Salam.
Akhirnya kami memutuskan untuk kembali mengaktifkan blog SPU yang suatu ketika dulu menjadi wadah dan suara orang-orang Jerantut.
Dengan desakan dari orang lama yang memang prihatin serta semangat anak-anak muda yang kental, kami ingin meneruskan kesinambungan apa yang telah dirintis oleh mereka yang terdahulu. Dengan kesedaran bahawa menguasai media sosial akan mampu mempengaruhi dan mengubah serta menentukan arahtuju yang dikehendaki oleh masyarakat.
Blog sebagai sebahagian cabang dari media sosial yang sudah diterima keseluruhan masyarakat bahkan sudah menjadi media rakyat tidak harus dibiarkan tanpa penguasaan dan pengawasan.
Justeru, kini kami kembali sebagai penyambung suara antara rakyat dengan pemimpin. Berikanlah kami pandangan dan sokongan dengan semangat baru untuk membangunkan masyarakat sambil mengangkat martabat bangsa serta agama Islam yang suci murni.
Pihak kami juga menerima artikel / posting dari mana-mana pihak. Sila emailkan ke alamat: spu.blogger@gmail.com. Artikel berkenaan yang akan 'edit' dan apabila disiarkan akan kami catatkan nama pengirimnya. Bagaimanapun segala tulisan itu bukanlah mencerminkan pandangan SPU secara khususnya, melainkan merupakan pendapat dan pandangan peribadi penulisnya sendiri.

No comments:
Post a Comment