Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, February 13, 2011

TAKZIAH ADUN KERDAU, CERAMAH PAS JERANTUT

Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim


1. Alfatihah!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, diberitakan telah meninggal dunia petang tadi akibat terjatuh didalam bilik air di rumah beliau kira-kira jam 6.30 petang tadi. Beliau dibawa ke Hospital Temerloh dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Berita mengenainya disahkan oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said. Sebelum ini, allahyarham telah dirawat di IJN kerana sakit jantung. Jenazahnya akan dikebumikan pagi esok.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam takzim buat seluruh keluarga dan kaum kerabat allahyarham.
 
 
 Pas yang perintah Kelantan dah berpuluh tahun tapi rakyat masih ketinggalan,
harapkan opendated tiket ke syurga pun masih belum dapat, hehe


 Bala ni pun dah dapat syurga Nik Aziz agaknya,
kalau tak pun, seperti cikgu Mala yang bawa malapetaka , si Bala ni akan bawa balabencana
 
 
2. SPU dimaklumkan oleh seorang sahabat, semalam Pas telah mengadakan ceramah di Perumahan LKNP Jerantut. Dr. Hamzah Jaafar, YDP Pas Jerantut merangkap Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang dan En. Balasubramanium, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Malaysia hadir menyampaikan ceramah.
Ini semua adalah persediaan bagi menghadapi PRU13 nanti. Antara isu yang dibawakan adalah; Alasan kenapa Subramanium menyokong Pas, tol, elaun guru, gaji kakitangan kerajaan serta hak ketuanan dan keistimewaan orang Melayu.

Ceramah (tanpa permit (?)) ini tidak dihadiri ramai kerana sokongan Pas bukan saja di Jerantut yang semakin menurun bahkan di seluruh negara akibat keyakinan rakyat kepad Pas yang sudah semakin terhakis. Bagaimanapun elok juga adanya ceramah begini kerana jika tidak kita tidak akan dapat peluang bertemu dengan calon Parlimen Jerantut yang mungkin akan bertanding sekali lagi nanti.

Tahniahlah kepada Dr. Hamzah kerana masih ingat dan menemui jalan untuk pulang ke Jerantut, jangan dah dekat pilihanraya baru nak terkial-kial mencari jalan pulang.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN