Makluman: 1/2010
Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
Friday, August 13, 2010
SPU UNGGUL DI JERANTUT
Terima kasih kepada Pahang Daily Online yang menghargai apa yang telah SPU lakukan dalam membantu menggalakkan Media Sosial di Pahang dan Jerantut khususnya. (Klik sini ke posting di PDO)
Blog SPU @ Suara Prihatin UMNO telah dibina sejak April 2008 atas keperihatinan terhadap masa depan bangsa Melayu setelah UMNO menerima tamparan hebat dalam PRU12 lalu.
SPU bukanlah dibina atas inisiatif dari pemimpin UMNO sama ada di bahagian maupun negeri dan tidak pernahpun mendapat sokongan secara terbuka dari mana-mana tokoh UMNO selama ini. Bagaimana pun berkat usaha dan sabar telah mampu menwujudkan satu 'liga' blogger di daerah Jerantut dan mungkin telah mendahului banyak daerah-daerah lain di Pahang.
UMB Pahang, bahkan Pengerusi Biro ICT UMNO Pahang juga mungkin selama ini tidak sedarkan akan kewujudan blog SPU dan blog-blog lainnya yang yang terdapat dalam senarai link di blog SPU ini atau sengaja tidak memberi perhatian kepada perkembangan Media Baru yang bukan mereka ujudkan, (kerana niat mereka selalunya adalah untuk menempa nama).
Kebelakangan ini SPU telah memberikan sedikit kelonggaran kepada blog-blog dari pembangkang untuk turut bersuara di Jerantut dengan memberikan link diblog SPU. (Tidak mustahil juga nanti akan menukar arah sokongan(?))
Kita tertanya-tanya;
1. Mana blogger kerajaan Pahang yang di beri upah untuk menulis blog menentang pembangkang? Masih dalam pembikinan? Yang kita nampak hanya satu dan masih kuat menghentam DS Najib, mungkin kerana ingin mendapat perhatian untuk dilantik sekali lagi sebagai wakil rakyat.
2. Apa peranan UMB Pahang selama ini?
3. Mana blogger-blogger yang dikursuskan selama ini oleh UMB Pahang?
4. Apakah peruntukkan menganjurkan kursus masih belum mencukupi untuk memenuhi kocek orang tertentu sehingga kursus yang dijalankan tidak langsung nampak berhasil?
Memang susah menegur pemimpin yang bebal dan berhati batu.
Sunday, August 8, 2010
BAKAL MB PAHANG DARI JERANTUT
Pembalakan yang terlalu hampir dengan Taman Negara
Gambar hiasan: Ini bukanlah cable car seperti yang dicadang oleh WZWH itu
Kearah kemakmuran negeri Pahang dan pengekalan alam sekitar, kepimpinan negeri mesti ditukarkan menjelang PRU13 nanti.
Banyak pihak yang prihati terhadap alam sekitar di Malaysia merasa semakin sesak nafas kerana kepimpinan kerajaan negeri Pahang tidak langsung peka terhadap pengekalan alam sekitar. Penerokaan hutan tanah tinggi yang tidak terkawal di Cameron Highland sudah tidak mendapat perhatian serius kerajaan negeri lagi. Karam Singh Wallia pun bagaikan sudah karam dalam hatinya kerana laporan demi laporan sudah tidak mendatangkan kesan langsung berikutan kegagalan kerajaan negeri mengambil tindakan.
Selain itu pembalakan haram juga masih berlaku dan berleluasa dan pihak kerajaan hanya membuta mata. Dalam pada banyak hutan diteroka namun rakyat masih tidak mendapat tanah dengan permohonan lebih 20 tahun pun belum diluluskan. Kerajaan nyata gagal dan kepimpinan mesti diubah sama ada oleh pucuk pimpinan atau oleh rakyat sendiri dalam PRU nanti.
Jerantut merupakan benteng terakhir hutan tropika negara, yang terluas adalah Taman Negara. Buffer Zon nya juga sudah tidak jelas kerana telah ada pihak yang beroperasi mengeluarkan balak dikawasan berdekatan. Tidak mustahil peristiwa pembalakan haram 'Tengku Wong' akan berulang kembali.
Justru pemimpin politik bagi kawasan berkenaan hendaklah dari kalangan mereka yang menyedari pentingnya perlindungan hutan dan alam sekitar. Beliau juga adalah calon yang sesuai bagi menggantikan MB Pahang dan akan bertanding di DUN Tahan. Beliau adalah Wan Zamzuri, (anak tempatan dari Ulu Tembeling katanya, tetapi beliau dilahirkan di Kuala Lipis dan tidak pernah pun tinggal di Ulu Tembeling). Seorang anak muda berkelulusan luar negara dan dari keturunan Bendahara, adalah calon yang layak untuk manjadi MB Pahang.
Kita percaya segala ideanya tentang loji nuklear, cable cark ke Gunung Tahan dan lain-lain lagi tentu akan lebih mudah dilaksanakan apabila beliau sudah menjadi MB Pahang kelak. SPU menyokong dengan sesungguhnya dan akan berusaha keras memastikan beliau akan menjawat jawatan MB. Kita percaya bahawa WZWH layak dan sanggup memegang tanggungjawab berkenaan. Sila lihat CnP - sebahagian dari yang tersiar di facebook baru-baru ini. Sila lihat blog Urag Drrulug (Klik sini).
WZWH said...Salam saudara Ri-Kuala Pengor,
WZWH berbangga dengan pandangan "environmentalist" Ri-KP. Kalau ikut WZWH, "HARAMKAN PEMBALAKAN" di Lembah Tembeling. Tapi hal-hal balak adalah URUSAN KERAJAAN NEGERI PAHANG. Itu di luar kawalan WZWH melainkan WZWH adalah MB negeri Pahang ini. Dan sememangnya kalau kita naik Helikopter merentasi hutan Ulu Tembeling,balak sudah tiada, kesemuanya sudah habis di tebang kecuali kawasan Taman Negara dan sedikit kawasan lagi. Itu saja balak yang tinggal. Urag Drrulug tidak faham Projek "Green Ekonomy-Renewal Power Project" atau "Renewal Energy". Dia tidak faham apa pelan WZWH mahu buat, biarkan dia..
August 8, 2010 2:32 PM
Friday, August 6, 2010
SEMALAM, MALAM INI DAN ESOK
Gambar Hiasan: Yg bersongkok tinggi ini bukan KP kita, dia ni KP Bhg. lain cuma secara kebetulan sama-sama bersongkok tinggi, hehehe
SEMALAM: Satu program yang melibatkan OKU diadakan di Dewan Majlis Daerah Jerantut. Terima kasih kerana Ahli Parlimen dan UMNO Masih prihatin terhadap orang-orang kurang upaya ini.
Ketibaa YB Ahli Parlimen disambut dengan paluan kompang dan marhaban. Mungkin ini bukan keinginan YB Ku Lan tetapi inilah budaya UMNO, sentiasa hendakkan segalanya dengan bergaya. Mana slogan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan?
Mengiringi YB Ahli Parlimen adalah Dato' SU. Dari jauh saya nampak dan sudah kenal, rambutnya semakin menipis. En. Zahar terayap-rayap dibelakang dan cuba menghampiri diri dengan YBM Ku Lan. Mungkin terasa dia dah VIP atau menaruh harapan untuk jadi bakal YB nanti? Wan Joe, terlari-lari bagaikan ketinggalan bas tetapi masih menaruh harapan untuk turut serta. Harap YBM Ku Lan tidak tinggalkan sahabat saya ni, jika dia tertinggal maka hilang pelakun utama siri 'numb3r'. (Tak ada kena mengena dengan Sport (sukan) TOTO)
Kenapa tidak sekali sekala kita sambut pula kehadiran OKU itu dengan paluan kompang? Kita nak lihat Zahar dan Wan Joe yang memalu kompang dan Dato' Su jadi tok gendingnya, hehehe...mungkin nanti KP boleh bersilat pula dengan songkok tingginya sambil mengepit 'papan batu' dicelah ketiaknya..
MALAM INI: Datuk Paduka Ibrahim Ali, Presiden Perkasa akan berceramah mengenai isu semasa berkaitan bangsa Melayu dan masa depannya. Bertempat di Dewan Majlis Daerah Jerantut pada jam 9.00 Malam. Semua umat Melayu dijemput hadir.
Demi perpaduan dan masadepan bangsa Melayu, semua umat Melayu sama ada dari pas atau UMNO atau tidak menyertai mana-mana parti sama sekali mesti menghadirkan diri.
ESOK: Perasmian Perkasa Negeri Pahang peringkat Daerah-daerah akan dijalankan bertempat di Dewan TAHAP pada jam 11.00 Pagi. Semua dijemput hadir.
Wednesday, August 4, 2010
IMEJ PEMIMPIN UMNO HARUS DIJAGA
Saya tersentak dengan laporan di TV3 semalam berkenaan bekas seorang ADUN dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian yang ditemui mati tertembak dalam kereta yang mereka berdua naiki. (Baca di blog sahabat saya ini)
Banyak soalan yang timbul dan belum menerima apa-apa jawapan; Apakah hanya merea berdua? Tidakkah ada orang ketiga? Apakah ini bunuh dan bunuh diri? Apakah motifnya?
Tiba-tiba saya teringat dengan Jerantut ini sendiri. Masih banyak yang terembunyi namun ada desus desan disebaliknya. Apa persoalan tentang SU dan Sara? Apa cerita orang kuat UMNO yang mendalangi pemburu haram? Bagaimanakah akhirnya cerita Abang Bu dengan Kak Key? Semuanya menanti jawapan.
Dan semua ini berkaitan dengan imej UMNO sebagai pejuang bangsa dan negara. Rasanya pemimpin-pemimpin harus melihat diri sendiri dahulu sebelum melihat orang lain.
Banyak soalan yang timbul dan belum menerima apa-apa jawapan; Apakah hanya merea berdua? Tidakkah ada orang ketiga? Apakah ini bunuh dan bunuh diri? Apakah motifnya?
Tiba-tiba saya teringat dengan Jerantut ini sendiri. Masih banyak yang terembunyi namun ada desus desan disebaliknya. Apa persoalan tentang SU dan Sara? Apa cerita orang kuat UMNO yang mendalangi pemburu haram? Bagaimanakah akhirnya cerita Abang Bu dengan Kak Key? Semuanya menanti jawapan.
Dan semua ini berkaitan dengan imej UMNO sebagai pejuang bangsa dan negara. Rasanya pemimpin-pemimpin harus melihat diri sendiri dahulu sebelum melihat orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
