Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, June 13, 2009

UMNO - SIAPAKAH YANG BERUBAH?





Persidangan UMNO Cawangan telah dan sedang berlangsung dan sebahagian besarnya telah selesai mengadakan tanggung-jawab terhadap parti.

Saya tertanya-tanya apakah perubahan yang telah dan sedang UMNO lalui dan alami selama ini sebagai petanda ianya benar-berar sedang berubah?

Setelah ditolak dalam PRU12 yang lalu apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Ketua-ketua UMNO Bahgian dan Cawangan untuk memulihkan parti? Di Cawangan-cawangan pemimpin UMNO masih berfikiran lama dengan mencongak siapakah yang akan menentangnya akan datang? Mereka ini harus dihapuskan dari parti dan cawangan supaya tidak ada persaingan. Siapakah yang besar mulutnya semasa dalam persidangan cawangan? Mereka ini harus ditutup mulutnya agar tidak ada sesiapa yang akan menentang kata ketua lagi. Berubahkah kita?

Parti UMNO semakin mengecil, di cawangan tiada usaha mendaftarkan ahli baru kerana mereka takut kedudukan mereka sebagai ketua dan ajk akan terjejas, maka jadilah UMNO sebuah parti keluarga.

Yang berhasrat menjadi ketua dan ajk di peringkat bahagian dan cawangan..siapakah mereka ini? Apakah mereka ini orang yang bertul-betul berjuang untuk mambangunkan UMNO dan mambantu masyarakat? Jawapannya tidak sama sekali kerana mereka ini adalah dari kalangan yang hanya ingin membolot segala yang boleh mereka dapati untuk kepentingan kaujm kerabat mereka sendiri sahaja. Mereka adalah terdiri dari kalangan para kontraktor-kontraktor kelas F.....

Inilah wajah UMNO yang semakin disisihkan oleh masyarakat. Mereka yang katanya berjuang untuk UMNO sebenarnya hanya berjuang untuk mereka sendiri. Mereka inilah sebenarnya pembunuh UMNO selama ini tanpa disedari.

Ohhh! Akan ada orang yang marahkan saya kerana kenyataan saya ini. Apakah kenyataan ini salah sama sekali atau kenyataan ini menghempap diatas kepala kita sendiri? Jawapannya sudah ada pada kita. Kita tanyakanlah sekali lagi pada diri kita sendiri, tetapi kali ini kita jawablah dengan lebih jujur...

Kepada pihak kerajaan, apakah ahli-ahli UMNO hanya kontraktor kelas F sahaja? Bagaimana kami orang kampong? Jawab jangan tak jawab!

3 comments:

ezymoney said...

inilah mentaliti org UMNO sekarang. Bukan senang nak ubah tu. sebab tu kenalah ajar sikit pemimpin pemimpin yg bansat mcm ni. barulah UMNO akan bersih semula.

spu-blogger said...

Salam,
Terima kasih komen dari sdr. ezymoney. Saya sependapat dgn sdr dalam hal ini. Kita sayangkan UMNO namun apa yang terlihat adalah UMNO cuma sayangkan orang tertentu sahaja, termasuk kontraktor kelas F yang duduk sekeliling pemimpin2 UMNO bahagian dan berusaha merompak harta rakyat. Sistem kroni masih teguh diamalkan dalam UMNO, jadi bagi kita yang tidak bernama dalam UMNO jangan mimpi untuk mendapat apa-apa pertolongan dari UMNO. Saya rasa memang wajar sebilangan pemuda generasi baru memaling kearah lain selain UMNO. Pemimpin UMNO tidak pernah berubah!!

LEBAI TEMBERANG said...

TUHAN IALAH APA YANG KITA CARI, KEJAR, INGAT SIANG MALAM. APABILA DUIT KITA BUT TUHAN MAKA AKIBATNYA TENGOK SENDIRI DAN RASA SENDIRILAH !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN