Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, June 7, 2008


APA SUDAH JADI DAN APA AKAN JADI NANTI?

Akhirnya kita terkejut beruk apabila tiba-tiba harga minyak dinaikan semalam. Semua petrol pam di bandar Jerantut diserbu oleh pemandu-pemandu yang ingin mendapat minyak murah pada saat-saat akhir sebelum jam 12 malam. Ada antaranya taukeh-taukeh yang datang dengan membawa tong 45 liter biarpun di tegur oleh pengusaha pam berkenaan namun mereka tetap berkeras untuk mendapatkan minyak tersebut.

Berikutan kenaikan harga tersebut kita rasa tertipu dengan pengumuman kerajaan bahawa harga minyak akan dinaikan pada ogos akan depan. Ini mengigatkan kita kembali kepada malam sebelum kabinet dibubarkan dimana PM manyatakan parlimen tak akan dibubarkan lagi, tetapi tup-tup keesokkannya parlimen dibubarkan untuk PRU12.

Jadi tak heranlah kalau dikatakan bahawa Pak Lah adalah PM penipu. Kalau masih ingat lagi apabila beliau ditanya mengenai perniagaan anak-menantu jawapan pertama beliau adalah beliau tak tahu dan tak terlibat tetapi kemudian akhirnya menyatakan bahawa adalah hak anak-menantu beliau untuk terlibat dalam perniagaan dan itu padanya bukanlah menjadi suatu kesalahan.

Soalnya, bagaimana kita nak percaya setelah penipuan demi penipuan dilakukan? Telah terlalu banyak penipuan yang Pak Lah lakukan selama ini sehingga kita hilang kepercayaan kepadanya samaada sebagai PM atau Presiden UMNO.

Suara yang meinginkan peralihan kuasa seperti yang disampaikan oleh UMNO Johor nampaknya dipandang sepi oleh PM. Kita hairan kerana pada suatu ketika beliau menyatakan yang beliau faham kehendak akar-umbi tetapi dalam masa yang sama beliau tidak langsung mengambil apa-apa tindakan kearah itu.

Ada spekulasi yang menyatakan bahawa beliau mempunyai agenda tersembunyi dan beliau berkonspirasi dengan Anwar Ibrahim. Sekiranya ini benar, malanglah nasib DS Najib yang akan dijadikan mangsa. Bagaimanapun jika kita perhatikan memang ada keraguan terhadap tindakan PM yang mengekang kuasa TPM dengan mengnyahkan orang-orang TPM. Apa jadi dengan Dato Jamaluddin Jarjis? Prestasi dalam kerajaan dan pencapaian dalam PRU yang lalu sangat memberangsangkan tetapi kenapa beliau tak dilantik dalam kabinet sebaliknya melantik menteri-menteri dikalangan senator-senator?

Terkini, kita menerima maklumat bahawa terdapat suatu kesefahaman diantara DS Najib dan TS Muhyiddin yang akan bersama mencorakkan arah dan halatuju UMNO dalam PAU Disember nanti ini memandangkan keengganan PM untuk melaksanakan peralihan kuasa sepertimana yang beliau janjikan.

Apa yang kita bimbangi adalah sekiranya Pak Lah masih berkeras untuk tidak melepaskan kuasa maka ianya akan membuatkan semakin ramai ahli-ahli UMNO akar-umbi akan merasa kecewa dan keluar dari parti. Kita percaya, walaupun mereka diakar-umbi ini tidak mengambil tindakan keluar dari parti tetapi sebilangan besar darinya yang telah bosan mengambil tindakan untuk tidak aktif dalam UMNO bahkan dalam PRU12 yang lalu menggundi calon parti pembangkang. Peti undi Lata Kasah telah membuktikan bahawa akar-umbi telah menolak kepimpinan beliau. Apakah Pak Lah ingin melihat mereka-mereka ini keluar dari parti secara resmi?

Kita tunggu Perhimpunan Agung UMNO Cawangan yang tidak lama lagi dan menjadikannya sebagai indicator kepada sokongan terhadap UMNO dan kepimpinannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN