Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, January 18, 2011

MENCARI PERDAMAIAN




Lama sudah tidak menulis.Banyak perkara yang berlaku dalam beberapa minggu ini yang membuatkan SPU tidak dapat 'mengadap' laptop. Sudah pasti WZWH akan senyum senang dan menyalak sendirian, tapi SPU tidak bimbang kerana SPU tahu pasti WZWH hanyalah seorang budak yang akan lari lintang-pukang bila dihambat ayam! Oooo! Tentu sekali dia sedang marah yang amat sangat bila membaca posting ini.

SPU tahu bahawa dia seorang 'budak' yang baik dan lurus, ala-ala 'lurus bendul', cuma dia terpaksa lakukan sesuatu kerana ingin menjaga bosnya dan menjaga kepentingan mereka kerana walaupun dia penasihat tidak resmi namun secara resminya dia ada saham dalam beberapa syarikat berkenaan bersama-sama bosnya itu.

Sementara orang lain sibuk dengan PRK Tenang, eloklah kita disini bertenang dan mencari perpaduan sesama kita. Apa kata WZWH jika kita berdamai dengan ertikata sebenarnya? Jikalau bos WZWH sudi juga untuk bertemu dengan SPU and the gang, maka sudah tentu SPU and the gang juga sudi untuk bertemu. Kita cari tempat yang sesuai, tenang dan damai. Kita sembang-sembang sambil santai-santai. Kita makan-makan besar atau sederhana besar dan bos WZWH yang belanja.

Apa kata WZWH? Bos 'kita' (ehek! ehek!, ayat membodek) pun dah dapat banyak tanah-tanah diserata tempat. Lombong bijih pun dah dapat juga. Projek jalan dan pembangunan pun dan berjalan walaupun secara perlahan. Marilah kita kongsikan segala 'harta rampasan perang'. SPU dah bicangkan dengan segala anak buah dan mereka semua setuju untuk mencari perdamaian. Tempoh luput tawaran sehingga berakhir pengundian PRK Tenang. Dengar khabar, uRag dRrulug pun dah di'kenyang'kan oleh 'bos' kita, untunglah dia, hehe!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN