Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, February 5, 2010

UMNO JERANTUT - LANGKAH PERTAMA UNTUK BERUBAH

Ketua UMNO Bahagian bersama Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut



Kami mendapat maklumat bahawa ada beberapa program yang dijalankan oleh UMNO bahagian pada hari ini. Antaranya adalah sesi sembang kedai kopi bertempat di Simpang Jengka Lapan. Dimaklumkan bahawa selain dari Ketua Bahagian YBM Dato' Tengku Azlan , Ketua Wanita UMNO Bahagian Puan Norhelan Mahmud juga turut hadir. Dilaporkan juga, ramai penduduk berhampiran hadir pada program berkenaan sambil merebut peluang menceritakan permasalahan yang mereka hadapi.

Pada malam hari, Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Jerantut. Dimaklumkan juga pada esok hari akan diadakan pertemuan diantara UMNO Bahagian Jerantut dengan penjawat awam pentadbir daerah Jerantut bertempat di bangunan Pejabat Daerah.

Tahniah dan syabas kepada UMNO Bahagian yang sedang dalam usaha untuk berubah. Kita juga berharap akan ada perubahan yang berlaku pantas dalam waktu terdekat. Semoga UMNO akan terus kukuh di Jerantut dan negeri Pahang amnya.

Bagimanapun saya masih tertanya-tanya; mana blog UMNO Bahagian Jerantut, mana UMB Bahagian Jerantut? Mana Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jerantut? Apakah mereka ini masih dalam kegelapan? Jangan biarkan kebusukkan UMNO sampai ke ususnya. Jika sesiapa yang merasakan tidak mampu jalankan tugas, sila berundur. Jangan rosakkan UMNO kerana kepentingan mereka ini untuk hanya menyandang jawatan semata-mata.

2 comments:

one one no belen said...

Salam. Dah ada perubahan,oklah tu.Sekarang pemimpin UMNO kena pastikan pulak mana mana pegawai kerajaan yg tidak menjalankan amanah dlm kerja mereka. Tgk kalau mereka lebih kearah pembangkang perlu disingkirkan.kerana mereka inilah yg membuatkan rakyat marahkan UMNO.

Azizan Yaakob said...

Sesuatu yang statik atau jumud bergerak dari bentuk atau posisi asal atau berubah sifat dikatakan perubahan. Ini merupakan fenomena sebagai hukum alam yang tetap akan berlaku.

Manusia Allah swt cipta atas muka bumi ini sebagai makhluk pengubah tiada bandingan untuk mengisi kepuasan yang tiada batasnya. Atas nama tamadun,kemajuan tangan manusia dapat mengubah alam sekitar seperti kepanasan global, banjir dan lain bencana. Bagaimanapun Allah swt menyediakan instrument gempa bumi, gunung berapi, taufan dan lain-lain untuk manusia insafi bahawa ada kuasa hakiki yang lebih mutlak lagi.

Sebagaimana komponen sebuah negara yang merangkumi walayah, kerajaan, rakyat dan kedaulatannya, hubungan antara kerajaan dengan rakyat tetap dinamik. Organisasi politik yang membentuk kerajaan pasti berubah kerana rakyat perlukan satu kuasa untuk memelihara kehidupan mereka.

Rakyat merancang perubahan jika pemimpin organisasi memerintah tidak melakukannya.

Perubahan yang berkesan adalah perubahan yang dirancang. Seluruh sumber samada manusia dan benda yang berupa wang atau bukan wang disinergi dan dieksploitasi bagi mencapai set matlamat(gol)yang jelas dan dapat diukur.

mendefinisikan masalah,menyusun strategi dan taktikal dan mengawal dengan kaedah TQM, KPI, NKRA kerana dalam berjuang mencapai matlamat tidak wajar ada penyelewengan atau sedikit tersasar. Saf kepimpinan mesti mengikut kompas politik. Jika ada penyeleweng, rakus, tamak, kaut, kepentingan diri diutamakan penanda aras kompas tersasar. Nila setitik, rosak susu sebelanga atau seekor kerbau bawa lumpur semua terpalit!. Ia harus dicantas cepat jika tidak bocor bumbung, tiris dan semua basah.

Apakah UMNO Jerantut bersedia kearah perubahan demikian?. Nah!..Jika tidak sedemikian pasti saf kepimpinan terpaksa akur dengan perancangan rakyat dalam menjana perubahan. Yang pasti perubahan tetap berlaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN