tokoh yang sering dinanti setiap kali mendengar / menyaksikan berita di radio dan tv. Beliau sering datang dengan membawa sesuatu yang baru dan dinanti-nantikan oleh rakyat.Beiaulah tokoh dan anak melayu yang telah mengangkat nama negara Malaysia dan mertabat  bangsa Melayu ke persada dunia. Beliaulah pemimpin yang telah memberikan kita keamanan dan kesejahteraan selama ini. Kita tidak akan ada lagi pemimpin yang setaraf dengannya, yang seluruh dunia menghormatinya.

Malangnya Melayu memang bangsa yang mudah lupa dan melupakan jasa. Terima kasih uRag dRrulug kerana mengingatkan kita kembali. Bagaimanapun ada diantaranya yang mengkhianati Tun setelah ianya tidak lagi berkuasa. Sila tonton dibawah ini:






Nota:
Mohon maaf kepada blogger UD dan yang lain-lain terutamanya Sri Tri Buana kerana tidak dapat menghadiri pertemuan semalam atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Saturday, August 14, 2010

UMNO HANYA LAYAK DIBAWAH TAPAK KAKI? APA PERANAN UMB PAHANG?

Blog Penarik Beca menulis begini:


Umno hanya layak diletakkan di bawah kaki?

Dalam berita bertajuk "Umno minta rakan maya bantu naikkan semula imej parti", Bernama hari ini melaporkan:
Umno hari ini meminta bantuan sahabat maya untuk menaikkan semula imej serta nama parti itu yang sering menerima pelbagai tohmahan oleh pihak tertentu, terutama parti pembangkang.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sejak lima tahun kebelakangan ini, pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada Umno sehingga parti itu dilihat seperti pertubuhan siasah yang tidak bermoral.

"Umno digambarkan seperti parti yang tidak berakhlak, yang seolah-olah hanya layak diletakkan di bawah kaki...saya sedih dengan keadaan ini.

"Kita tidak minta banyak...kita cuma minta diiktiraf apa yang telah dilakukan parti selama ini, apa yang telah dilaksanakan untuk kebaikan semua," katanya sempena majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan Facebook (FB) Media-Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Persoalannya, adakah keluhan Adnan itu membuktikan kegagalan teruk gerombolan-gerombolan yang ditubuhkan oleh Umno untuk menjalarkan propagandanya di alam siber termasuk mengacau dengan menghantar komen karut-marut dalam blog-blog termasuk blog ini (khabarnya banyak duit atau gaji yang diperolehi gerombolan itu, sama ada gaji rasmi atau gaji tak rasmi).......


Walau apapun ini adalah bukti bahawa ada pemimpin UMNO yang peka terhadap peranan Media sosial terhadap masyarakat dan kesan terhadap PRU13 nanti.

Malangnya di Pahang pemimpin UMNO tidak berpendapat demikian, mungkin kerana mereka tidak tahu menggunakan  IT atau mereka ini buta IT lalu mereka beranggapan bahawa semua rakyat Pahang buta IT seperti mereka juga. Mungkin mereka tidak membaca blog dan tidak ada rangkaian difacebook sehingga mereka tidak tahu apakah perkembangan semasa dan apa yang rakyat sedang bincangkan mengenai mereka selama ini.

Banyak pihak berpendapat bahawa majoriti pengundi tidak mempunyai aksess dan tidak pernah membaca blog dan facebook tetapi apakah mereka lupa bahawa kebanyakan generasi muda sudah lama melengkapan diri dengan jalinan Media Sosial ini? Bahkan mereka juga mampu mempengaruhi keputusan pilihanraya akan datang. Apakah UMNO tidak sedar bahawa kebanyakan anak-anak muda ini lebih cenderung kepada parti pembangkang?

Saya katakan bahawa beberapa kerusi Parlimen dan DUN Negeri Pahang akan jatuh ketangan parti lawan dalam PRU13 nanti jika pun tidak seluruh negeri mampu ditawan oleh pembangkang. Ini adalah berdasarkan apa yang kita dengar dan lihat yang sedang berlaku dimana-mana ruang di media sosial.

Mungkin pemimpin  UMNO Pahang memandang remah. Tidak mengapa keran demikianlah apa yang telah bertlaku kepada UMNO/BN di Pulau Pinang, Kedah, Selangor serta Perak sebelum PRU12 dulu. Ini kerana masih ada pemimpin UMNO negeri-negeri yang masih sombong bongkak dan berpendapat bahawa kuasa mereka akan kekal selamanya.

Gendang Perang telah kedengaran dipalu oleh kedua-dua pihak dan peperangan akan berlaku. Lihat apa yang kerajaan BN tawarkan dan lihat pula apa yang Pakatan Rakyat janjikan untuk rakyat (baca sini)

DS Najib janjikan RM300 untuk peneroka FELDA sebagai duit raya. Bagaimana pula dengan penduduk kampong traditional? Siapa yang akan membela mereka dan apa yang akan mereka dapati nanti? Nampaknya oleh kerana tidak punya kuasa tawar menawar maka rakyat pedalaman dikampong-kampong tradisional tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari kerajaan BN.

Malang sungguh nasib penduduk pedalaman termasuk yang ada di Ulu Tembeling. Bila lagi rombongan Pas dan PKR akan datang melawat dan menziarahi penduduk kampong?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN