Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, January 31, 2011

APAKAH KONVENSYEN MENGUBAH UMNO?



Seminar demi seminar, kursus demi kursus dan konvensyen demi konvensyen telah UMNO dan BN lakukan demi perubah, namun setakat manakah kita sudah berubah? Kadang-kadang saya masih lihat kita masih ditahap lama juga lagi. Dengan kepentingan diri dan kroni. Melakukan sesuatu bukan dengan bersungguh-sungguh sebaliknya hanya melepaskan batuk ditangga. Bahkan lebih teruk lagi adalah melakukan 'wayang cina' apabila ada pemimpin besar datang melawat.

Setiap program yanh dijalankan oleh UMNO khususnya biar nampak grand. Cekuplah orang dari mana sekali pun yang tidak tahu apa-apa sekali pun asalkan kehadiran nampak ramai - inilah UMNO dulu, kini dan selamanya? Ada sesiapa yang ingin membantah kenyataan saya itu?

Terbaru, mengenai konvensyen BN di Kuantan.. Saya menjangka ianya hanya di Jerantut saja, tetapi ia berlaku dibanyak bahagian-bahagian lain juga. Apakah orang atasan tidak menyedari ini berlaku? Perwakilan ke konvensyen itu adalah tangkap muat dan berdasarkan kroni sahaja. Mereka mungkin menganggap ini hanya satu lawatan dan percutian lalu apabila mereka kembali ke bahagian tidak ada apa yang dapat mereka ubahkan, kerana itu UMNO tidak akan berubah selamanya.

Dalam keadaan PRU semakin hampir kita masihng-masing sibuk menonjolkan calon kita sendiri dengan harapan naik calon kita maka bolehlah kita berpaut padanya nanti. Taukeh-taukeh besar pun sanggup melabur banyak untuk calon-calon itu kerana apabila mereka naik nanti dapatlah mereka meluluskan itu dan ini. Sudahnya tanah Melayu hilang sekangkang demi sekangkang. Ada yang hilang kedalam longkang dan ada pula yang hilang dicelah 'kangkang'.

Sara masih menunggu nama calon nya naik, sekiranya itu berlaku tentu dia akan datang kehadapan dan mendakwa itu dan ini.ihatlah apa yang terjadi pad calon Pas Cikgu Mala yang telah ditelanjangkan orang kerana dia menjadi calon. Apakah ini tidak mungkin berlaku di Jerantut juga? Jadi awas dan waspada. Sesiapa yang mempunyai sejarah silam yang hitam, sila padamkan segera sebelum nama naik untuk dicalonkan.

Sara akan sentiasa mengintai dan menanti Su menggamitnya kembali. Hahaha! Kita menari mengikut paluan gendang yang dimainkan.

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN