Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, December 10, 2009

Politik Pahang – Siapa layak ganti Adnan?

Tak usah nak menung sangat Dato', MB lain pun turun juga akhirnya
Orang lain nak juga jadi MB Pahang



Beberapa buah blog menulis mengenai MB Pahang dan membuat provokasi dengan menyatakan bahawa beliau bakal dibawa ke pusat sebagai sebahagian dari usaha menyingkirkan beliau dari kerusi empuk MB Pahang.


Antara isu penting yang dimainkan adalah berkenaan belanjawan defisit selama 10 tahun memerintah dan beberapa saman terhadap kerajaan oleh beberapa syarikat sama ada yang terlibat dengan pemberian kawasan pembalakan dan yang terlibat dengan projek perladangan hutan di negeri Pahang.


Di sebut juga tentang pembunuhan karektor beberapa ADUN yang dilihat mampu mencabarnya selama ini dan antaranya adalah Dato’ Shahruddin Moin yang mana kerier politiknya telah hancur musnah bersama impian dan harapanya untuk menjadi MB yang hancur dan berkecai. Kasihan saya pada Dato’ Shahruddin ni. Tetapi saya juga kasihan kepada saudara saya, Zamri Amin (bekas ketua UMNO Cawangan Kuala Tahan) yang terlalu banyak berharap untuk bergantung kapada Dato’ Shahruddin sedangkan semasa berkuasanya dia langsung tidak berusaha untuk membantu Zamri mendapatkan lesen yang dipohonnya.


Berikut laporan kelemahan pengurusan dan permasalahan saman oleh syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan terhadap kerajaan Pahang di blog-blog berkenaan, membuatkan reputasi DS Adnan tercalar. Tambahan pula Pas Pahang telah menjadikan isu itu sebagai modal politik bagi menjayakan visi menawan Pahang di PRU13 nanti. Maka terpaksalah Dato’ Samsuddin Nawawi sebagai Tok Gending berhempas pulas (
berpera-pera) menjawab isu berkenaan dan mempertahankan bos nya di blog ‘Small Talk’ nya. Kemana agaknya blogger-blogger UMNO yang Dato’ Sam hantarkan berkursus dulu? Masih belum matang lagikah? Atau mereka itu hanya mampu jadi pesilat pulut? Hehe. Blogger-blogger jasa yang sudah kecewa pun turut membisu agaknya. Akhirnya tinggallah Tok Gending dengan’Big Talk @ Mouth’ nya. Mudah-mudahan Tok Gending ini akan menjadi contoh pemimpin yang berjaya walau tanpa pengikut. Mudah-mudahanlah – huhu!


Didalam laman-laman blog yang membicarakan soal DS Adnan itu, beberapa nama telah disebut dan antaranya adalah Dato’ Sharkar Shamsuddin. Walaupun ramai pihak yang melihat ianya sebagai calon yang paling berkelayakan, namun saya juga melihat ini sebagai provokasi bagi memulakan operasi memancung. Siapa yang melatah akan terjerat, berhati-hatilah.


Memang banyak juga pihak yang mengharapkan DS Adnan meninggalkan kerusi MB Pahang, sama ada akan ke persekutuan atau pun disingkirkan begitu saja bukanlah persoalan utama, yang penting adalah beliau sudah terlalu lama dan pentadbirannya sudah kelihatan kurang berkesan dan beliau harus digantikan.


Jika DS Adnan pergi, soal siapa penggantinya bukanlah terlalu sukar untuk didapatkan kerana Pahang masih mempunyai ramai pemimpin pengganti yang berkalibar. Selain Dato’ Sharkar Shamsuddin yang disebut-sebutkan itu, beberapa nama lain juga perlu diberikan perhatian antaranya adalah Dato’ Soffi, Dato’ Ishak, Dato’Tan Aminuddin serta Dato’ Wan Adnan. Mereka adalah antara barisan exco yang telah berpengalaman dan mampu mentadbir negeri dengan cekap nanti.


Selain itu, dalam satu laman blog turut juga menyebut nama Dato' Shafik Fauzan, namun pemimpin muda dari Jerantut ini jangan diperkecilkan. Dato’Wan Amizan Razak adalah calon dari pemuda yang patut diberikan perhatian. Hubungan baiknya dengan pusat akan menjadi taruhan. Hubungannya akrabnya dengan Ketua Pemuda UMNO juga akan mencerahkan lagi masa depan politik beliau. Sudah tentulah orang-orang Jerantut akan berbangga jika Dato’ Wan Amizan dilantik sebagi MB Pahang selepas ini. Kita juga percaya, selain orang-orang Jerantut, Pemuda UMNO Malaysia juga akan memberikan sokongan sepenuhnya.


Kata seorang kawan, pejabat Dato' Wan Amizan sering sibuk dengan staf yang mengendalikan komputer. Maklumlah, wawasan perjuangan media baru. Tapi kalau setakat main poker face saja, tidak lah akan membantu karier politik Dato' nanti. Mana blogger Pemuda UMNO Jerantut? Kena kejutkan mereka, jangan tidur lama-lama PRU13 dah hampir.


Ketua penerangan UMNO Bahagian tu pun kenalah bangun dari mimpi dan kalau rasa tak boleh menari, turunlah dari pentas. Ketua Penerangan harus membawa terang atau diri sendiri mesti dalam terang, kalau masih dalam gelap gelita, tak usah jadi ketua penerangan dan jadilah ketua penggelapan - hehe



2 comments:

ababina 328 said...

Perihal DS Adnan boleh bertahan selama 10 tahun di jawatan MB nya, sedangkan reputasinya tidaklah sebagus mana, adalah banyak bergantung kepada sesanggup mana seseorang MB Pahang itu mengizinkan dirinya di peralatkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai contoh, Kita di Pahang pernah mempunyai seorang MB paling bagus di Malaysia, iaitu jika diukur terhadap jasa dan kesanggupan dirinya menjadi lilin kepada rakyat bawahan, tetapi beliau hanya boleh bertahan selama 3 tahun sahaja.

Orang yang saya maksudkan ialah Allah Yarham Datuk Abdul Rahim Bakar.

Rupanya orang bagus seperti ini tidak boleh bertahan lama, tetapi sebaliknya orang seperti DS Adnan Yaakob boleh pula bertahan selama 10 tahun.....

Begitulah adat berpolitik di Negeri Pahang.............

MANTRA said...

Tok Gending memang sentiasa dengan big talknya... maklumlah hayat dah di hujung tanduk!!!

Tok Gending memang mahir dengan personality assasination... sesiapa yang baru kenal beliau akan terpesona dengan gaya warlordsnya... tapi sesiapa bijak akan dengan mudah terbau langkah serba sumbangnya.

Kejatuhan Tok Nan adalah disebabkan bencinya mereka kepada Tok Gending... lebih sudu dari kuah!!!

Lihat saja bila Tok Gending berFB, memang memalukan... inikah orang harapan MB Pahang???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN