
Makluman: 1/2010
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
Sunday, May 9, 2010
BERFIKIR RASIONAL

Saturday, May 8, 2010
BLOG JERANTUT
Friday, May 7, 2010
SALAM UNTUK JERANTUTKU
Thursday, May 6, 2010
KJ DILANTIK MENTERI?

1. Bila sebut KJ akan jadi menteri kabinet, ramai orang akan tertanya-tanya betulkah berita ini. Jika ya, tentu ramai yang tidak akan berpuas hati. Orang tidak boleh lupa kisah ‘Budak Tingkat 4’ di zaman Pak Lah. Benci rakyat kepadanya masih belum luput, jadi jika PM berkira-kira hendak melantik KJ sebagai menteri (kerana ada perjanjian dengan Pak Lah), maka hasrat ini kenalah PM tangguhkan lagi.
Mungkin ada yang merasa harapan KJ semakin cerah kerana sudah ramai kawan-kawannya dibawa masuk, terbaru Ezam yang dilantik sebagai senator. Namun, usaha PM tentu akan terbantut kerana sudah ada isyarat ‘mendeham’ oleh TDM - ulang tayang kisah lalu, kisah Pak Lah buat perundingan dan serah telaga milik kita kepada jiran untuk gugurkan tuntutan terhadap limbang. Akibatnya negara kerugian berjuta USD.
Jadi, mimpi indah KJ untuk menjadi menteri terpakasalah dipadamkan. Lulusan luar negara tetapi lebih banyak menjahanam sebagai ‘punahsihat’ ketika pak mertua mentadbir negara.
2. Jerantut dulu calonkan KJ dengan menolak Mukhriz sebab ada orang naik pakai kabel KJ. Kalau KJ naik jadi menteri orang itu akan naik tocang macam kadok naik junjung. KJ lulusan oxford universiti tapi orang cop dia sebagai oxfart pirate. SPU bukan sekolah tinggi, tingkatan dua pun tak habis jadi nak tau makna kenalah buka kamus. Rupanya oxfart pirate ni maknanya ‘penyamun kentut lembu’.
Jika dia jadi menteri memang bahaya, sebab dia kepala kepada segala penyamun macam cerita P.Ramlee, ‘Ali Baba dengan 40 orang penyamun’. KJ itulah ali baba yang mengalibabakan banyak harta rakyat, dan antara 40 orang penyamun itu orang kata ada di sini. Ini memang bahaya. Patutlah banyak tanah-tanah di kampong-kampong banyak yang kena rampas. Silap-silap anak dara orang pun akan kena kebas. Itupun orang kata dah ada berlaku dulu. PM, tolonglah selamatkan negara kita! Klik sini baca blog braveheart mengenai KJ. Boleh juga baca lagi dengan klik disini.
Sebarang komen, kali ini pun kena pakai pasword KP. KP ni boleh jadi kaki putar, kaki pungkor, ketua penyamun, ketua penyangak…ketua pemuda pun boleh juga. Kalau komen tak pakai password KP, jangan harap komen akan SPU siarkan. Password 'Aband Bu' dan 'Kak Kunci' dah expired, dah monopous, putus haid.
Baca juga blog baru ini: uRang dRrulug