Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, January 4, 2010

INI BARU PEMUDA UMNO YANG ADA TELOR

Sdr Amin, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Maran.
Ini baru namanya pemimpin dan orang perjuangan.



1. Berikutan mahkamah meluluskan pengunaan kalimah Allah bagi lain-lain agama selain Islam baru-baru ini, banyak pihak yang menyuarakan ketidak-puashatian mereka. Perkasa anatara yang terawal menyatakan bantahannya, namun kita masih belum mendengar dari parti-parti Melayu sama ada yang menperjuangkan Melayu atau Islam. Kemana merka bersembunyi? (jika tidak silap saya, perbetulkan jika salah)

2. Umno pun masih belum membuat kenyataan resmi (?). Namun usaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran ini harus diberikan penghormatan tinggi. Seorang pemimpin yang memandang jauh dan bertanggungjawab kepada parti dan rakyat yang diwaklinya. Saya mengenali Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Maran secara peribadi dan sangat menghormati beliau.

3. Pemuda Umno bahagian kita? Bangun! Bangun! Bangun! Zzzzzzzzzz!!



SURAT TERBUKA KEPADA PM


KEPADA :
YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
MERANGKAP PRESIDEN PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU

PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH PENGANUT KRISTIAN UNTUK PENULISAN MEREKA

1. PERTAMANYA KAMI MENGUCAPKAN SALAM DAN SEJAHTERA KEPADA YAB DATO SERI DAN DIDOAKAN YAB DATO SERI SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH SENTIASA DAN SENTIASA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK UNTUK MEMIMPIN NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA INI.

2. DUKACITA DIMAKLUMKAN KEPADA YAB DATO SERI PIHAK KAMI MERASA AMAT TERSINGGUNG DAN MARAH DENGAN KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH MAHKAMAH TINGGI BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH PENGIKUT AJARAN KRISTIAN DI MALAYSIA BARU-BARU INI. PERKARA NI TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU KERANA PERLEMBAGAAN MALAYSIA TELAH JELAS MENERANGKAN BAHAWA ISLAM ADALAH AGAMA RASMI NEGARA DAN AGAMA LAIN ADALAH DILARANG UNTUK DIKEMBANGKAN DIDALAM NEGARA INI. SEBAGAI HAKIM YANG BERTANGGUNGJAWAB SEPATUTNYA HAKIM TERSEBUT TIDAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BOLEH MENCEMARKAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SERTA MENGGURIS HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA DAN SETERUSNYA TIDAK MENGHORMATI PERLEMBAGAAN MALAYSIA SENDIRI. BAGAIMANAPUN PIHAK KAMI TIDAK AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA HAKIM TERSEBUT KERANA MENGHORMATI UNDANG-UNDANG NEGARA DAN INSTITUSI MAHKAMAH ITU SENDIRI.

3. KEDUANYA PIHAK KAMI MERASA KECEWA DENGAN KELEMAHAN KERAJAAN YANG DIPIMPIN OLEH YAB DATO’ SERI YANG JELAS GAGAL UNTUK MEMARTABAT DAN MENJAGA KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI KEPADA PERSEKUTUAN INI. TELAH DIPUTUSKAN OLEH KEPIMPINAN TERDAHULU SEJAK TAHUN 1980AN LAGI BAHAWA PERKATAAN ALLAH ADALAH HAK MILIK PENGANUT BERAGAMA ISLAM DAN AGAMA LAIN ADALAH DILARANG MENGGUNAKANNYA. KELEMAHAN PENTADBIRAN KERAJAAN YAB DATO SERI MENJAGA AMANAH YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN ADALAH SESUATU YANG TIDAK BOLEH DITERIMA KERANA YAB DATO SERI BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA. PADA PENDAPAT KAMI ADALAH TIDAK SEPATUTNYA ISU INI DI BICARAKAN DI MAHKAMAH SIVIL APATAH LAGI DIADILI OLEH PENGANUT AGAMA KRISTIAN SENDIRI YANG SUDAH TENTU AKAN TIMBUL PERASAAN BERAT SEBELAH DALAM PENGHAKIMANNYA. OLEH YANG DEMIKIAN SECARA TIDAK LANGSUNG JUGA PIHAK PENTADBIRAN YAB DATO SERI JUGA TIDAK MENGHORMATI DAN MEMARTABATKAN PERLEMBAGAAN NEGARA ITU SENDIRI DANLEBIH MALANG LAGI GAGAL MENJAGA KESUCIAN ISLAM ITU SENDIRI.

4. SETERUSNYA KAMI INGIN MELAHIRKAN RASA TIDAK PERCAYA KEPADA MENTERI DALAM NEGERI YANG MENJAGA MASALAH KESELAMATAN NEGARA DAN KESUCIAN AGAMA ISLAM YANG AGAK PERLAHAN DALAM TINDAK TANDUKNYA MENJAGA KELUHURAN PELEMBAGAAN. BANYAK ISU-ISU YANGPANAS YANG GAGAL DITANGANI DENGAN BAIK SEHINGGALAH KEPADA ISU PENGGUNAAN “ALLAH” BAGI AGAMA KRISTIAN DI MALAYSIA. KAMI TIDAK MAHU KEPADA MENTERI YANG HANYA PANDAI BERCAKAP TETAPI GAGAL MELAKSANAKAN TUGASNYA DAN TUNDUK PADA TEKANAN PIHAK-PIHAK YANG TERUS TERANG MENCABAR PERLEMBAGAAN NEGARA.

5. PIHAK KAMI JUGA BERHARAP AGAR YAB DATO’ SERI DAPAT MERAFAK SEMBAH MAKLUM DAN MEMOHON BANTUAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG SELAKU KETUA AGAMA ISLAM AGAR DAPAT MEMBUAT KEPUTUSAN BERSAMA MAJLIS RAJA-RAJA AGAR POLIMIK INI DAPAT DIHENTIKAN SEGERA DAN KESUCIAN AGAMA ISLAM AKAN TERBELA DIBUMI BERTUAH MALAYSIA INI. SELAKU RAKYAT DIBAWAH LEMBAYUNG PEMERINTAHAN TUANKU PIHAK KAMI MENJUNJUNG KASIH AKAN KEPRIHATINAN KEBAWAH DULI TUANKU DAN YAKIN SEPENUH HARI BAHAWA KEBAWAH DULI TUANKU AMAT MENGAMBIL ATAS BERAT ISU INI. OLEH YANG DEMIKIAN KAMI MEMOHON SUPAYA YAB DATO SERI SEGERA MENGADAP KDYMM YANG DIPERTUAN AGONG UNTUK MENYELESAIKAN ISU INI.

6. PIHAK KAMI JUGA BERJANJI KEPADA YAB DATO SERI BAHAWA KAMI TIDAK SEKALI-KALI AKAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG MAHUPUN MEMBELAKANGKAN PERLEMBAGAAN NEGARA DALAM SEGALA TINDAK TANDUK KAMI TETAPI KAMI TIDAK RELA AGAMA ISLAM DIPERSENDA DAN DIPERLEKEHKAN OLEH SESIAPA JUGA.

7. TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN YAB DATO SERI DAN KAMI MENDOAKAN AGAR YAB DATO SERI AKAN MELAKUKAN YANG TERBAIK DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR TERCINTA INI.

KHAIRUL AMIN BIN OSMAN
PEMANGKU KETUA,
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN MARAN, PAHANG
2HB JANUARI 2010

Sunday, January 3, 2010

UMNO DAN BLOG

YAB,YB, Datuk-Datuk, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa
inilah permulaan untuk membina sebuah laman blog.




1. Saya beberapa kali menulis mengenai internet dan blog. Mengenai pemimpin Umno yang tak pernah mendengar dan tak peka kepada saranan kepentingan blog kepada parti. Memang pemimpin Umno tidak peka, malahan pekak badak.

2. Pembangkang telah menggunakan kaedah ini dengan jaya dalam PRU12 lalu dimana berjaya menjatuhkan beberapa kerajaan negeri. Pihak pembangkang juga berjaya menguasai internet dan blog dimana banyak blog-blog yang boleh dicapai adalah dari penyokong pembangkang.

3. Di Pahang, Pahang Daily Online berjaya meguasai pembaca-pembaca blog dengan menerima anggaran lebih 1000 pengunjung sehari. Selain itu antara yang tercanggih dengan menggunakan kaedah video klip bagi menyampaikan berita bagi pihak TV Selangor. Di Pahang, Umno Pahang apa ada?

4. Banyak pihak mencadang itu dan ini tetapi kerajaan Pahang masih membisu. Mungkin diam mereka itu diam ubi. Atau juga mungkin diam mereka itu diam penggali benggali.

5. Di Jerantut, Pas serta penyokong pembangkang ada beberapa laman blog yang aktif yang dihubungkan (link) dari blog-blog ternama bagi memudahkan capaian. Umno Bahagian masih diam.

6. UMB (Unit Media Baru) dan Kerajaan Negeri (Datuk Sam) telah adakan kursus blog tetapi kemana mereka? Jangan kata salah ajar atau salah pilih orang yang di ajar. Kalau tukang masak dihantar kebarisan hadapan untuk berjuang sebagai tentera, apa akan jadi? Berkawad pun belum tentu. Untuk kursus blog jika yang dihantar buta komputer macamana nak berblog?

7. Dari sumber dalaman, dipejabat seorang pemimpin dibahagian ramai kakitangan yang menggunakan komputer dan internet. Maka pemimpin berkenaan banggalah kerana anak buahnya cekit komputer dan celik IT tanpa mengetahui bahawa anak buahnya hanya bermain poker face di facebook - huhu!

8. Memang susah hendak membetulkan Umno dari dalam kerana pemimpinnya kebanyakan berpelajaran tinggi-tinggi yang menebihi awan. Ada yang lulusan luar negeri. Ada yang sijil pun dibeli. Ada yang miliki Phd dan Bs (bukan Bsc.) (Bs = Bodoh Sombong,). Biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya.


Saya salinkan sepenuhnya dari blog DepaKata berserta komen pembacanya:
-------------------------------

02 JANUARY 2010

FACEBOOK? HIDUPKAN KOMPUTER PUN MASIH BUTA!

http://depa-kata.blogspot.com/2010/01/facebook-hidupkan-komputer-pun-masih.html

Bila Shahidan Kassim mencadangkan agar ahli-ahli politik UMNO bergiat cergas di laman sosial seperti Facebook, ada sesuatu yang menggelikan hati. Shahidan Kassim barangkali hanya tahu tentang Facebook tetapi tidak tahu tentang Tagged, Myspace, Group Communities dan sebagainya, malahan forum-forum politik yang sangat bercambah di internet. Boleh jadi hanya disebabkan Facebook diiklankan di televisyen, barulah dia tahu tentang Facebook.

Tak kisahlah tu... cadangan Shahidan Kassim tu nampak dan kedengaran seperti sangat bagus....

Cuma seperkara yang nak ditanya... berapa kerat daripada ahli-ahli politik atau lebih tepat, para pemimpin UMNO yang sangat celik komputer dan internet, meskipun Mahathir Mohammad pada zaman pemerintahannya telah memberikan kebebasan sepenuh-penuhnya kepada internet untuk berfungsi di negara ini tanpa sebarang sekatan lebih satu dekad lampau.

Ada setengah pemimpin UMNO, cerita bab komputer bukan main... saran sana, syor sini, cadang sana, buah fikiran kat sini. Malangnya pemimpin UMNO tersebut, jangankan masuk laman sosial, nak hidupkan komputer pun tak tahu butang yang mana satu. Bila dah dihidupkan dan proses untuk sampai ke Window berlaku, hanya mata terkelip-pok, kelip-pok, macam katak tertelan kapur. Nak tanya malu, tak tanya, tak tahu apa benda.... dan bila dah masuk ke Window, dah tak tahu nak klik yang mana satu... almaklumlah, kat wayang, orang putih yang terer main komputer, sekadar tekan-tekan atas keyboard...

Inilah sindrom yang melanda beberapa orang pemimpin UMNO. Dunia blog, portal berita, laman sosial sudah jauh dikuasai oleh PAS dan gerakan Reformasi, sedangkan para pemimpin UMNO masih lagi duduk di takuk lama. Berbanding penggunaan akhbar, buku dan tabloid, golongan muda lebih serius dan berminat dengan penggunaan Internet dan ini seharusnya digunakan semaksimumnya. Dan apabila ada gambar anak-anak ahli politik yang buat tak senonoh, minum arak, berpeluk dengan anak dara orang yang bogel dadanya di atas katil di dalam bilik... faham-fahamlah... tak payahlah nak tuding kat orang lain, kalau kepala botak sendiri pun tak mampu nak fikir macam mana nak ajar anak lelaki sendiri.

Dan tak perlulah nak buat peraturan atau protokol tertentu kerana internet adalah akhbar bebas yang menyiarkan semua pendapat tanpa sebarang sekatan dan tapisan. Kalau dalam akhbar, bolehlah sekat tapi kalau sudah teringin ke dunia maya, bersedia sajalah untuk menjawab....

Generasi pengundi baru sebenarnya teringin nak berinteraksi dan berdebat atau bertekak dengan ahli-ahli politik yang sering mendabik dada, merekalah yang terbaik di kalangan rakyat negara ini. Inilah masanya untuk berinteraksi sepenuhnya dengan golongan pengundi, sama ada untuk memikat pengundi baru, mahupun untuk mengekalkan undi sedia ada, apatah lagi memperkenalkan dasar-dasar baru mereka.

Zaman protokol sudah lama berlalu. Zaman sambut menteri dengan kompang dan paluan gendang pun akan berakhir tidak lama lagi....

-----------------------

3 Comments

Close this windowJump to comment form
Blogger eXception said...

Mcm-2 la cadangan... Guna Facebook la... Blackberry laa... Tak guna jugak... Kalo buta IT, buta teknologi...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

2/1/10 10:33 AM

Anonymous Anonymous said...

Dulu saya pun buta komputer gak. Skang dah agak ok lah sebab blaja dgn anak buah kat opis. Maklumlah orang lama. Berckp pasal cdgan sahidan ni mmg bagus dan saya amat lah bersetuju sgt. Tapi masalah nya dalam UMNO ni jgn kata pemimpin yg dah senior yg dak pemuda pun masih ramai yg buta IT.Kat kpg saya ni adalah bangunan pusat IT. Mmg sedap lah didengar tapi berfungsi time majlis perasmian jer. Lepas itu terbiar mcm tu je. Dgrnya ada 2 buah komputer tapi skang ni dengarnya dah masuk kat umah Ketua Wanita UMNO Cawangan. Satu lagi entah kemana. Yalah nak beroperasi mcm mana line internet pun tak ada kat pusat tu. Dalam UMNO yg cerdik IT ni dak puteri. Sebab tu bila Pilihanraya urusan semakan pengundi UMNO/BN dibuat sepenuhnya oleh puteri. Dak pemuda tak leh harap. Maj tau merempit dan minta peruntukan jer. Yalah majoriti dak pemuda UMNO blaja takat SPM jer. Sebab tu dak puteri UMNO tak selira DGN dak pemuda UMNO.

2/1/10 11:35 AM

Anonymous Anonymous said...

dia patut cuba 'f..kbook' baru ada ramai pengunjung!

2/1/10 12:05 PM


------------------------------------

Friday, January 1, 2010

KONTREKTOR UMNO PAHANG KECEWA





1. Mereka adalah kontrektor sepenuh masa. Mereka juga penyokong Umno dan dan berjawatan di peringkat Bahagian. Mereka dijanjikan sesuatu sewaktu undi mereka dirayu. Tapi akhirnya, bukan sahaja mereka tidak mendapat kontrek berkenaan, bahkan tidak juga dapat kepada ahli Umno dan penyokong Umno. Kontrek berkenaan diberikan kepada penyokong parti pembangkang, Pas dan PKR. Adakah ini kerana memujuk mereka atau kelalaian dan tiada pemantauan sehingga segala projek diagihkan sesama pembangkang oleh talibarut dalam agensi kerajaan.

2. Rata-rata mereka ini memendam rasa kecewanya terhadap no 2. Jika ekonomi mereka menguncup bagaimana kelak mereka akan menyokong no 2 dan BN dalam PRU13 nanti? Siapa nak jawab soalan maut ni? Hehe! Umno sesama Umno menipu. Penyokong pembangkang semakin mantap dan kukuhkan ekonomi mereka sebagai persiapan PRU13 nanti. Hah! Lawan lah kamu sorang no 2, kami nak beli beras pun dah tak ada duit. Harga gula dah tambah. Darah kami pun dah naik ni.


Tuesday, December 22, 2009

Melayu tak perlukan parti seperti UMNO dan Pas....

Ini untuk kita


Bencana Alam yang melanda hati Melayu yang tamak haloba


Betul Tok Guru, sokong UMNO haram, sokong Pas pun haramjadah



1. Beruntunglah pemimpin Pas kerana menyedari serta mengiktiraf blogger mampu berperanan untuk menyebar maklumat dan propaganda parti. Biarkanlah UMNO yang masih terlena dalam mimpi dan tidak mengharap bantuan blogger dalam menstabilkan perkembangan politik negara. Nampaknya blogger penyokong Pakatan Rakyat sangat beruntung berbanding blogger penyokong kerajaan. (Baca sini - Konvensyen Blogger Pas)


2. Bagaimana nak sayangi UMNO jika pemimpin bergelumang dengan kebusukkan? Kenapakah bangunan runtuh lagi di Terengganu? (baca sini), (sini) dan (sini). Injin jet pun mereka sebat? (baca sini), (sini) dan (sini)

3. Mana jalan yang patut kita pilih? 1) UMNO parti Melayu yang busuk sampai ke ususnya, 2) Pas parti yang perjuangkan diri dan kroni dengan mengadaikan agama Islam, 3) PKR, parti yang ditubuhkan oleh orang Melayu bagi memperjuangkan kesamarataan dan menolak hak-hak keistimewaan orang Melayu, disamping memperjuangkan kebebasan tokoh tertentu dan tidak pasti halatujunya, 4) Mungkin benar bahawa orang Melayu tidak boleh memerintah dan kita patut menyertai parti yang dipimpin oleh bangsa lain, 5) Pedulikanlah apa nak jadi, selagi kita boleh makan minum sudah memadai.

4. Perasaan membenci pemimpin Melayu dan UMNO semakin hari semakin tebal kerana perjuangan mereka itu bukan ikhlas demi bangsa, agama dan negara. Kita tunggu PRU13 untuk mengajar sekali lagi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN