Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, June 19, 2009

BLOG ITU APA?


Ini gambar hiasan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah mati akalnya.


Kerajaan Negeri Pahang dengan dayausaha Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, telah mengadakan pertemuan dengan para blogger dan bakal-bakal blogger Penyokong Kerajaan Pahang dalam satu program yang dinamakan ’Perjumpaan Pertama Dengan Aktivis-Aktivis Media Baru Pahang – Cabaran Media Baru Menjelang PRU13.’ (Blog Beranikan Hati)

1. Saya juga turut hadir ke pertemuan berkenaan atas pelawaan seseorang. Memang saya dapati perjumpaan itu sungguh meriah dengan kira-kira hampir 200 orang yang hadir. Mukadimah dari Datuk Sharkar ucapan YAB MB Pahang juga sangat menarik walaupun kelihatan bersahaja.

2. Semasa jamuan makan saya terdengar soalan dari seseorang yang memaklumkan bahawa kehadirannya atas kapsiti Penerangan UMNO Bahagian yang bunyinya membuatkan saya hampir tercekik: Blog itu apa?. Saya tertanya-tanya inikah orangnya yang hadir untuk pertemuan blogger dan mewakili penerangan UMNO Bahagian dan yang nantinya akan menerangkan kepada rakyat dalam parlimen yang ia wakili serta menangkis tohmahan parti lawan dengan menggunakan blog sebagai medium? Apakah kita akan berjaya untuk memerangi lawan yang mahir dan lengkap bersenjata sedangkan kita buta kayu dan tidak pun memiliki apa-apa? Memang UMNO sudah berubah....berubah menjadi semakin buta hati..dan bebal..

3. Setibanya saya kerumah, saya terus mencuba mencari blog-blog yang mewakili umno-umno bahagian, tetapi saya masih gagal mendapatkannya. Manakah blog UMNO bahagian-bahagian di negeri Pahang? Ketua Wanita Negeri, Ketua Pemuda Negeri dan Ketua Puteri Negeri bolehkah memberikan jawapannya? Berapa ramaikan ketua-ketua UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri yang meluangkan masanya membaca blog-blog? Mungkin masih ada diantara mereka yang mungkin akan bertanyakan kita; Blog itu apa?

4. Mujurlah UMNO Bahagian Jerantut menghantar wakil-wakilnya yang bijakpandai, cekap dan mahir dalam pengendalian blog, ICT dan kumputer - UMNO telah berubah, hehehe!

13 comments:

sri tribuana said...

Ha Ha Ha
Kalau saudara nak tahu, ada yang langsung menafikan blog tu penting. Dia kata 'personal touch' penting ni komputer-komputer ni mengarut.

YANG GAMBI said...

Kawan cuba juga cari-cari blog UMNO dari Pahang, ada juga yang kawan jumpa, blog Wakil Rakyat kawan jumpa 2, ADUN Bkt Ibam dan Parlimen Lipis, tahniahlah....

Ada juga blog UMNO Cwgn, Puteri Bhg, tapi sepatutnya blog-blog golongan ini perlu memaparkan ketelusan perjuangan UMNO untuk golongan muda.

Kalau dah blog pun tak tahu, nak layari pun malas, patutnya AJK Cawangan selalulah mendampingi masyarakat setempat, jelaskan isu-isu pembangkang, tapi apa dia buat ?

Kalau ada Wakil Rakyat datang, penuhlah AJK-AJK ni mengerumun, sampai orang kampung pun tak dapat nak dekat...... selagi sikap begini tidak di ubah...... tak taulah kawan weh.....

Waris Pahang said...

Kata orang kalau tak tahu blog maknanya orang itu goblok.

Kata orang kalau tak tahu blog maknanya otak orang tu umpama batu blok yang beku.

Kata orang kalau tak tahu blog janganlah melalok mengata orang UMNO tak perlu tahu blog.

bERANIKAN hATI said...

Salam,
Saya juga menemui beberapa blog dari tokoh / pemimpin UMNO dari Parlimen-Parlimen berkenaan. Tetapi blog berkenaan mewakili diri mereka secara peribadi bukan mewakili UMNO sebagai satu organisasi. Mungkin kesedaran ada bagi orang tertentu tetapi tidak kepada UMNO secara keseluruhannya. Yang ingin kita lihat adalah perubahan dan kesedaran kepada UMNO keseluruhannya kerana seorang tidak akan mampu mengubah apa-apa. Harap Suara Prihatin UMNO Jerantut terus bersuara dan prihatin kepada perubahan UMNO sebagai sebuah organisasi ~ bERANIKAN hATI

Detguaq said...

Sedang semua telah diatur untuk mengendalikan satu kursus internet dan blog oleh perhubungan UMNO negeri Kedah, malangnya ianya telah dibatalkan hanya kerana kononnya merekla terpaksa keLangkawi kerana menyambut TPM.....UMNO dah berubah?

spu-blogger said...

Salam Detguaq,
UMNO ingin berubah, ada yang sedang berubah dan ada yang masih acah-acah...ada yang takut dan tak ingin berkongsi sesuatu ketika perubahan itu. Jalan mudah adalah gunakan tenaga blogger sedia ada untuk blog UMNO bahagian-bahagian, malangnya UMNO ni kedekut dan tidak mahu mengambil mereka yang bukan dari kroni mereka sendiri. Mereka rela UMNO menjadi kecil dan semakin mengecil asalkan kuasa yang mereka ada tidak terlepas ke tangan orang lain. Kemana UMNO pada PRU13 nanti? Hehehe...bungkus!!

pakcik said...

Harap Dato seri Adnan sekeh je kepala si penerangan tu. buat malu suku sakat je.

gengsahabat said...

Salam......
Itulah hakikat sebenar yang perlu kita telan. UMNO no memg lemah dr segi perang cyber berbanding dengan pembangkang yang begitu rakus menyerang kita dari pelbagai sudut dengan menggunakan media baru ini. Justeru, marilah kita sama-sama mendidik, mengajar ahli-ahli tentang BLOG dan KEPENTINGANNYA....tetapi kalau orang penting diperingkat bahagian sendiripun buta komputer dan lepastu tak reti nak belajo camana transformasi nak berlaku....
UMNO MALAYSIA perlu mengorak langkah dengan mewajibkan setiap bahagian dan entiti masing-masing cawangan mahupun ahli-ahli UMNO supaya menyediakan blog masing-masing..pemantauan berterusan haruslah diadakan agar program ini tidak hanya hangat-hangat taik ayam sahaja......TQ.

Anonymous said...

pegi kat bandar lama jerantut kat pusat khidmat dun tahan nak mintak surat sokongan. deme kata tunggu kejap. tunggu punya tunggu tak siap-siap. last2 kantoi takde siapa yang pandai guna kumputer. hampeh! aku marah kat sepupu aku. tu la hang duk pangkah umnu/bn lagi hak yang remeh pun tak boleh selesai. terkencing seepupu aku kena sergah dengan aku. siap janji lagi nak hasut ahli keluarga undi pembangkang pru 13. ha ha ha

menyegar said...

salam.. UMNO masih tak berubah

menyegar said...

Oleh kerana UMNO masih tak nak berubah, apa kata kita ubah kerajaan pulak? marilah kkita ajar pemimpin pemimpin UMNO yg bangsat ni biar depa tau langit ni tinggi ke rendah.

DeeSaff said...

Salam...
Jemput ke blog saya

jerantutWARLORD said...

insyallah,ade perubahan nnt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN