Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, January 19, 2009

SELEPAS PRK P036 - KITA PULANG GEMBIRA KEKALAHAN


PRK P036 selesai. BN kalah. Majoriti besar. Post mortem. Salah itu. Salah ini. Salah dia. salah mereka. Inilah senario selepas pilihanraya. Sepertimana bolasepak malaysia - sebelum perlawanan semua pihak akan menunjukkan keyakinan. Apabila telah kalah, masing-masing menuding jari - menyalahkan orang lain. Jika tiada sesiapa yang nak disalahkan maka mereka akan salahkan gelanggang, cuaca dan sebagainya. Itulah kita.

Selesai sahaja PRK P036 seperti biasa, banyak pihak memberikan komen dan antaranya;
1. Salah pilih calon
2. Salah pengarah jentera pilihanraya
3. Salah strategi kempen
4. Salah petugas / jentera pilihanraya
5. Salah pengundi tidak menghargai calon dan lain-lain lagi.

Beberapa hari berada di KualaTerengganu menjelang pilihanraya tersebut saya melihat bahawa sebenarnya UMNO/BN tidak menjiwai dan menghayati perjuangan secara jujur. Saya tidak mahu mengulas perkara diatas kerana telah ramai yang membincangkannya dan memang benar semua pihak akan bersetuju bahawa kesalahan bermula sejak awal lagi iaitu sejak pemilihan calon.

Jentera PAS walau dari mana pun mereka datang untuk membantu kempen, tanpa belanja atau belanja besar dari parti namun jiwa mereka bersungguh-sungguh berkerja untuk parti. Mereka dapat menjiwai semangat perjuangan parti dan mereka lakukan itu dengan ikhlas. Mereka tidur dirumah-rumah kenalan atau di masjid-masjid dan surau-surau, tetapi mereka lakukan ini dengan ihklas. Jentera BN? Berapa mereka dibayar untuk ini? Mereka lakukan ini mungkin tidak dengan sepenuh hati kerana semangat mereka tiada untuk parti. Mereka telah terbiasa dengan falsafah: perjuangan (dalam UMNO) adalah satu perniagaan. Kerana ini yang telah diajarkan kepada mereka di cawangan-cawangan dan di bahagian-bahagian dimana mereka terlibat. Lalu, tiada RM tiada kesetiaan. Bagaimanapun akhirnya kita masing-masing gembira pulang membawa sesuatu habuan meskipun calon BN dikalahkan.

Pemimpin-pemimpin yang datang ke KT juga melakukan tugasnya secara 'sambil minum air menyelam'. Bahkan kita mendapat tahu seorang calon jawatan dalam pemuda tidak ghairah menjalankan tugasnya kecuali menunggu para perwakilan yang akan menemuinya di bilik hotel dimana dia menginap untuk membuat satu 'tembakan' tepat kepada perwakilan berkenaan. Beliaulah orangnya yang setelah keputusan tidak berpihak kepada BN memberikan ulasan kekalahan itu tidak boleh disalahkan kepada calon sahaja.

Ada juga terdapat petugas-petugas yang tidak tahu bagaimana melakukan kerja K10 dan tidak pernah melakukannya sebelum ini, jadi bagaimana hendak mendapat hasil tuaian yg baik jika tidak menanamnya dengan benih yang baik juga? Bagaimana pemilihan dibuat? Kenapa UMNO Bahagian-bahagian tidak prihatin?

Pekrja-pekerja PAS lebih menghayati tugas mereka. Mereka mampu me-minimumkan setiap kos yang dibelanjakan. Saya melihat selesai pilihanraya mereka mengumpul dengan cermat bendera dan mana-mana poster yang boleh digunakan semula nanti. Manakala pihak BN hanya mengumpulkannya disuatu tempat dan membiarkan untuk dibuang. Ini masalah sikap. Masalah menghayati perjuangan dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya. Mereka (PAS) nampak lebih menghayati perjuangan parti mereka dengan mereka menjiwai perjuangannya. Inilah semangat yang UMNO ada sewaktu ianya mula ditubuhkan tetapi kemankah hilangnya semangat ini?

Saya berpendapat bahawa masalah utama UMNO adalah masalah sikap. Sikap pemimpin-pemimpin kita dan masalah sikap ahli-ahli kita sendiri. Segalanya telah berubah dan kita harus kembali ke asal untuk tetap mampu bertahan dimasa-masa akan datang. Jika kita dapat membawa balik semangat UMNO ke kampong-kampong dan membiarkan ianya meresap semula keseluruh jiwa rakyat marhaen, maka kita mampu manguatkan semula UMNO. Ini yang sedang terjadi kepada PAS apabila UMNO tidak upaya menawarkan ini kepada rakyat.

Pemimpin-pemimpin mesti buangkan ego mereka. Pemimpin disetiap peringkat biarkanlah mereka yang dipilih ramai bukan yang ditonjolkan oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan tertentu. Pemimpin mesti tidak jijik untuk turun padang meredah lumpur walaupun bukan waktu kempen pilihanraya. Berikan sokongan kepada UMNO cawangan untuk menghidupkan aktiviti-aktiviti bercorak kemasyarakatan dan keagamaan kerana kekuatan UMNO harus diakui adalah bermula dari cawangan. Tonjolkan bahawa perjuangan UMNO adalah membela bangsa dengan bukan menonjolkan pemimpin-pemimpin UMNO mendapat kekayaan dari memegang jawatan dalam UMNO. Politik UMNO bukanlah satu perniagaan. Persepsi masyarakat kampong adalah demikian dan ianya haruslah dikikis. Pemimpin-pemimpin korup mesti disingkirkan. UMNO mesti bersih dan nampak bersih. Pemimpin yang lemah dan tidak berupaya memimpin juga patut berundur supaya kepimpinan UMNO kelihatan lebih menyakinkan kearah merubah diri.

Mampukah kita berubah? Bolehkah pemimpin kini melakukannya?

Tahniah kepada jentera Pahang yang berkampong di Paloh, terutama dari Bahagian Temerloh dan Maran yang sangat menunjukkan pristasi cemerlang dalam menjalankan tugas mereka. Juga bahagian Jerantut sendiri walaupun bukan sebagai 'full-force' kerana sebahagian tenteranya gagal sampai ke medan perjuangan. Tahniah kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut yang memberikan komitmen sepenuhnya. Juga kepada Pengerusi Penerangan UMNO Negeri YB Dato' Sharkar Shamsuddin kerana kesungguhan memonitorkan jentera UMNO negeri Pahang - Perjuangan belum berakhir!

13 comments:

Anonymous said...

Sdr albabina,
Maaf kesilapan teknikal menyebabkan komen sdr terpadam tanpa disengajakan.

SPU Jerantut.

ken44 said...

eyr

ken44 said...

Hi,

Salam untuk semua daripada Jerantut. Mula-mula saya ingin mengucap terima kasih di atas kesudian UMNO Jerantut untuk datang ke kampung saya untuk berkempen. Sepertimana yang telah anda lalui di Kg Paloh, bukan mudah untuk mempengaruhi orang kampung di sini memandangkan anda semua gagal untuk memahami isu yang sebenar.

Walaupun kampung ini agak kebelakangan dibandingkan dengan bandar-bandar lain namun terdapat ramai golongan terpelajar lahir dari kampung paloh ini. Contoh nya seperti Tan Sri Razali Abdul Rahman (Exec Chairman Peremba). Silapnya anda tidak dimaklumkan oleh pihak BN atasan situasi sebenar kampung ini.

Dengan berbekalkan idea yang karut, macamana anda hendak meyakinkan penduduk Paloh? Adakah mereka hendak mempercayai cakap anda yang datang berkempen dimana sebahgian besar berkelulusan Darjah 6 dan SPM dan Ketua Cawangan UMNO Paloh yang juga berkelulusan SPM? Ataupun mereka nak mempercayai Ketua Cawangan PAS iaitu bekas guru yang bertanggungjawab mendidik ribuan anak-anak Paloh? Ketua Cawangan PAS yang mempunyai anak-anak kesemuanya lulusan universiti?

Kita kena fahami isu di Terengganu sebelum datang berkempen. Orang Terengganu perlukan kemajuan. Tapi bukannya dengan cara yang dibawa oleh pemimpin BN. Kita tidak perlukan bangunan yang bernilai ratusan juta ringgit. Kita perlukan sesuatu projek yang mana kita juga boleh bekerja, menyumbang bakti, mengutip hasil bersama untuk jangkamasa yang lama.

Apa guna projek ratusan juta ringgit apabila kontraknya diberi kepada kontraktor lua terengganu? Berapa kerat manusia yang dapat faedah? Kontraktor dapat 10% untung, pas tu pekerja yang di ambil adalah Mat Indon..manakala supplier pula adalah tokeh2 Cina. Apa yang org kampung di Terengganu dapat bila bangunan siap? Meleleh je air liur.

Sebab tu kalau tak faham isu , jangan datang berkempen. Silap saya adalah terlambat pulang ke kampung untuk memperjelaskan isu pembaziran wang royalti. Kalau tak, i'm sure PAS will win with much larger majority. Hidup Terengganu!!

Anonymous said...

Ken44,
Saya pun percaya jika sdr pulang awal sdr akan membantu memenangkan PAS lebih besar. Saya juga percaya semua pengundi2 PAS dari kalangan terpelajar. SEMUA SEKALI.Tahniah PAS.

ABC

Anonymous said...

Sdr ababina328,
Tanpa prejudis. Spt dimaklumkan bahawa tanpa sengaja saya ter'delate' komen sdr, namun saya berupaya mendapatkannya semua. Berikut saya siarkan. Harap maaf.

Anonymous said...

4 comments:

ababina 328 said...
Saya tertarik untuk mengulas isu diatas,
sebenarnya masaalah UMNO ini saling tak tumpah seperti kisah seorg ayah dengan anaknya sekarang,
Ayahnya dahulu bersungguh-sungguh belajar kerana menyedari dirinya miskin, tetapi sianak sekarang malas belajar kerana tahu ayahnya banyak wang dan mampu membelikan pelbagai kehendaknya....
Jadi buat apa belajar pening2 jika apa juga yg hendak dapat ?

Begitu juga ahli2 PAS, mereka tahu PAS tiada duit, sebab itu mereka sanggup tidur dimasjid dan surau.
Tetapi ahli UMNO tahu, pemimpin mereka banyak duit, jadi mereka tak akan memperbodohkan diri untuk menyenangkan kerja orang lain....
Itulah hakikatnya yang terpaksa ditanggung oleh UMNO,
Untuk balik kepada cara asal,seperti ditahun 1946, iaitu diawal penubuhan UMNO. dengan semangat yg kental, adalah tidak munkin lagi ...
Kecuali UMNO perlu kalah semula dan menjadi miskin. barulah ahli akan sedar dan akan berkorban semula... ok..
January 19, 2009 5:56 PM


ababina 328 said...
Sdr. azamwild,
sebenarnya tentang kebimbangan sdr "Cuma saya sesekali terfikir apakah parti lain mampu manggalas perjuangan melayu yang telah UMNO bawa selama ini."
Saya memberi contoh ibaratkan seperti kereta Proton saga semasa baru-baru keluar dahulu, semua org kurang yakin, tetapi lama kelamaan, terbukti ianya baik.
Lagi pun itulah sebabnya saya menyokong penuh reformasi terhadap SPR dll yg Pak Lah buat,(baca di blog saya Jasa pak lah )sebabnya dng SPR dll bersih, maka mudahlah rakyat menilai dan membuat pilihan, sama ada mahu mengekalkan kerajaan yg sdg memerintah atau sebaliknya.
Kalau Pakatan Rakyat gagal memerintah dng baik,
tumbangkan sahajalah.
Dimasa itu UMNO dah pulih dari sakitnya, sebab segala syaitan dan pelesit yg menghisap darahnya dah cabut, sebab darah dah habis.
Syaitan dan pelesit diketika itu sibuk mengerumuni Pakatan Rakyat pula........menghisap darah Pakatan Rakyat pula.
Itu adat dunia, semut dengan gula..nak buat mcm mana .
January 19, 2009 9:34 PM

Anonymous said...
Ahli UMNO

Sdr ababina,
kata sdr: Kalau Pakatan Rakyat gagal memerintah dng baik,tumbangkan sahajalah.
kata saya: Apakah semudah itu mengubah kerajaan hanya dengan kata ubah maka akan berubahlah kerajaan. Kalau hanya kita berdua yang mengundi ianya mungkin, tetapi ini libatkan 25 juta orang. Apa semuanya akan seperti apa yang kita fikirkan?
Saya pula takut jika saat kita ingin mengubah lagi kerajaan maka kita terpaksa menunggu sehinga hayat kita berakhir.

WARIS PAHANG said...

Kuatkan Semangat Teruskan Perjuangan, Jangan Putus Asa.

Dan said...

masalah umno bukan masalah sikap. MASALAH UMNO ADALAH SEBAB TOLAK ISLAM, AMBIL SEPARUH BUANG SEPARUH. TOLAK HUKUM ALLAH. itu sahaja masalah umno. kalau ahli dididik dgn akhlak perjuangan ISLAM, saya percaya ahli umno lebih hebat bekerja dari PR.

Anonymous said...

Bagi aku lah...UMNO nih dah tahap rosak teruk dari pimpinannyer hinggalah ke ahli2 nye...Shame On Umno...Ade ke pikat pengundi pakai duit, pakai janji2 manis, cm tahun dulu2...cuma yg skrg nih nasib baiklah aku x nampak kain pelikat ngan rm50 tuk pancing pengundi tuk pilihanraya kali nih.Siyess...Pimpinan UMNO nih semuanya BEBAL la...itu belum masuk pengundi hantu...bodoh la UMNO nih.style lapuk...

Permatang pauh nyer signal pon pemimpin UMNO masih tak sedar2 lagi.Buta kayu ke buta hati korg nih (tuk UMNO)

Buatla cmaner pon, reform balik ke, lobi duit ke, tukar sikap ke atau hape ke...UMNO ni dah x leh nak diubat melainkan UMNO nih dibubarkan atau ditalkinkan ke dalam KUBUR hahaha!!!

Buat penulis blog nih.Aku x baca pon tulisan ko nih.

KUBURKAN UMNO JOM!!!

Anonymous said...

Kepada Anon diatas,
Terima kasih kerana tidak membaca pon laman bolg ini. Saya pun tidak membaca pon komen saudara. Rasanya faham apa yang tersirat. Mintak-mintak datanglah lagi ke blog ini walaupun tidak mambaca pon blog ini.

Anonymous said...

aduyai..knp semer jntera umno dgrakn still takleh mnang..pelik..knpa jutaan ringgit dilaburkn tapi tak mnang juga..nape media digunakan serakusnya tapi tak menang jugak..pelik...mgkin org dah pndai skit..apa diberi amik jer..aper yg dipaparkan media..cam citer drama..tipu tambah olokan..org dah muak ...dulu bolehlah kata depa ni tau agama jer memrintah tak pandai..la nie..saper yg memrintah..mnusia berubah..maybe org lama susah sket..tp golongan muda cm kami..30 tahun kebwah..ada pelajarn tggi.. ke rendah ker..mekanik moto ker..jurutera koprat ker..we want change...cuma org melayu ni lmbt sket nk brubah brbnding gologan muda kaum laen..

Anonymous said...

taik kucing umno jerantut

Anonymous said...

Anon diatas ni,
macam sakit hati atau sakit jiwa, jika tidak suka tulisan disini sdr tak perlu masuk kesini. rupanya masih ada manusia spesis begini dalam dunia ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN