Menanam jagung mesti berpagar, jika tidak pagar akan makan padi.
Melombong bijih juga mesti berpagar, jika tidak orang kampong akan makan hati
Dulu ketika masyarakat masih mengusahakan sistem pertananian sara-diri (bukan bercucuk-tanam ditaman si sara) kata-kata ini jadi kata-kata keramat mereka; 'Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak'. Maksudnya adalah sementara menunggu hasil besar yang diusahakan itu, usahakanlah sesuatu sebagai sampingan biarpun hasilnya kecil.
Namun dalam sistem kehidupan yang dipanggil moden ini, tambahan pula dengan slogan 'Rakyat didahulukan....' segala amalan lama itu sudah tidak lagi sesuai diamalkan. 'Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak' juga tidak harus diamalkan lagi. 'Berjagung-jagung itu dulu, berbesi-besi orang besar yang rompak' - ini mungin lebih sesuai bagi sebuah kawasan tanaman jagung di sebuah DUN di sebuah negeri yang kaya dengan hutan dan 'pungkor' hanyut. (Bukan di Jerantut dan di negeri Pahang)
Ini berikutan dengan adanya satu konspirasi yang melibatkan seorang-orang besar dengan pejabat tanah yang telah membatalkan 'tol' terhadap tanah kawasan penduduk kampong mengusahakan tanaman jagung sepanjang tahun bagi membenarkan 'rampasan' tanah berkenaan untuk diusahakan lombong bijih besi. Persoalannya adalah; Tanaman jagung itu hasilnya memberi faedah kepada rakyat sedangkan lombong bijih besi itu hanya untuk kepentingan orang besar tertentu serta kroninya sahaja. Apakah ini selaras dengan slogan DS Najib 'Rakyat didahulukan?
Ada sesiapa yang mampu menjawab selain dari pelombong besi yang menyarankan tinggalkan ekonomi jagung? Benar seperti kata uRag dRrulug; Dunia tak tahu malu! Tahu apa maksudnya; 'Harapkan pagar, pagar makan padi?' Baca disini 'Pagar Makan Padi'.
No comments:
Post a Comment