Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, June 21, 2008

Persidangan Agung UMNO Cawangan

Persidangan Agung UMNO Cawangan-cawangan akan diadakan tidak lama lagi 17/7 -24/8 dan akan diikuti oleh Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian 9/10 - 9/11 seterusnya Perhimpunan Agung UMNO pada 16/12 -20/12. Samaada kita ahli UMNO atau tidak Perhimpunan Agung UMNO ini tetap penting kerana ini akan menentukan dan mencorakkan arahtuju politik dan pentadbiran negara.

Sepertimana kita sedia maklum bahawa UMNO adalah teras kepada BN dan kerajaan yang ketika ini dilanda pergolakan yang tidak kunjung reda. Krisis kepimpinan dan hilang keyakinan dan kepercayaan kepada pucuk pimpinan dilihat meruap-ruap dimana-mana. Berbagai cara cuba dilakukan bagi menghalang berlakunya tsumani politik didalam UMNO oleh pucuk pimpinan namun masih ada suara-suara yang mahukan peralihan kuasa segera dilaksanakan. Ada juga pihak yang curiga akan ketelusan pucuk pimpinan dalam isu peralihan kuasa ini namun ianya masih dapat dikekang. Dalam pada itu kita juga menanti-nanti apakah yang akan berlaku diperingkat grass root dalam persidangan agungnya nanti. Apakah ada suara-suara yang berani dan jujur menyuarakan pendapat dan hasrat atau suaranya tidak dapat kedengaran kerana sekatan dari peringkat bahagian yang berusaha menjaga kepentingan peribadi.

Walau apapun, sekiranya kita benar-benar jujur dan inginkan berlakunya reformasi didalam UMNO maka perkara-perkara ini harus disuarakan dalam persidangan nanti;
  1. Meminta UMNO Bahagian membawa ketetapan ke Perhimpunan Agung UMNO supaya peralihankuasa dilakukan seberapa.
  2. Menzahirkan rasa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden dalam menangani isu-isu berkaitan parti dan kerajaan samaada berkenaan kestabilan politik mahupun ekonomi.
  3. Membawa usul supaya mengunakan fasal 9.12 perlembagaan untuk dibawa ke bahagian dan PAU bagi melucutkan jawatan Presiden dan ahli-ahli majlis tertinggi yang gagal melakukan sesuatu akibat kemerosotan prestasi dalam PRU12 yang lalu, atau
  4. Mengambil keputusan membubarkan cawangan atau berhenti menjadi ahli sepertimana yang disaran oleh Tun Dr. Mahathir.
Kita akan sama-sama melihat siapa dan cawangan serta bahagian mana yang masih berani bersuara menyatakan kebenaran.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN