Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, February 6, 2011

PEKAN JERANTUT SEMAKIN CERIA




Sesekali balik ke Jerantut dan menghabiskan waktu malam dengan bersiar-siar di pekan yang dulunya mati kini sungguh membangkitkan semangat. Telah banyak perubahan yang berlaku di Jerantut semenjak kedatangan Setiausaha Majlis yang baru.

Selain dari perubahan terhadap kecerian dalam pekan ini sendiri, terkini telah diujudkan 'up town' dengan menyedia lorong dan kawasan tertentu memperindahkannya dengan pencahayaan yang menarik dan memberi peluang berniaga kepada mereka yang berminat sudah mengubah wajah pekan Jerantut yang dulunya mati.

Biarpun mungkin ada yang berkata akan lebih ramai yang berniaga dari yang membeli nanti, namun ini satu perkembangan yang sihat. Dalam keadaan ekonomi yang menekan sekarang ini, membuka peluang perniagaan kecil-kecilan kepada pihak yang berminat adalah satu usaha yang sangat baik dan patut diberikan pujian.

Kita ucapkan terima kasih dan syabas kepada SU MDJ, Pn. Wan Norizan (saudara saya) atas daya usahanya mengubah Jerantut. Mungkin kita tertanya-tanya kenapa ini tidak dilakukan oleh SU terdahulu? Jawapan utamanya adalah kerana fikirannya yang beku mungkin akibat terlalu lama disesuatu tempat. Selain itu pengaruh orang terapatnya yag ada kepentingan tersendiri.

Selain itu, ahli jawatankuasa MDJ yang sudah terlalu lama patutlah digugurkan kerana mereka sudah tidak dapat lagi memberikan sumbangan bahkan dalam keadaan tertentu mereka menjadi 'tangunggan' kepada majlis. Gantikan dengan yang baru dan bersemangat untuk berkerja dan yang ada idea-idea baru.

Lawatan-lawatan yang dulunya membawa mereka ke luar negara hanya menghabiskan belanja sahaja kerana mereka bukan ada keinginan untuk membawa kemajuan dari tempat lain untuk dilaksanakan di sini, sekadar untuk jalan-jalan cari makan dan shooping.

Kepada SU MDJ, kami warga Jerantut akan selalu memantau apa yang puan lakukan. Berkhidmatlah dengan bersunbgguh-sungguh untuk memajukan Jerantut, tentu nanti jasamu akan dikenang selamanya.

Bagaimanapun usahanya untuk membersihkan bandar Jerantut saya pandang sebagai masih gagal. Kawasan tapak pekan sahari masih atau sudah kembali seperti dahulu. Kita faham bahawa ini adalah kerana sikap penduduk Jerantut ini sendiri serta para peniaga yang berkenaan. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu dilaksanakan dengan lebih cekap.

Satu perkara yang penduduk Jerantut terlepas pandang selama ini, iaiitu tong sampah bagi premis-premis perniagaan. Jika kita lihat disepanjang bandar dan di setiap premis perniagaan, tidak ada yang memiliki tong sampah untuk penduduk membuangkan sampah mereka, justru jangan salahkan penduduk kerana sikap pengotor mereka membuang sampah merata-rata kerana ini berpunca juga dari kemudahan yang tidak kita sediakan.

Saya cadangkan letakkan tong sampah bergerak dalam jarak sekitar 200 meter di kaki lima bandar bagi kemudahan awam. Tentu bukan terlalu susah bagi MDJ untuk melakukannya. Mungkin kita tertenya-tanya kenapa idea semudah ini tidak datang dari ajk yang ada sekarang ini? Jawapannya adalah kerana mererka sudah membeku akibat terlalu lama bahkan ada yang sudah 'berkulat' dikerusi masing-masing.













4 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
p81 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Jeepers Creepers said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN