Mungkinkan ini Gomo atau Parpu Kari atau YangGambi?
Setakat mana kesedaran kita di Jerantut terhadap peranan blog sebagai media penyebar maklumat? Berapa banyak blog-blog milik UMNO dan Pro Kerajaan yang ada dan kita ketahui ada di Jerantut ini? Dan, berapa banyak pula blog-blog milik pembangkang yang ada dan masih aktif? Saya tidak akan memberikan jawapan kerana saya ingin mereka sendiri mencarinya jika benar mereka prihatin!
Ramai kalangan ahli UMNO Jerantut bahkan peringkat Bahagian yang tidak menyedari ini dan tidak peka terhadap keberadaan blog-blog berkenaan. Kita mendengar bahawa Penerangan Bahagian ada merancang untuk membina blog bagi kegunaan UMNO Bahagian Jerantut. Penerangan Pergerakan Pemuda, yang terdiri dari kalangan generasi muda yang sepatutnya celik komputer juga bercadang.... sekali lagi baru bercadang untuk membina blog. Penerangaan Wanita, yang mana Ketua Penerangannya diberitakan baru-baru ini menyertai kursus (pemantapan penulisan blog) di ILMU (Institut Latihan Memperkasa UMNO) di Janda Baik - manakan buah yang dihasikan?
Kita melihat tahap kesedaran ini masih jauh ketinggalan dibelakang, bukan saja berbanding dengan daerah-daerah lain bahkan dibandingkan dengan pencapaian oleh pihak pembangkang dalam daerah Jerantut sendiri. Jadi, apabila kita bercakap mengenai berubah, siapakah sebenarnya yang harus berubah? Pemimpin di peringkat atasan telah menunjukkan perubahan yang mereka laksanakan. Tetapi di peringkat yang paling penting iaitu Bahagian dan Cawangan, apakah perubahan yang berlaku?
Blog saya ini telah saya bina pada akhir 2007, dan dengan gadget yang digunakan kita dapat mengesan pengunjung yang mengunjungi. Sudah tentu saya merasa kecewa kerana kebanyakan pengunjunginya masih terdiri dari mereka yang berada diluar dari Jerantut. Ini petanda kesedaran kita masih lemah dan harus di pertingkatkan. Ingat, bahawa salahsatu sebab kekalahan BN dalam PRU12 lalu adalah kerana peranan blog yanga menyebarkan maklumat kepada generasi muda. Justru, kita harus tidak ketinggalan dari pembangkang dalam memanapulasikan media blog sebagai penyebar maklumat.
Kita ingin melihat dalam waktu terdekat banyak blog-blog UMNO dan pro UMNO di Jerantut akan dibina bagi menyokong peranan penyebaran maklumat bagi pihak kerajaan. Kita ingin melihat ramai AJK UMNO ahagian yang berani memiliki blog-blog peribadi begi menunjukkan misi dan visi mereka dalam perjuangan mereka dalam UMNO. Dalam Pemuda dan dalam Wanita juga harus berlaku kesedaran tentang peranan blog. Lakukannya segera dan sekarang juga. Kita berharap dalam pemikihan akan datang hanya pemimpin yang berkualiti saja yang akan dipilih. Kita juga berharap perwakilan tidak lagi memilih calon berdasarkan berapa banyak yang mereka laburkan untuk membeli undi. Perwakilan ke bahagian juga harus dipatikan bukan dari kalangan mereka yang undinya boleh dengan wang ringgit. Ini lah perubahan permulaan yang kita harapkan.
Saya ingin mengimbas kembali, saya yang bukan perwakilan juga telah diberikan sebanyak RM50.00 apabila mereka yang menjadi perwakilan menerimanya dari seorang calon walau saya menolaknya. Saya maklumkan ini kepada seseorang yang kini sudah berjawatan dalam parti di Peringkat Bahagian, namun beliau menyindir saya dengan sinis bahawa RM50.00 lah nilaian saya. Saya menerimanya walau saya tidak menganggap saya dibeli kerana tiada apa yang dapat saya tukarkan - tiada undi dari saya. Kini orang yang mentindir saya suatu masa dulu juga terlibat dalam memberi dan menerima. Hahaha! Alangkah hinanya.
Berbalik kepada kesedaran kewujudan blog sebagai pemangkin penyebar maklumat, saya ingin berikan tabik hormat kepada Ahli Perlimen Kuala Lipis yang baru saja memulakan blognya. Teruskan usaha YB itu. Di Jerantut ini mungkin selepas PRU13 nanti akan ada kesedaran itu. Saya akan belajar bersabar menanti waktu itu.
6 comments:
Kawan setuju sangat dengan pendapat awak, yang paling utama ahli-ahli UMNO itu sendiri yang wajib berubah, jauhi meminta habuan untuk memilih pemimpin...... kalau sikap ahli masih ditakuk lama, maka mudahlah perompak, penipu, perasuah, perogol dan pengkhianat memimpin UMNO dimasa akan datang......
Ahli-Ahli UMNO itu sendiri perlu berubah........
mana blog yb dun tahan? kawan nak tengok kut2 ada posting pasai balak kat taman negara yang ditebang tu. duit tu bawak kemana weh....blog ni jangan cerita yang elok2 je pasai parti. yang tak elok pasai parti pun kene post juga. senang rakyat haprak macanc kome ni dapat info. harap2 tb dun tahan cepat2 berblog. banyak kawan ni nak tanya. jangan duk lepak kat snooker ajer.
Yang Gambi dah famous di Jerantut! Syabas admin blog ini kerana saudara berani berubah. Jgn bimbang saudara sang pemula, sudah tentu ada pengikutnya nanti.
Syabas buat saudara.
Salam,
Saya mengalu-alukan sebarang komen dari semua pihak tidak mengira fahaman. Namun biarlah konstruktif dan tidak lucah atau fitnah dan
melulu.
layari
http://penpusaka.blogspot.com
YB dun tahan mana reti berblog.Tu masaalah dlm UMNO ni.Org cerdik pandai tak dibenarkan mausk UMNO sebab org takut org pandai jadi pemimpin. So akhirnya pemimpin UMNO terdiri dari org yg bodoh lagi sombong yg jadi pemimpin hehe kesian UMNO dan lebih kesian lagi aku yg jadi ahli UMNO yg tak dpt sikit apa pun dari UMNO cuma semangat berjuang utk bangsa aje.Tapi bangsa aku sendiri yg haprak.
Bro..perjuangan mesti diteruskan..bukan habuan dunia yang dicari sebaliknya kebaikan haakiki yang dinanti..salam perjuangan
Post a Comment