Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, January 28, 2009

UMNO harus SEGERA berubah untuk henti penyokong UMNO berubah arah!



Bahtera UMNO yang dilayarkan, andai karam dan tenggelam - siapakah yang akan disalahkan? Benar, mungkin kerana jurumudi yang gagal memandu arah bahtera atau kelasi yang gagal menaikan layar ketika bayu berpuput atau mungkin kerana jurumudi dan kelasi yang gagal menuruti perintah nakhoda. Walau apa pun, kesalahannya tetap kepada nakhoda kerana bahtera dan semua anak kapalnya adalah dibawah perintahnya.

UMNO, selepas pilihanraya umum ke-12 lalu menyaksikan bahawa ianya telah ditolak oleh rakyat. Biar apa alasan sekalipun, yang harus bertanggung-jawab adalah presiden UMNO. Ramai berpendapat bahawa kegagalan presiden UMNO yang juga Perdana Menteri memimpin UMNO dan kegagalan membawa kemajuan kepada ekonomi negara adalah punca utama rakyat menolak UMNO/BN disamping penyelewengan yang banyak berlaku dalam zaman pentadbiran beliau.

Kedegilan beliau mengakui bahawa segala apa yang berlaku adalah berpunca dan tanggungjawabnya membuatkan rakyat memberikan satu lagi isyarat dalam PRK P044 dimana sekali lagi UMNO/BN dimalukan oleh PKR. Apabila pucuk pimpinan UMNO masih berdalih dan enggan mengakuinya maka rakyat memberikan lagi satu isyarat pada PRK P036 yang baru lalu dimana PAS telah memalukan UMNO dengan merampas kerusi Parlimen yang milik UMNO sebelum ini. Dan apakah lagi selepas ini yang mahu pucuk pimpinan terima sebagai tanda protes rakyat yang akan membuatkan pucuk pimpinan menerima dan mengakui hakikat bahawa rakyat telah menolak beliau.

Tulisan dari sebuah blog yang mempunyai ramai pembaca membuat sindiran dengan menyarankan kepada semua ahli parlimen BN/UMNO supaya menjaga kesihatan agar tidak ada ahli-ahli parlimen yang meninggal dunia sebelumPRU13 yang akan menyebabkan diadakan lagi pilihanraya kecil yang mana akan memberikan lagi kekalahan kepada BN/UMNO. Apapun sindiran itu harus diberikan perhatian kerana ramai yang yakin dan mempunyai pendapat yang sama bahawa jika diadakan pilihanraya kecil, maka BN/UMNO akan menerima kekalahan sebagai tanda penolakan rakyat terus-terusan kepada kerajaan BN/UMNO dan pucuk pimpinannya.

Terbaharu, seorang ADUN UMNO dilaporkan telah bertindak keluar parti dan menyertai PKR di Perak. Berbagai alasan diberikan berkenaan ketidaksetiaan ADUN berkenaan terhadap UMNO. Apapun soal pokoknya adalah ADUN berkenaan meninggalkan UMNO dan menyertai parti pembangkang. Diberitakan juga bahawa selepas ini ianya akan diikuti oleh beberapa orang lagi ADUN dinegeri berkenaan akan mengambil tindakan yang sama. Seperti yang dikatakan tadi, mereka meninggaklan UMNO dan menyertai parti pembangkang.

Yang nyatanya adalah UMNO semakin hari semakin lemah, semakin hari semakin parah. Ibarat barah, penyakit ini akan merebah dan akhirnya UMNO akan berkubur dan tinggal nama sahaja. Kita tidak boleh menunggu sehingga bulan mac lagi kerana musuh UMNO tidak menetapkan tarikh pada bulan mac untuk menghapuskan UMNO. Musuh UMNO ingin menguburkan UMNO serta merta dan secepat mungkin. Jika kita masih menanti hingga bulan mac untuk membuat perubahan maka kita akan menjadi semakin lemah apabila tiba saat itu.

Pemimpin-pemimpin UMNO jangan lagi bermimpi. Jangan lagi ego. Jangan lagi sombong. Jangan lagi mencari alasan untuk mengelak dan menegakkan benang basah. Jangan lagi berfikir mereka masih ada peluang untuk melakukan penyelewangan merompak harta rakyat. Jangan lagi hanya mementingkan kroni masng-masing. Mereka semua harus bertekad untuk melakukan sesuatu dengan ikhlas yang sebenar-benarnya untuk survival parti. Luka hati rakyat terlalu dalam dan tersangat sukar untuk sembuh. Akan terlalu banyak masa diperlukan untuk mengubati luka itu. Adakah pemimpin-pemimpin kita benar-benar sedar?

PRK P036 sebagai contoh, apakah pemimpin-pemimpin UMNO benar-benar jujur berjuang demi UMNO? Siapa yang dapat katakan bahawa semua pemimpin tertinggi parti yang datang ke Kuala Terengganu benar-benar ikhlas dan berkempen untuk kemenangan UMNO? Siapa yang dapat nafikan bahawa tiada berlakunya 'cah keting' dalam PRK P036 dahulu? Jadi, apakah pemimpin-pemimpin UMNO benar-benar sayangkan UMNO? Jika pemimpin-pemimpin UMNO sudah tidak sayangkan UMNO, apakah patut kita ahli-ahli biasa diperingkat cawangan ini masih lagi boleh menaruh harapan kepada UMNO?

UMNO harus segera berubah kerana penyokong-penyokong UMNO sedang berubah arah! Pemimpin korup, pentingkan diri sendiri dan kroni mesti berundur atau disingkirkan. Ramai berpendapat ini tsunami politik yang melanda UMNO/BN, tetapi saya suka memberikan gambaran lebih buruk bahawa apa yang berlaku adalah revolusi minda politik Malaysia sedang berlaku dan ianya akan menghancurkan BN/UMNO - lambat atau cepat. Apakah kita ada statistik berapa cawangan UMNO yang telah terkubur atau kekurangan ahli dan berapa cawangan parti pembangkang ditubuhkan dalam masa sebulan, setahun? Jika kita ada statistik ini saya rasa kita akan diserang sakit jantung kerana terkejut.

6 comments:

Apache said...

Benar...Pak Lah kena meninggalkan UMNO untuk kebaikan sebelum UMNO sendiri meninggal dunia..Pemimpin purba lain juga harus mengundurkan diri undtuk memberi ruang kepada generasi baru mengemudikan UMNO dengan aspirasi baru... Dato' Seri Najib harus diberi ruang dari sekarang untuk melaksanakan reformasi UMNO / BN yang kian parah ketika ini....

Anonymous said...

HANG JANGAN BERANI DALAM KELAMBU JER. HANG KENA TEGUR YANG TAK BETUL. HANG KENA BAGI TAU DALAM UMNO ADA RASUAH. BUKAN MACAM HANG CAKAP TU ' POLITIK WANG '. KENAPA DALAM UMNO ADA ISTILAH POLITIK WANG TAPI TAKDE ISTILAH RASUAH. NI HANG KENA REFORM. HANG ORANG MUDA. AKU YAKIN PADA HANG.

TOK PENGULU

Anonymous said...

BERSATU ~ BERSETIA ~ BERKHIDMAT

' HIDUP MELAYU '

NI SLOGAN YANG AKU COPY PASTE DARI BLOG HANG. APA HANG INGAT MELAYU SAJA KA YANG NAK HIDUP. HANG SEBAGAI PEMIMPIN TAK BOLEH DISKRIMINASI HALA TUJU PIMPINAN HANG IKUT BANGSA. HANG KENA BERKHIDMAT UNTUK SEMUA. BUANG SLOGAN TU!

TOK PENGULU

spu-blogger said...

Tok Pengulu,
Terima kasih kerana datang dan tinggalkan komenb. Pasal slogan itu, itu bukan slogan saya danj bukan slogan blog saya. Itu slogan UMNO yang saya letakkan diblog saya. Salahkanlah UMNO jika tidak suka slogan itu atau tak payahlah pandang slogan itu bila melawat laman blog ini. Tahukan Tok Pengulu bahawa bangsa lain pun ada slogan yang sama seperti ini? Jadi saya rasa apa bangsapun bebas menggunakan apa-apa slogan bercorak kebangsaan. Yang tak nak pakai slogan begini tak perlu pakai tetapi janganlah salahkan orang lain kerana memakai slogan begini. Terima kasih.

Anonymous said...

YANG PENTING ADUN UMNO TU MESTI BERUBAH KEPADA PAKATAN RAKYAT. KASI AJAR CKIT ITU DOLAH BADAWI. KASI LIGHTNING CKIT SAMA ITU NAJIB. NAJIB PERLU DIHADAPKAN KEMAHKAMAH UNTUK MEMBERSIHKAN NAMA DIA DARI SKANDAL RASUAH DAN PEMBUNUHAN. BIAR PAHIT DITELAN ASAL KEBENARAN MENJELMA. AKU HARAP CIK NOR SOKONG PANDANGAN TOK NI.


TOK PENGULU

spu-blogger said...

Tok Pengulu,
Baik - jika adun umno berubah kepada pkr tok pengulu rasa betul, tetapi apa kata jika ada adun pkr berubah kepada umno? apakah salah?

Kebenaran itu dan kekuasaan bukan pada telunjuk Tok Pengulu bahkan sesiapa pun, jadi kita biarkanlah sesiapapun memilih kebenaran mereka sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN