Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, February 23, 2011

BLOGGER PAHANG ANAK TIRI PRK KERDAU ?


 Blogger pencacai upahan no 1, Bro Gomo RM5K



Hari penaman calon semakin hampir. Jentera politik seluruh bahagian UMNO Pahang sudah mengambil tempat masing-masing dan sudahpun mula bertugas. Jentera UMNO dari luar Pahang dimakumkan akan mengambil tempatnya tidak lama lagi. Semuanya kelihatan sudah siap siaga.

Khabarnya, PRK Kerdau ini, jika ada pertandingan akan menyaksikan pertembungan hangat antara blogger pro kerajaan dan pro pembangkang sebagai kesinambungan dari PRK tenang dulu.

Dikalangan blogger juga hebat diperkatakan mengenai blogger pencancai cari makan yang membuat duit dan berharap akan banyak lagi PRK akan berlaku. Ada PRK bererti ada fulus buat mereka. Ini sebenarnya bukan hanya dikalangan blogger pro kerajaan bahkan berlaku juga pada blogger pro pembangkang.

Blogger Papa Gomo khabarnya mendapat bayaran lumayan sebagai 'taiko blogger pencacai'. Menurut sumber, gomo mendapat sekitar RM5K sebulan. ParpuKari juga sama bahkan tentu lebih lumayan lagi. Mungkin kerana itulah pada blogger pencacai ini sibuk mengejar ranking masing-masing. Tinggi ranking mungkin bererti lebih lumayan pendapatan mereka.

Saya tidak hairan dengan fenomena ini kerana bagi saya blogger juga adalah satu profesyen, dan bergantung kepada berapa baik kita menulis dan berapa tinggi rating kita. 

Sempena PRK Kerdau ini khabarnya ramai blogger luar akan datang dan berkampong di Kerdau. Mereka bolehlah dianggap sebagi tentera upahan yang berjuang untuk UMNO dan Kerajaan. Itu adalah sangat wajar, setiap kerja harus dibayar upah. Malahan jentera UMNO juga menerima upah mereka yang mungkin lebih besar lagi untuk tugas yang sedikit dan sambil main-main.

Dimana para blogger Pahang? Apakah mereka ada diantaranya yang diupah untuk berblog sepanjang PRK ini? Saya CnP dari blog braveheart:  "BH hanya akan memerhati dari jauh kerana sumbangan yang tidak diperlukan, namun akan tetap memberikan sokongan sepenuhnya kepada para sahabat blogger, para pengundi di DUN Kerdau dan terutama sekali kepada sahabat saya, calon bagi DUN Kerdau, Syed Ibrar (nama penggilannya)". Pada fahaman saya adalah beliau juga tidak menyertai kumpulan berkenaan. Justeru, siapakah blogger Pahang yang terlibat? Setahu saya Melayu Raya Daily, Laksamana Jebat dan WZWH kesemuanya dari Jerantut juga tidak dilibatkan.

Apakah Pahang tidak perlu pejuang dari Pahang sendiri? Atau taraf blogger Pahang masih rendah? Melayu Raya Daily dan Laksamana Jebat suatu ketika sudah disenaraikan dalam carta 100 bloglist biarpun akhir-akhir ini jatuh merudum dan ada yang hampir kerkeluar dari senaraian, tetapi mereka masih mampu mambantu jika diberikan peluang. Tak ada rotan akar tentu masih berguna. Soalnya kenapa tidak? Apakah UMNO Pahang masih tertidur dan terlena? Atau memang benar mereka masih lagi buta IT? Atau mereka menunggu sehingga blogger-blogger ini berpaling kearah lain?

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
oRang kAmpong said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN