Makluman: 1/2010
Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
Friday, March 27, 2009
PAU - APA YANG BERUBAH?
1. Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dalam Perhimpunan Agung UMNO telah selesai. Keputusannya memang mengelirukan untuk kita membuat tafsiran. Tiada kalangan MB/KM yang menang. Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri(?) disaksikan tumbang. Beberapa senior dalam AMT juga telah direbahkan. Beberapa bekas menteri dan menteri besar berjaya meraih kemenangan. AMT wanita tunggal Datuk Dr. Norraesah Mohamad. Keseluruhannya adalah gabungan antara lama dan baru. Apakah yang perwakilan harapkan dari gabungan ini?
2. Memang sukar untuk buat tafsiran dan andaian apakah sebenarnya alasan terhadap pemilihan mereka atau atas dasar apakah mereka dipilih. Tidak seperti dalam sayap pemuda yang mana jelas kelihatan asas pemilihan perwakilan adalah sogokan. Tetapi kita tidak berani menyatakan ini dalam pemilihan AMT kerana corak atau pemilihan sebegitu tidak jelas. Saya tidak kata bahawa sogokan tidak langsung berlaku tetapi pemilihan AMT seakan tidak berdasarkan kepada sogokan.
3. Shahrir menyambut keputusan ini dengan penuh kecewa sehingga beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan. Walaupun diantara AMT dengan kabinet adalah 2 perkara berbeza, namun mungkin kerana maruah beliau merasakan bahawa ada isyarat untuk memintanya mengundurkan diri. Kita juga berharap akan ada menteri dan timbalan menteri lain yang akan membuat keputusan serupa. Walau bagaimanapun saya ucapkan syabas kepada Datuk Shahrir kerana sedardiri dan berprinsip.
4. Pak Lah apabila diminta mengulas tentang kemenangan KJ hanya setakat menyatakan bahawa KJ memang layak mendapatnya kerana dia berkerja keras. Mungkin Pak Lah terlupa untuk mengulas tentang KJ didapati salahlaku dalam politik wang tetapi tidak dikenakan tindakan atau mungkin Pak Lah merasakan itu tidak menjadi kesalahan kerana KJ adalkah menantu beliau. Nampaknya Pak Lah sehingga keakhir pentadbirannya dia masih lena dan belum sedar atau sengaja tidak mahu mengakui bahawa KJ adalah laibility kepada UMNO.
5. Ketika TDM jadi perdana menteri, semua pihak dan parti politik bahkan serta dunia menantikan ucaptama beliau yang merangkumi agenda politik parti,wawasan bangsa dan negara serta sentuhannya terhadap pelbagai isu sejagat- ekonomi,keselamatan dan lainnya. Tetapi skop Pak Lah hanyalah dalaman UMNO semata-mata. Mungkin Pak Lah terlupa tentang masalah ekonomi global yang sedang kita hadapi serti terlupa untuk mengulas tentang isu kemanusiaan sejagat serta kekejaman zionis di Palestin. Atau mungkin Pak Lah tidak lagi peduli akan semua itu?
6. Saya serta ahli (prihatin) UMNO Bahagian Jerantut dan rakyat jelata dalam daerah Jerantut ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat bersara kepada DS Abdullah Ahmad Badawi PM Malaysia. Kami berpendapat inilah masa yang tepat untuk beliau mengundurkan diri serta berpendapat bahawa beliau telah membuat satu keputusan yang bijak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
tak ada ke org UMNO nak komen pasal politik wang dlm UMNO?.ke semua org UMNO mmg suka politik wang sebab mengenyangkan perut mereka? bersikap jujurlah kalau kita nak pasti kita bersih.
dalam UMNO jerantut, perwakilan juga kenyang mungkin benteras politik wang hanya retorik semata-mata. Jerantut yang menyokong KJ diberitakan juga kenyang sampai montek, kena tanya Atan Dompok and the gang. perwakilan kuala tahan pun dapat juga siket - ayah de
Sapa atan dompok tu? kita sula lah dia kalau mmg dia menerima rasuah.jgn biarkan umno jadi parti rasuah.nanti org ingat umno ni parti taik kucing yg busuk dan membusukkan. itulah susahnya UMNO ni sebab tak bagi org cerdik pandai jadi ahli. ambik org yg bodoh jadi pemimpin. susahlah tu sebab umno makin teruk sekarang.
atan dompok tu yang bawak pelawat kat taman negara tu tak silap aku. orangnya gemuk dan hitam2. adik beradik jamal kg doja. aku tak respek langsung geng2 yang sebaya dengan abang aku ni. ni orang umno kuno. dapat duit sikit pegi mabuk kat saloon jerantut. bukan nak kata geng2 ni memang tak boleh pakai.
Post a Comment