Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, January 10, 2011

BAGAIMANA KITA MENILAI SESEORANG?

Bagaimana Najib Menilai Ahli Parlimen Selama 5 Minit? 

Bagaimana kita menilai seseorang melalui penulisan diblognya? Yang sentiasa membanggakan diri sendiri dan keturunannya dan dalam masa sama merendahkan orang lain?



Bagaimana pula kita menilai seseorang yang dikejar ayam seperti ini hanya 
dalam hanya beberapa saat?


Ada seseorang menulis diblognya begini: Najib lebih tahu. Beliau sebagai PM ada fail prestasi semua ahli parlimen BN.  Tentulah dia menulis selepas membaca posting diblog Sakmongkol kemudiannya 'menciplak' keblog beliau. Bahaya menulis dengan menciplak adalah jika penulis asalnya melakukan kesalahan maka kita juga turut melakukan kesalahan yang sama.

Sakmongkol dalam tulisan-tulisannya terkenal sebagai pro KJ dan 'menentang' PM. Tidak hairanlah jikalau dalam ranking 100 blog toplist beliau dikategorikan sebagai blogger pembangkang kerana memangnya beliau membangkang.

Mungkin ada yang hairan sedikit dengan sikapnya. Beliau adalah bekas ADUN Pulau Manis, dalam Parlimen Pakan dari 2004 - 2008. Berpendidikan luar negara dan sering mengakui bahasa Inggerisnya lebih baik dari bahasa Melayu. Tidak hairan kerana anak Melayu memang begitu.

Yang kita hairankan kenapakah ada kecenderungan kelainan arah politik dari seorang yang pernah menjadi wakil rakyat parti kerajaan yang memerintah? Apakah kerana protes dan tidak puashati kerana digugurkan dan tidak dicalonkan semula? Jika ya, itu harus diluahkan kepada Pak Lah kerana beliau digugurkan pada zaman itu dan tidak ada kena mengena dengan PM sekarang ini? Atau soksek-soksek ini hanya untuk memancing tempat dalam PRU akan datang?

Kepada sahabat saya, janganlah jadi si-burung tiong yang pandai berkata-kata tetapi tidak faham maksudnya.

Blogger Jerantut bukan tidur atau mati tetapi sengaja membiarkan seseorang itu melompat sendirian mempertahankan bosnya yang akan disingkirkan nanti. Lebih banyak 'dia'  menulis tentang dirinya dan bosnya maka lebih banyak keburukkan yang disingkap untuk tontonan rakyat. Melompatlah dan melatahlah kerana itu akan mempercepatkan pembongkaran keburukkan 'idolanya', atau memang ini adalah satu strategi 'beliau'  untuk 'membenamkan' bosnya kerana mungkin dia ada perjanjian lain dengan seseorang yang telah mengangkatnya dulu?

Dalam politik segalanya serba mungkin. Orang itu telah mendidik 'beliau' dulu kenapa tidak dia membalas semula jasanya? Menurut sumber, baru-baru in i 'dia' mengadakan pertemuan sulit dengan bekas 'gurunya' dulu disuatu tempat dan perbincangan 4 mata itu masih menjadi rahsia.

Blog 'menyegar' menulis mengenai UMNO dan musuh sebenar UMNO. (Sila baca) Ada juga persamaan isu dengan tulisan diblog ini (Klik sini) Apapun elok juga kita membacanya berulang-ulang kali untuk menyedarkan kita bahawa musuh sebenar kita adalah kita sendiri.

Memang blog-blog lain di Jerantut mendiam seketika, ini mungkin kerana ada kejutan dari kekurangan bekalan minyak masak serta kenaikan harga minyak petrol dan disel, juga kenaikan harga barang-barang. Blog uRag dRulug sudah 3 hari tidak aktif, mungkin kerana terkejutkan 'barang'nya yang naik dan tidak mahu  'turun-turun' sehingga kini akibat dari kepanasan dalam' jiwa' di musin 'pejor' begini - wallahualam!  Hehehe!

1 comment:

DPP JERANTUT said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN