Walau nampak lembut dan 'sotong' namun blogger Milosuam
mampu manarik ramai bilangan pembaca yang pro pembangkang!
Beberapa blog politik Jerantut sudah kembali mengisahkan tentang calon-calon PRU akan datang. Seperti yang selayaknya, blog-blog tertentu akan menyokong dan menpromosikan calon pilihan mereka masing-masing.
Blog WZWH dan Kutukan Dewata tidak henti-henti dan tidak jemu-jemu mangangkat 'bos' mereka. Itu pun memang wajar kerana mereka dibayar sebagai blogger pencacai upahan. Malangnya disamping mereka mengangkat bos mereka, mereka juga berusaha keras untuk mencalarkan imej pesaing terdekat bos mereka. Dalam hal ini, kelihatan Dr. Ahmad Shukri ADUN Pulau Tawar yang jadi mangsa. Lebih malang lagi kerana dia ketiadaan siber tropper yang mampu membantu mempertahankan dirinya.
Kedua-duanya berhajat besar untuk mengisi kekosongan kerusi parlimen apabila Tan Sri Tengku Azlan dengan ikhlasnya mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam PRU kelak. Alasan ini jugalah membuatkan mereka berdua saling bunuh-membunuh antara mereka.
Masih awal untuk SPU membuat analisa mengenai calon-calon PRU13 nanti. Selain itu SPU juga mengharapkan blog-blog politik Jerantut lainnya memberikan pandangan mereka masing-masing terlebih dahulu. Bagaimanapun agak mendukacitakan bila blog tokoh politik sendiri (Cikgu Sofian) lebih berminat terhadap glamer dan kisah-kisah mengenai Fasha Sandra serta gosip-gosip artis selain dari kisah-kisah seks.
Blog Pemikir Politik Jerantut juga tidak seperti namanya kerana nampaknya tidak langsung berusaha untuk memikirkan tentang politik Jerantut bahkan seakan carbon copy kepada blog Laksamana Jebat yang berminat dengan kisah seks serta skandal artis-artis.
Blog WZWH dan Kutukan Dewata masih komited menulis dan memberi pandangan tentang politik namun dirasakan terlalu memihak kepada seseorang sahaja. Manakala blog Urag Drrulug terlalu sarat dengan sindiran yang kadang-kala sukar untuk dimengertikan dan difahami.
Apapun, segalanya itu telah mewarnakan politik Jerantut serta bakal memeriahkan PRU akan datang nanti, cuma kita tertanya-tanya; mampukan mereka sebagai sibertrooper menyokong BN berjuang dan mempertahankan calon BN serta mengalahkan sibertropper pembangkang yang semakin ganas dan menguasai media sosial negara?



