Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, November 21, 2008

BILA SHAHRIZAT TENTANG RAFIDAH

Jika DS Najib dilihat sebagai legasi kepada kepimpinan TDM, maka sayapnya telah pun cuba dirobekkan berikutan perkembangan terbaru apabila DS Shahrizat telah mengumumkan akan menentang TS Rafidah bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO dalam PAU mac nanti.

Apa akan terjadi kepada DS Najib kelak andainya Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda serta Timbalan dan Naib Presiden tidak memihak kepadanya? Siapakah yang akan memberikan sokongan dalam menegakkan Presiden parti sebagai tiang seri UMNO yang bakal menjadi PM. Jika penjawat-penjawat diperngkat ini bukan dari mereka yang menyokong beliau maka sudah tentu DS Najib tidak akan mempu berdiri tegak dan akan sentiasa digoyangi. Kita beranggapan dan membuat andaian demikian jika DS Rafidah kalah Kepada DS Shahizat, Dato’ Mukhriz dan TS Muhyiddin Yassin dikalahkan. Jadi siapakah yang akan membayang-bayangi DS Najib serta menjadi panglima dan mengawal beliau? Apakah ini akan menjamin peralihan kuasa dan perubahan pucuk pimpinan menjadi pemimpin yang berwibawa?

Apakah ada tangan-tangan rahsia yang sedang memainkan dan mencaturkan segalanya supaya segalanya akan menjadi sukar buat DS Najib. Kemaraan DS Najib memang sudah tidak dapat disekat walaupun bermula agak lembab, oleh yang demikian tangan-tangan rahsia itu telah menghalakan arahnya kepada bakal pemimpin yang akan berada di keliling dan hampir dengan DS Najib kelak, supaya orang-orang ini adalah orang-orang yang akan menuruti arahan tangan rahsia itu. Supaya DS Najib tidak akan mampu menjadi dirinya sendiri atau tidak juga mampu meneruskan legasi TDM.

Jawapannya bergantung kepada undian yang akan kita berikan dalam PAU nanti. Bergantung juga kepada berapa tebalnya iman para perwakilan apabila berhadapan dengan RM. Segalanya terletak ditangan para perwakilan. Merekalah penentu kejayaan sebenar peralihan kuasa, jika mereka ini dari golongan munafik yang boleh dibeli maka hancurlah masa depan UMNO dan masa depan bangsa Melayu – hanya orang-orang Melayu yang mampu menyelamatkan bangsa Melayu itu sendiri.

TDM telah memalu genderang perang buat kali ketiganya. Sejak mula lagi TDM telah berjuang, walaupun bersendirian. Keberaniannya tidak dapat disangkal oleh sesiapapun. Pada ketika menteri-menteri lain senyap sunyi (kecuali Rais Yatim) menghadapi isu semasa, TDM lah yang masih lantang berjuang mengangkat mertabat bangsa melayu. Apa yang harus di lakukan sekarang adalah sertailah perjuangan ini, selagi kita masih punyai seorang perwira yang gagah perkasa seperti TDM.

Yang pastinya, berita pertandingan antara DS Shahrizat dengan TS Rafidah akan disambut dengan penuh gembira yang tiada terhingga oleh seluruh perwakilan ibarat menunggu durian runtuh, atau menanti bila jong pecah kelak yu akan kenyang.

2 comments:

TPJ said...

Asalamualaikum WBT.

Terima kasih kerana mengundang saya kedalam blog anda.

Sebagai ahli UMNO yang tulen yang tidak pernah keluar parti mahupun berpindah-pindah cawangan sejak 19 tahun yang lalu, saya rasa tidak keterlanjuran jika saya mengingatkan bahawa selama ini, masalah kita berpunca dengan penjawat2 didalam parti UMNO yang sibuk hendak meneggakkan dan menghampu-hampu Presiden padahal yang lebih penting adalah untuk kita semua meneggakkan Perlembagaan Parti dan bukan pemimpin2 tertentu yang sebagai manusia biasa boleh terpesong akidah dan pendiriannya.

Kita jangan terlalu hendak memegang kuasa seolah-olah kita sahaja didalam dunia ini yang paling layak. Perlu diingatkan bahawa ada 3.4 juta ahli UMNO kesemuanya. Parti ini perlu dipulangkan haknya kepada ahli-ahli akar umbi setiap tiga tahun untuk memilih siapa yang mereka hendak sebagai pemimpin mereka, bukan EXCO dan bukan MKT yang menentukannya kerana mereka ada kepentingan diri di dalam hal ini.

Jika kita sedar akan hakikat ini iaitu bahawasanya UMNO bukan harta pesaka sesiapa didalam MKT dan EXCO untuk diserah-serah begitu sahaja, maka Insha'Allah selamatlah masa depan UMNO.

Pulanglah kepada asal. Ketaatsetiaan adalah kepada parti (untuk Agama, Bangsa dan Negara) dan bukan kepada pemimpin.

Wasallam.

.@blogger.com said...

bRO TPJ,
Terima kasih atas komen yang diberikan. Saya memahami maksud yang tersurat dan tersirat didalam komen yang lembut, sopan dan sangat berhemah. Semoga UMNO akan kembali utuh dan dihormati serta mampu memperjuangkan agama bangsa dan negara tercinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN