Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA

1. Sempena minggu terakhir dibulan Ramadhan ini SPU dan seluruh kakitangan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua follower, pembaca-pembaca khususnya warga bandar Jerantut.


Tanpa prejudis dan tanpa mengira apa agama, bangsa dan fahaman politik, bersamalah kita menyambut lebaran tahun ini dalam keadaan aman dan makmur serta sihat sejahtera hendaknya.




2. SPU memantau perkembangan blog-blog politik Jerantut yang semakin meningkat jumlahnya ini berikutan permohonan untuk dilinkkan dari blog SPU ini sama ada melalui komen di post atau pun melalui email. ( 2 blog baru telah dilinkkan hari ini)


Dalam perkembangan terbaru, blog SPU kemungkinan sekali lagi akan bertukar milik dengan adanya pihak yang ingin memiliki dan mengendalikan blog ini.  Apabila segalanya dipersetujui, proses mengemaskinikan akan diakukan untuk menjadi sebuah blog yang lebih liberal dan tidak lagi semata-mata memihak kepada UMNO Jerantut sahaja.


Ini berikutan dengan suara yang SPU bawa bukan lagi hanya semata-mata suara orang UMNO atau kepentingan UMNO sahaja, bahkan ianya adalah suara seluruh rakyat Jerantut. Sebagai sebuah blog bebas, selain dari memberi link kepada blog-blog lain di Jerantut, ruangan iklan juga akan diperbanyakkan bagi sumber pendapatan.




3. Selamat Hari Raya dan bersiap sedialah untuk menghadapi PilihanRaya PRU13 tidak lama lagi. Kita percaya Jerantut akan dilanda gelombang besar yang dahsyat jika sekiranya pemimpin tidak memberikan perhatian serius kepada semua pihak yang terlibat.









Saturday, September 4, 2010

BLOG PEMUSNAH POLITIK JERANTUT

Kebelakangan ini kita lihat beberapa blog pembangkang di Jerantut sudah mula bersuara. Baca blog-blog; Parlimen81, AWANGMASERU, N9 Tahan, Pulau Tawar, ansarullah dan lain-lain lagi.

Selama ini kita menyangka mereka berdiam diri tetapi rupanya mereka diam sambil memerahati. Bahkan ada diantaranya sudah mula 'spin' isu yang disuarakan oleh blog-blog mesra UMNO terutamanya blog wzwh yang dengan jelasnya membuka pekung di dada parti UMNO sendiri.

Sebagai seorang AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, perbuatan beliau dilihat sebagai tidak wajar kerana akan merosakkan banyak pihak. Pertama sekali beliau dilihat telah merosakkan bosnya sendiri iaitu YB ADUN Tahan. Selain itu beliau juga memberikan kerosakkan kepada kepimpinan UMNO Bahagian itu sendiri.


Jika sekiranyapun beliau berkehendakkan jawatan lebih tinggi dalam perti atau bahkan ingin menjadi calon dalam PRU13 nanti, bukanlah begini tindakan yang seharusnya beliau lakukan.


Adalah diharapkan wzwh dapat memikirkannya semula dan bahkan berhenti dari berblog kerana ianya akan memberikan 'serius damage' kepada parti serta YB ADUN Tahan yang sedikit sebanyak masih lagi dihormati oleh penyokong-penyokongnya.



Thursday, September 2, 2010

MAMPUKAN UMNO PAHANG MENENTANG MUSUH DI MEDIA SOSIAL?





1. Mengimbau kembali posting di blog Politik Malaysia bertajuk 'Sejauh Manakah Kemampuan Pemimpin dan War Room UMNO' yang antara lain menulis begini;


KUALA LUMPUR, April 13 — Umno today asked its cyber friends to help uplift the image of the party which has come under increasing attack from various quarters, particularly the opposition. Ahli-ahli umno disemua peringkat harus merealisasikan apa yang telah diluahkan dan ditafsirkan didalam perhimpunan yang lalu dengan cara kolektif, komprehensif dan konsistan (3K) tanpa sebarang pengucualian.
Pemimpin UMNO disemua peringkat yang telah kehilangan hala tuju dalam kedudukan dan pendekatan mereka sebagai aspirasi daripada akar umbi dan rakyat harusnya di tolak dan digantikan dengan kadar segera. Pada hemat saya UMNO kini tidak mampu lagi untuk memberikan ruang dan peluang terhadap pemimpin yang tidak dapat menjana aspirasi massa.......

(Sila klik untuk membaca sepenuhnya dan memahami perbincangan seterusnya nanti)


2. Saya juga menemui artikel berkenaan di blog Resmi UMNO Bahahgian sebagai 'copy and paste' (klik sini) sebagai petunjuk bahawa admin. nya menyedari dan mengetahui serta memahami artikel berkenaan.

3. Persoalannya bagaimana UMNO di Bahagian-bahagian lain serta di negeri-negeri lain? Adakah mereka sedar dan faham? Dan Apakah mereka mengambil tindakan?

4. Baca keratan ini: 
Sebagaimana ulasan saya  selepas  cadangan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia  tentang penubuhan bilik perang atau “war room” untuk di wujudkan disemua bahagian yang sedia ada  dan menangkis serangan pembangkang, saya rasa adalah lebih baik pihak UMNO bergabung terus dengan Cytroo yang sedia ada dan berpengalaman didalam pencarian maklumat , mencari kelemahan dan  perlbagai kepakaran serta melatih AJK Pemuda UMNO agar tahu bagaimana untuk mematahkan hujah hujah apabila berhadapan.


Saya berani katakan   60% anggapan bahawa pemuda atau barisan AJK, Wanita, Pemuda  tidak mampu menangkis serangan  isu jika diterjahkan kepada mereka. Ini jelas  apa bila setiap isu –isu yang berkaitan  pada kebiasaannya pihak JASA akan memainkan peranan.


Kenyataannya adalah AJK di peringkat Bahahgian, Wanita, Pemuda dan Puteri dibahagian-bahagian dan serata negeri amnya gagal menangani dan menepis isu dari blog pembangkang.


Kenapa tidak Negeri Pahang khususnya menggunakan khidmat blogger generasi pertama yang telah menulis dan berpengalaman lama dalam hal berkenaan dan mampu menangkis malah menyerang balas musuh bertubi-tubi?


UMB Pahang dan Biro ICTnya harus mengambil langkah proaktif dan menolak sebarang prasangka terhadap blogger generasi pertama Pahang kerana UMB ternyata gagal dalam membentu blogger yang mantap dan blognya mendapat tempat dieringkat nasional, itu pun jika UMNO Pahang masih menyimpan harapan untuk memenangi PRU13 nanti.


Banyak pihak berpendapat majoriti pengundi tidak membaca blog atau lain-lain jaringan media sosial diinternet. Tapi mungkin mereka lupa bahawa hanya dengan seorang yang membacanya tetapi kemudiannya menyebarkan kepada begitu banyak orang dan mereka itu percaya kebenaran setiap isu berkenaan asal sumbernya dari internet.


Kekalahan dalam PRU12 lalu sebahagian besarnya berpunca dari media sosial @ blog dan facebook. Kegagalan kerajaan dan pemimpin kita mentafsir keberkesanan peranan media sosial berkenaan dan pengaruhnya kepada masyarakat. Janganlah kerana ketidakmahiran dan kebodohan pemimpin kita dalam IT membuatkan mereka beranggapan orang lain juga seperti mereka.


Apakah UMB dan Biro ICT Pahang ada membuat kajian tentang berapa banyak blog-blog pembangkang di negeri Pahang ini yang masih aktif serta sedang dibina? Bandingkan dengan blog-blog yang dikuasai oleh kerajaan/UMNO sendiri? Apakah ada juga kajian tentang keberkesanannya 'tentera-tentera' UMB Pahang di facebook dalam menentang hujah-hujah 'musuh'?


Yang saya lihat UMB Pahang hanya berkomunikasi sesama mereka sendiri sedangkan 'musuh' menerjah lawannya dan cuba mempengaruhi fikiran mereka. Siapa yang akan menang jika hanya bertahan? Dan lebih buruk adalah apabila pemimpin sendiri men'delate' seseorang sahabat hanya kerana mereka itu mempertikai dan menentang pendapat mereka dalam hujah.


Apakah kegagalan menjawah hujan membuatkan mereka mencantas seseorang bagi mendapat kemenangan mudah? UMNO akan menjadi semakin kecil dan mengecil jika setiap suara yang memberi pendapat dihapuskan. Kita tidak pernah ingin belajar sejarah dari kisah Singapura dilanggar todak.


Saya tahu posting ini jikapun dibaca oleh pemimpin UMNO Pahang, tidak akan ada tindakan diambil kerana egonya mereka. Maaf jika saya katakan semakin lama membiarkan masalah tergantung begitu saja, semakin susah untuk diselesaikan kelak. Susahkah memanggil semua blogger yang ada dalam satu pertemuan bagi mencari satu jalan penyelesaian?


Kita sedar bahawa dalam Pahang hanya seorang sahaja blogger yang diiktiraf oleh kerajaan kerana statusnya sebagai bekas YB. Selain itu kerajaan tidak akan pandang walau dengan sebelah matapun. Bagaimanpun, jangan salahkan sesiapa jika nanti dalam PRU13 ada beberapa parlimen dan DUN yang akan bertukar tangan kepada pembangkang kerana kelalaian pemimpin yang besar hati.

Wednesday, September 1, 2010

UMNO JUARA FITNAH?



Dengan imej Islam serta Ulamak dan Tok Guru, mereka dekati rakyat dan menyebar segala fitnah secara halus. Orang kampong yang miskin harta dunia dan jahil ilmu akan terpengaruh dengan segala macam fithah yang dilemparkan. Tambahan pula mereka dijanjikan syurga diakhirat oleh para pemegang kunci pintu syurga itu.


Mereka taburkan segala macam fitnah terhadap UMNO. Segalam macam keburukan adalah kerana UMNO dan segala macam kebaikan ada pada pihak mereka. Inilah dunia politik, dunia mempengaruhi orang untuk mendapatkan kepercayaan dan undi dalam pilihanraya.


Di Kelantan apabila mereka gagal memberikan rakyat kehidupan dan taraf ekonomi yang baik maka mereka katakan supaya tidak usah dikejar harta dunia kerana akhirat adalah tujuannya. Tapi dalam masa sama para pemimpin mereka mendapat dan berebut-rebut harta dunia. Yang tnggal dalam kejahilan adalah penduduk kampong yang miskin.


Lihat foto diatas, teknik superimpose yang dilakukan oleh puak-puak Pas untuk memburukkan UMNO, dan sudah tentu orang-orang Pas tetap juga akan percayainya. 


Sila baca blog Pejuang Bangsa untuk maklumat lanjut, sini  dan  sini.







u
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN