Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, November 24, 2008

POLITIK WANG DALAM UMNO BUKAN LAGI BARAH...

Susahnya berkata benar didalam UMNO - ini adalah pendapat umum' Jika pemimpin lakukan kesalahan kita tidak mampu menegurnya atau menegur pemimpin jadi satu kesalahan dalam UMNO. Maka para pemimpin bebas melakukan segalanya sesuka hati dan jika ada yang menegur maka mereka yang memberi teguran akan dipersalahkan dengan seribu alasan, namun mengakui akan kesalahan mereka tidak sekali-kali. Ini yang membuatkan rakyat dan akar umbi semakin membenci para pemimpin, seakan ada jurang yang luas diantara akar-umbi dan pemimpin.

Siapa yang dapat dan boleh nafikan bahawa politik wang benar-benar berlaku dalam UMNO? Jika politik wang terus dijadikan budaya dalam UMNO maka semua peringkat akar umbi akan bermati-matian serta untuk mendapatkan jawatan dan melayakkan mereka menjadi perwakilan ddalam mesyuarat bahagian dan kemudiannya sudah tentu mereka akan mendapat habuan lumayan dari atasan. Semua orang sedar apa yang berlaku. Tetapi siapa yang berusaha membenterasnya?

Saya berpendapat sesuatu harus dilakukan untuk membenterasnya. Perubahan UMNO harus dipinda dengan pemilihan pucuk pimpinan hanya berakhir diperingkat bahagian - tiada lagi perwakilan yang akan mengundi di peringkat lebih tinggi. Ini akan mengelakkan politik wang dan membeli undi.

Sila baca komen TDM yang ingin mendedahkan nama mereka-mereka yang terlibat dengan politik wang. Kenapa mesti ada yang takut?


Tun Mahathir dirayu jangan dedah nama

JOHOR BAHRU 23 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dirayu agar memikirkan semula hasratnya untuk mendedahkan senarai nama pemimpin UMNO yang terbabit dengan politik wang.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tindakan tersebut bakal memberi implikasi negatif yang besar kepada parti.

Calon Naib Presiden UMNO itu berkata, Dr. Mahathir kemungkinan menerima aduan daripada pihak-pihak lain tetapi penganiayaan boleh berlaku tanpa melakukan siasatan rapi.

Katanya, semua prinsip undang-undang meletakkan soal keadilan sebagai asas dan sebagai parti politik kewujudan unsur sabotaj tidak boleh dinafikan.

"Dalam hal ini, saya merayu dan berharap Tun memahami situasi implikasi yang beliau akan lakukan. Namun memang tiada siapa yang boleh menahan Tun untuk melakukannya.

"Seperti yang dikatakan, oleh kerana hanya terdapat maklumat dan siasatan sedang dibuat, maka dalam banyak hal kita tidak mahu berlakunya unsur penganiayaan," kata Menteri Pengajian Tinggi itu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Pelajar di Luar Universiti Johor anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kementeriannya di Pasir Gudang di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang mendakwa mempunyai senarai pemimpin UMNO yang terbabit dengan politik wang dan berhasrat mendedahkannya jika Lembaga Disiplin UMNO tidak mengambil tindakan tegas ke atas ahli tersebut.

Khaled berkata, darip segi prinsip parti, UMNO telah menyerahkan aduan politik wang kepada Lembaga Disiplin untuk mengumpul maklumat dan menjalankan siasatan.

Namun jelasnya, kadangkala terdapat aduan yang sama dibuat tetapi lembaga itu tidak dapat mendedahkan nama-nama ahli selagi mereka belum didapati bersalah.

Menurutnya, mungkin persepsi orang terhadap mereka yang didedahkan nama itu akan disyaki bersalah tetapi akhirnya tidak bersalah selepas siasatan selesai.

"Persepsi beginilah yang telah menimbulkan masalah apabila kita mendedahkan nama mereka yang disiasat.

"Namun pada masa sama, saya bersetuju gejala politik wang perlu dihapuskan dan saya juga berharap jangan terlalu tinggi keghairahan hendak menangkap orang, kita hanya akan menutup pintu keadilan," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN