Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, December 6, 2009

UMNO sudah berubah

UMNO perlukan pemimpin yang tegas dan berani memperjuangkan bangsa dan mempertahankan agama macam yang ni, bukan yang macam tu!




Rujuk tulisan Tun Dr. Mahathir di blog beliau (Klik sini)


Terpanggil untuk memberi respon kepada posting Tun Dr.Mahathir dari blog beliau yang mengulas mengenai UMNO, namun skop yang saya juruskan lebih mengecil yakni kepada negeri Pahang dan bahagian Jerantut.




PRU13 hanya tinggal 2 tahun lebih saja lagi, perubahan yang kita harapkan dari UMNO dalam memperkasakan parti itu masih sangat mengecewakan. Pucuk pimpinan nampaknya semacam masih tidak tahu apa sebenarnya yang patut diubah atau diperbetulkan dalam UMNO.


Di peringkat tertinggi bercakap tentang perubahan dalam UMNO, namun di peringkat perhubungan negeri seakan tidak menyahut seruan itu mungkin kerana sibuk dalam menjaga kedudukan mereka masing-masing untuk penggal seterusnya. Diperingkat bahagian masih tertanya-tanya dah ternanti-nanti manakala diperingkat cawangan masih lena tidur diulit mimpi.


Mungkin nasib akan membantu kita kerana perkembangan mutahkir kini menampakan Pakatan Rakyat menghadapi kemelut yang sangat hebat dan akan melumpuhkan mereka. Gagasan pakatan yang mereka bentuk tanpa kesatuan hati dan matlamat sedang retah dan menunggu belah. Inilah satu-satunya ‘advantage’ kepada UMNO dalam menyaingi pembangkang pada PRU13 nanti kerana semangat mereka nanti tidak lagi sehebat semasa PRU12 lalu.


Sebahagian rakyat juga sudah tidak mempercayai pakatan lagi setelah segala kepercayaan yang diberi dan janji-janji mereka dulu tidak tertunaikan, malahan yang jelas kelihatan adalah tembelang mereka yang hanya mahir berkata-kata namun tidak langsung mampu melakukan sesuatu untuk mengotakan kata-kata mereka itu.


Bagaimanapun UMNO tidak boleh berharap kepada kelemahan lawan tanpa adanya kekuatan sendiri untuk memenangi hati rakyat dan seterusnya memenangi pilihanraya kelak. Kerana itu, walau apapun, UMNO mesti berubah dan diremajakan supaya ianya tetap ‘relaven’ dan mampu menarik golongan muda untuk menyertainya.


Yang terpenting sekali adalah sikap ahli-ahli UMNO dicawangan dan bahagian haruslah berubah lebih positif. Sedia menerima kemasukan ahli-ahli baru sebanyak mungkin, jangan ada sebarang sekatan dan diskriminasi untuk menjadi ahli, jangan takut pada persaingan dalam merebut jawatan dalam parti, dan mesti mengakui hakikat bahawa yang terbaik harus dipilih.


Masalah utama dalam UMNO sekarang adalah sikap ego pemimpin-pemimpin mereka, di semua peringkat. Saya ulangi, DISEMUA PERINGKAT. Mereka sentiasa merasakan bahawa merekalah yang paling pandai, yang paling pintar, yang selalu betul dalam segala hal. Maka mereka tidak pernah ingin mendengar atau menerima pendapat orang lain sehingga akhirnya mereka tetap tinggal dalam kebodohan mereka sendiri.


Ketika peringkat tertinggi UMNO mengiktiraf media baru sebagai media yang turut menyumbangkan kepada kekalahan BN dalam PRU12 lalu, namun di peringkat perhubungan negeri dan bahagian masih belum melakukan apa-apa. Apakah mereka fikir mereka akan cukup masa untuk mengejar si arnab yang telah berlari meninggalkan mereka dengan masa yang hanya tinggal 2 tahun lagi?


Persoalnya adalah, pemimpin UMNO semuanya tidak peka malahan pekak dan tidak mahu mendengar hatta saranan yang di perkatakan oleh bekas PM sekalipun. Jadi, bagaimana untuk mengubahkan UMNO ini? atau biarkan saja UMNO rebah dan kita bina semula kekuatan Melayu diatas satu entiti yang lain yang baru?


Bermula semalam, selama 3 hari (?) di Kuantan, diadakan satu kursus komputer kepada ketua-ketua wanita UMNO bahagian-bahagian. Lusa, semua ketua-ketua wanita bahagian akan mahir dengan komputer, tulat, mereka telah mahir dengan internet sama ada dengan ‘potong’ atau tak potong, tubin, mereka sudah mahir berblog dan sudah mampu menangkis tohmahan blog lawan. UMNO sudah tidak memerlukan blogger-blogger lain lagi sekarang ini dan UMNO akan menang besar dalam PRU13 nanti tanpa bantuan sesiapa.


Jadi UMNO di bahagian dan cawangan-cawangan tidak lagi perlu bimbang dan berkerja keras kerana kemenangan sudah dalam tangan dan pasti. Kursus Blogger yang di anjurkan oleh UMNO Pahang akhir bulan oktober lalu bersama Unit Media Baru Pemuda UMNO juga sudah memberikan hasil yang lebih dari memuaskan. Sudah beratus malahan beribu-ribu blog UMNO telah ujud selepas kursus itu. Apa lagi perlu kita bimbangkan? Marilah kita tidur lena dan bangun pada tahun 2013 nanti.



UMNO dah berubah? - huhu!


8 comments:

ababina 328 said...

Tahniah, berkata benarlah walau pun pahit...
Yang pahit itu ubat, tetapi yang manis itu penyakit.......pilihlah sendiri kawan..........

Anonymous said...

Buat apa nak kuatkan UMNO. Nak kuatkan Rasuah ke? Nak Kuatkan Rosmah ke?

Salim

LBJ said...

Brader, mana ada UMNO lagi. Orang duk pandang lain you masih terkedek-kedek dengan UMNO.

Brader tak rasa malu ke? Orang sudah tak nak UMNO brader masih lagi mimpi disiang hari!

Dah lah! kita berbicara perkara lain pulaklah. Lupakan UMNO.

UMNO sudah uzur. Pemimpin2nya rasuah, sombong, tak malu dan tak punya perjuangan.

LBJ

mrcharm said...

Brader LBJ, Hang jd mcm sekarang atas perjuangan sapa kalau bukn UMNO. Ingat lar jgn jd mcm beruk dpt bunga yg tau mengerti untuk berterima kasih dan menilai budi org. Allah pun murka pada makhluk yg tak reti berterima kasih dan tau nk minta jer!.
Buka mata dan lihat dgn sejelas-jelasnya, apa dah jd pada Melayu kat Selangor bila Melayu PKR Dan PAS bersekongkol untuk mentadbir negeri, apa jadi dengan pembahagian peruntukan untuk Agala Islam, Persatuan Cina dan Indai diasamaratakan adilkah? dengan jumlah yg sedemikian, Jangan butakan mata lar.
Ingat BUMI yang dipijak ni adalah turun-temurun dari perjuangan bangsa Melayu, bukan cina & india, mereka menumpang dan mendapat laba yang hebat, dan demi kesantukan org Melayu mereka diterima masuk sebagai rakyat, tapi mereka tak sedar diri.
Orang Melayu yang dungu seperti ANDA adalah petualang bangsa yg mcm cibai, tak tahu nak berjiwa Melayu dan Islam(sbb Melayu di Malaysia adalah Islam)sbb Melayu saja yg perjuangkan Islam di Malaysia dan sedikit jumlah mualaf.
Kalau hangpa tak reti bahasa dan Dungu itulah yg menjadikan taksub yg membabi buta, dan akhirnya memecahbelahkan kekuatan Melayu dan akhirnya Melayu jadi penumpang dinegeri sendiri mcm dipulau pining sekarang, kau yg bodoh dungu ni mungkin setuju kot.
Berubahlah sebelum rebah.
Terima kasih dan maaf membodohkan anda yg memangnya bebal dan erti kata Perjuangan Bangsa Melayu.

LBJ Bodoh said...

LBJ nih bangsat Cina. Memang BODOH

Anonymous said...

LBJ-NI ORG BANSAT CINA -BUKAN ORG KITA-NAK TEST MARKET -BO LAYAN INI LANCOW MA-13MEI MAK/BAPAK DIA BELUM "KONGKET" MA,,,,

rmf said...

Salam ...
UMNO Jerantut, berbangga rasanya dalam masa tiga hari wanita UMNO akan mahir dalam komputer , blog, FB dan sebagainya, dan berbangga juga kerana tidak memerlukan blogger lagi dalam penyebaran maklumat. Akan tetapi kursus tiga hari seumpama baru membaca tajuk jeatas sebuah buku.

Bagaimana kalau kena hack, nuke dan sebagainya.. hehe...adalah lebih baik wanitaumno yang mahir ini bergabung dengan mana mana Forum untuk menyebarkan maklumat dan berdebat bersama menentang pembangkang.. seperti www.mykmu.net, terus terang saya katakan saya kurang yakin dengan kesungguhan dari wanita umno,

maaf kerana pandangan yang agak meperlekehkan.

Anonymous said...

Salam ababina.Sweet word are not sincere and sincere word are not sweet.Harap pemimpin UMNO dpt menerima teguran utk kebaikan bersama.Salah kah kita menegur utk kenaikan? Cuma saya ternampak mmg kenyataan pemimpin UMNO tidak bersedia utk menerima kritikan walaupun kritikan itu utk membina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN